Thursday, September 29, 2011

Tahniah..Champ2 and Kak Sue

Salam to all..this is just to share some information semasa majlis makan malam yg dianjurkan oleh Red Adventure di COFFEE VILLAGE baru-baru ini. Dalam sibuk menikmati hidangan yang lazat, penganjur berjaya mencuri suasana malam itu dengan memberikan hadiah istimewa kepada mereka ang benar-benar telah memberikan warna serta menambah seri suasana didalam trip yang pernah dianjurkan didalam program SANTAI Offroad 2011.

Champ2 telah dianugerahkan sebagai peserta dan seorang mekanik yang paling setia dan banyak membantu dalam membaiki kenderaan yang rosak didalam semua trip.


Manakala Kak Sue pula telah di nobatkan sebagai peserta paling unik. Semuanya kerana komitment mereka yang sering menarik perhatian setiap peserta yang menyertai aktiviti tersebut.Dan kedua2 mereka ini merupakan Regulars M4W dan sedikit sebanyak telah menambah kecemerlangan suasana rakan 4Wheelers ditanahair.




Malam itu juga para hadirin dan jemputan turut dihiburkan oleh kumpulan pemuzik yang menggelarkan diri mereka sebagai "The Offroaders" yang mengiringi rakan 4Wheelers ketika menyampaikan lagu lagu Hari Raya untuk menyantap halwa telinga di dalam majlis tersebut. Tahniah..! Semoga lebih banyak penganugerahan kepada rakan 4Wheelers pada masa akan datang.


M4W wish all the best to the organizer..

Thursday, September 22, 2011

GET TOGETHER @ COFFEE VILLAGE



Hello offroadfella...



Majlis Appresiasi dan Makan Malam anjuran Red Adventure @ Narin yang akan mengumpulkan seberapa ramai aktivist 4Wheelers seluruh Malaysia bakal diadakan pada info dibawah :-

Venue : COFFEE VILLAGE, Sg Merab, Kajang- Putrajaya

Date : 24hb September 2011 - Saturday

Coordinate : E101 48 54'3 N 3 6'43

Time : 7pm - 11pm

Tema Pakaian : Berbaju Melayu
Bayaran : RM30 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak 12 tahun kebawah)


Untuk perhatian anda, majlis bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua yg terlibat didalam penganjuran SANTAI OFFROAD sepanjang 2011 dan disamping itu juga untuk menghargai aktivist 4Wheelers (The OldTimers) yang telah lama berkecimpung dalam aktiviti ini. Turut bakal hadir adalah rakan-rakan dari Terengganu, Johor dan Kuala Lumpur sendiri.

REMINDER..! Ini BUKAN majlis rumah terbuka...jadi..!!! sila hadir mengikut masa PENDAFTARAN agar anda tidak terlepas dengan aturcara yang telah disusun seperti berikut :

7.00 pm - Pendaftaran

7.30 pm - Makan Buffet

8.15 pm - Ucapan Pengerusi Majlis / Penyampaian Anugerah / Cenderamata

9.00 pm - Live Band Performance

9.15 pm - Cabutan Bertuah

9.30 pm - Guest Artist + Band Performance

10.30pm - Majlis Tamat

Early bird will get a special gift..! Siapa cepat akan mendapat hadiah istimewa...!

Akhir sekali..harap and enjoy...! jumpa disana..!

Friday, September 9, 2011

Edisi Terhad : M4W Touch n Go Card & Lacoste Shirt




Salam Lebaran to all 4Wheelers around the world..

Sibuk berhari raya..itu bermakna anda sering bergerak pantas dijalan raya untuk memenuhi jemputan 'open house' dari sahabat dan taulan. Tanpa disedari sudah masuk minggu yang kedua kita menyambut Syawal dan ketika ini semua sedang sibuk menyempurnakan adat kunjung mengunjung yang sudah turun temurun menjadi amalan.

M4W sememangnya tak lupa untuk cuba mempelbagaikan special merchandise serta menambah keperluan individu dalam setiap aktiviti yang anda ceburi. Sudah sekian lama ditunggu, kini muncul sudah harapan baru kepada anda yang mahukan ikon hobi offroading anda didalam kad keluaran khas M4W - Touch n Go.

Anda boleh mendapatkannya dengan menghubungi M4W di talian yang tertera di dalam blog ini. Pembelian berharga RM65 akan membolehkan anda mendapat 1 kad Edisi Terhad Touch n Go (tanpa value) dan 1 helai Edisi Terhad Kolar Tshirt berwarna HITAM (bukan Putih spt contoh diatas). Bak kata orang..semuanya memang terhad..so, cepat hubungi M4W mulai hari ini agar anda tidak berputih mata...!


Keep on touching and going...=)

Friday, September 2, 2011

FITRI MERDEKA..!





Salam Aidilfitri dan Kemerdekaan...!

Double celebrations untuk semua kerana sambutan Eid Mubarak dan Kemerdekaan berselang sehari. Istimewa bagi semua rakyat Malaysia yang amat menghargai erti Merdeka mengikut definasi mereka sendiri.

Didalam kehangatan menyambut Aidilfitri, M4W tak lupa untuk membawa semangat Merdeka ini kerana tersingkap sejarah tahun 2010 dimana gabungan tenaga rakan 4Wheelers seluruh tanahair telah membawa mandat perjuangan kemederdekaan ini melalui aktiviti yang dinamakan konvoy "1Malaysian4Wheelers " sempena Kemerdekaan yang ke 53tahun yang berlangsung didalam bulan Ramadhan. Harapan tinggi untuk penganjuran seperti ini dapat diadakan bagi tahun hadapan bagi menyambut Kemerdekaan yang ke 55 tahun.

Seperti biasa, M4W bersama LIBUR pula akan terus menganjurkan aktiviti "Weekend Offroad Warrior" sebaik sahaja selesainya bulan Syawal tahun ini, untuk memastikan semua orang sudah bersedia untuk 'rolling' semula selepas sibuk melayan kunjungan sanak saudara di bulan yang mulia ini.



Dengan kesempatan ini, M4W merasakan bahawa Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan tahun ini merupakan sambutan yang akan menjadi tanda peringatan untuk seluruh warga Malaysia. Sambil beraya kita menyambut merdeka bersama...maka wujudlah FITRI MERDEKA..!


Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!


Keep on Merdeka....!

Thursday, August 25, 2011

Syawal Bakal Menjelma



Salam Sejahtera.


Kita sudah hampir ke penghujung Ramadhan, maka bulan Syawal pula bakal membawa cahaya keimanan dengan menyambut Aidilfitri sebagai tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Seluruh warga 4Wheelers walaupun turut sibuk dengan pengisian amal ibadat ketika Ramadhan masih mampu untuk mengadakan perjumpaan dengan majlis-majlis berkaitan demi memupuk semangat setia kawan dikalangan mereka.

M4W mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua sahabat handai, penggiat aktiviti 4x4, rakan strategik dan seluruh ahli keluarga mereka. Dengan harapan agar kesinambungan reputasi akan terus berkekalan dan berharap agar anda semua berwaspada sepanjang perjalanan pulang ke kampung nanti.


Hati-Hati DiJalanraya...!! and keep on rolling...

Wednesday, August 10, 2011

M4W Sahur Session : 12th Aug 2011


Salam Ramadhan,


M4W menganjurkan eyeball session dengan semua rakan2 4Wheelers di Ramadhan ini untuk merapatkan kejauhan kerana berhentinya aktiviti 4WD di bulan yang mulia ini sambil menikmati Teh tarik dan Roti Canai. Kesempatan ini juga dijadikan session bertanya khabar serta berkongsi info tentang aktiviti yang lepas mahupun yang akan datang.


Jika anda ada kelapangan selepas solat terawikh tu, sila join acara tahunan ini yang belum pernah ditinggalkan.

Details are as follows :-


Venue : Restoran Ali Maju, Ukay Perdana

Date : 12th August 2011

Time : 11pm hingga 2am

Oh yea..! Teh tarik dan Roti Canai ditaja sepenuhnya oleh rakan-rakan M4W..so jangan lepaskan peluang. Maklum saja, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...kita makan ramai2..bayar p[un kita share ramai2...=)

Keep on rolling...!

Tuesday, August 2, 2011

SALAM RAMADHAN 1423

Salam Sejahtera.



Wish all the best to 4Wheelers..semoga keberkatan Ramadhan ini akan membawa kita kearah yang lebih bersatu dalam memantapkan iman disepanjang bulan yang baik ini.


Sudah pastinya aktiviti offroading akan bercuti untuk seketika..tapi jangan lupa..sesekali tu bawak lah 'anak gajah' anda tu berjalan-jalan...jika di letakkan begitu saja..mungkin dia pun boleh sakit juga.


To all Muslim friends..Selamat Berpuasa and for those non muslim..this is the time for you to find a good food of Malaysian style at Bazaar Ramadhan.


Keep on rolling..find the best food for you.. ;)

Tuesday, July 26, 2011

SANTAI OFFROAD : TAMAN NEGARA SUNGAI SELAI, BEKOK, JOHOR




The three full days event held during the 4th weeks of July bcoz of extra weekend for this month..! weird..! With this opportunity, the SANTAI OFFROAD for the third editions gathered people from various clubs and communities at LUBUK MEREKEK, SG SELAI, BEKOK in Johor from 21-25 July 2011.


Red Adventure appointed AM4x4 Adventurer and MyLandy as the coordinator and with the help of JASRA for this round with full of joys and fabulous moments after the LUBUK TREKKER at SG LEMBING and M4W at CHENGAL BESAR respectively.

With a different approached, the expedition consists of charity mission to Rumah Anak-Anak Yatim Kluang and to the students of SK Kg Kudong in Bekok with the AmBank Group contributions under CSR project. Infact the 4Wheelers enthusiasts get along and been feted with simple breakfast with all the kids before we depart for the offroading sectors to Bekok via classics view of small town called Paloh.

Campsite was located at Lubuk Merekek and the next day, a jungle trekking to explore the part of Taman Negara Sg Selai started after the breakfast. It takes us about one and a half hour to touchdown at the Waterfall. On the nite scenery, Dr Kamy delivered a very good talk and slides about ‘sustainable offroading’ on his perpectives as the leader in his community known as NATURE TRACKERS. The ‘sewang’ session was ‘di hidang’ after the visit of all the expedition members to SK Kg Kudong, a very modern and potential school for Orang Asli of the locals. Other activities set up by the organizer was so entertaining, the ‘sumpit’ (blow pipes) competition among the participants create lots of highlight and laughter during the day, it’s fun and enjoyable…not forgetting to those who called themselves as ‘hardcore’ anglers…a fishing competition drags Sembilang (the Lubuk Trekker members) who managed to hooked a Sebarau and announced as a winner in that cartegory.




We packed on the final day after heavy breakfast and lead to Kuala Lumpur in a big loose convoy. The clearance of the campite has been managed properly by the organizer in order to make sure no ‘things’ left behind. That’s what we should do…long live 4Wheelers….


Thumbs up to the organizer and wish a very Happy Ramadhan Al Mubarak to all 4Wheelers.

Thanks and keep on rolling…

Tuesday, July 12, 2011

LIBUR dan M4W di Kuala Mu : 22-24 June 2011







Setelah mendapat perkenan rakan rakan 4Wheelers, trip kali ini bergerak pada 22hb June kearah utara menuju ke Sg Siput untuk ke POS Kuala Mu, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Penyertaan kali ini telah membawa kepada 20 buah kenderaan 4WD dan yang paling jauhnya datang dari Johor Bahru sebanyak 4 buah yang diketuai oleh Pak Lah dari Kelab Rentas 4x4. Beliau sememangnya regulars yang sering saja tersenarai dalam xpdc yang lain.

Aktiviti kali ini mendapat sokongan dan kerjasama dari Majalah LIBUR, khususnya En Meor Khairi yang merupakan Editor LIBUR terbitan Karangkraf yang membantu mendapatkan buku-buku cerita bacaan yang sesuai untuk disampaikan kepada kanak-kanak di perkampungan POS Kuala Mu. Peserta yang mengambil bahagian juga adalah dikalangan rakan 4Wheelers dan juga pembaca majalah LIBUR. Ekspedisi ini turut menghadapi berbagai cabaran dari aspek mekanikal hinggalah ke tahap alam semulajadi. Namun semua dapat di ‘tackle’ dengan baik sekali. Kami disambut baik oleh penduduk kampong dan dipersembahkan dengan acara Sewang pada sebelah malamnya. Suasana sejuk disini telah ditambah lagi dengan hujan yang agak lebat pada malam kami bersewang.


Buku-buku sumbangan terbitan Karangkraf seperti BINTANG KECIL dan LIBUR telah disampaikan melalui Tok Karim dan Tok Hadu yang merupakan wakil kepada beberapa Tok Batin di kampong yang berhampiran. Excited bila mereka melihat buku-buku tersebut yang penuh dengan gambar-gambar yang sesuai untuk bacaan anak-anak mereka.

M4W dan ahli ekspedisi telah meninggalkan POS Kuala Mu setelah menyelesaikan maksud ekspedisi ini. Para peserta lega dan gembira serta berpuas hati dengan acara yang telah disusun dengan baik walaupun menghadapi kesukaran didalam perjalanan pergi dan balik. Semua feedback yang diambil dari peserta sememang nya akan membantu untuk menambah kolaborasi acara ini untuk terus bersama LIBUR untuk pembacanya.

Sekian...keep on rolling...!

Tuesday, June 14, 2011

Dapatkan before terlambat..!

Hello Malaysia..!




Jika anda susah sangat nak dapatkan Tshirt atau barangan terhad M4W, kini anda boleh mendapatkannya juga di :-





Tidak lama lagi, akan semain berhampiran dengan anda supaya dapat memenuhi style dalam pemakaian sewaktu offroading.


Thanks for all your support and keep on rolling..!

Friday, June 3, 2011

POS Kuala Mu Charity Expedition 2011





Salam 4Wheelers


As what we mentioned, the teams are ready for the trip...bagaimana dengan anda? Hopefully anda juga dapat bersama dengan kami. Program akan berlangsung seperti yang dijadualkan and we invite more people to join as we can tumpang you the stuffs that planned untuk deliver to the kampung people such as books..lots of books actually..

Those yg ingin mengambil bahagian, boleh lah mendaftarkan diri dengan segera agar the organizer mudah untuk menguruskan logistics dan sebagainya.

Program turut mendapat kerjasama Majalah LIBUR @ Karangkraf, Red Adventure dan MyLandy Malaysia serta rakan 4Wheelers di sekitar tanahair.

keep on rolling Weekend Offroad Warrior..!

Wednesday, May 25, 2011

SANTAI Offroad @ Air Terjun Pelangi : El-Dorado of The East

El-Dorado Of The East, adalah nama jolokan kepada Sungai Lembing diberikan ketika aktiviti melombong bijih timah sekitar 1940an pada ketika itu pelombong dari British yang masih menguasai kawasan ini. Semua maklumat ini terdapat di dalam Muzium Sg Lembing yang menyimpan serta mengekalkan simpanan khazanah dan artifak yang berkaitan dengan operasi melombong yang cergas pada zaman tersebut dan merupakan lombong bijih timah bawah tanah terbesar didunia tetapi telah ditutup pada tahun 1986 kerana kos operasinya yang tinggi dan kejatuhan harga bijih timah.

Disebalik sejarah, Sg Lembing turut menyimpan alam semulajadi yang amat unik yang tidak dapat dilihat ditempat lain di Malaysia. Air Terjun Pelangi setinggi 250m terjunan air yang menghasilkan cahaya pelangi hanya dapat dilihat diawal pagi. Di sogok dengan cerita tentang kehebatan ‘nature’ maka keinginan ini disusul dengan koordinasi episode kedua SANTAI OFFROAD anjuran Red Adventure dan Lubuk Trekker sebagai koordinator dan dibantu oleh PERAMAH didalam ekspedisi kali ini yang berlangsung pada 19hb May- 22hb May 2011.

Felda Kg Sg Paching Utara mejadi lokasi perhentian ahli expedisi sambil menyumbang tenaga menyempurnakan lukisan ‘mural’ di sekolah berhampiran disamping memenuhi undangan makan tengahri dengan masyarakat tempatan. Selepas itu barulah kami meneruskan perjalanan menyusuri laluan offroad dan merentasi beberapa sungai hingga menjelang senja tiba di lokasi campsite Lubuk Beruk.


Air Terjun Pelangi dijajah seawal pagi keesokannya dengan bermatlamat bahawa pelangi indah ini bakal digapai oleh semua peserta. Jungle trekking mengambil masa sekitar 45 minit dengan laluan denai dan tebing sungai yang berbatu tapi bertali untuk berpaut telah menemukan perserta ekspedisi dengan kekaguman renjisan air terjun halus, sehalus sutera yang melandai permukaan kulit. Kini Pelangi ditangan dengan landskap semulajadi yang amat menakjubkan...argghh..!! (pictures tell the thousand words...sorry sebab sukar nak diceritakan disini.)


SANTAI OFFROAD diakhiri dengan lawatan ke Muzium Sg Lembing bagi menyingkap sejarah lampau tentang kehebatan perlombongan dikawasan ini. Maka itu juga dapat lah peserta mengetahui bahawa sememangnya kewujudan nama Sg Lembing itu memang berkait rapat dengan senjata yang digunakan itu pada zaman itu.



Expedisi yang berilmiah seperti ini seharusnya digalakkan namun kita jangan lupa bahawa sepanjang masa kita perlu ada batas tertentu dalam memastikan alam semulajadi tidak dikekang oleh mereka yang sering ambil mudah dengan penjagaannya.

Quotes of the day : “Love your nature coz 4Wheelers are better lover”

Thursday, May 12, 2011

MyLandy Malaysia : The New Kids On The Block



Still remember those days in the early 90’s, a boy bands called New Kids On The Block..? For most of M4W regular followers, we born back end of 60’s & early 70’s and has been influenced by the Old Skool Classic rock music root like Jimi Hendrix, Clapton, John Lenon, Deep Purple and etc..

Actually, apa yang ingin dikongsi disini adalah satu perkembangan sihat dikalangan komuniti 4Wheelers dengan kehadiran rakan baru yang bakal melengkapkan lagi scene activist pacuan 4 roda di Malaysia. Ini tidak ada kena mengena dengan genre muzik seperti yang tertera diatas kerana ia hanya sebagai introduction untuk membuka tirai sidang perkongsian maklumat ini.

MyLandy Malaysia (MLM), satu lagi kelab (bukan nite club) telah didaftar dibawah Suruhajaya Sukan yang membawa panji-panji merek (bahasa Indon merujuk kpd ‘brand’) Land Rover. Jiwa dan kelongsong rasa kepada jenama ini ibarat isi dan kulit yang mahukan aliran nadi itu selari dengan naluri kehidupan harian mereka. Maka tercetuslah MLM ini yang akan memainkan peranan mereka bukan setakat penggiat malah sebagai pencantum jambatan keprihatinan kepada manusia sejagat khususnya 4Wheelers bersama soulmate mereka.

M4W mengalu-alukan kesiapsiagaan mereka didalam setiap aktiviti yang sedang atau bakal mereka kendalikan. Sebagai rakan yang cukup strategik, M4W dan seluruh umat manusia yang terlibat secara langsung atau tidak didalam sukan 4WD ini sudah pasti akan menyokong mereka bagi merapatkan jurang serta memperkasa komuniti 4Wheelers secara keseluruhannya.



Explore dan layari : http://www.mylandy.com.my/ untuk mengetahui hala tuju dan sebarang informasi tentang activity calendar mereka yang sering joint venture dalam acara yang dianjur with M4W dan rakan2 yang lain.


MyLandy..you’re on board…!

Friday, May 6, 2011

Lepat Waterfall, Kuala Mu ditunda kepada 24-25-26 June



Hello...Salam bahagia kepada 4Wheelers semua...Harap ambil perhatian bahawa trip diatas telah ditunda atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan.




Oleh yang demikian, kepada anda yang rasa macam nak join tu, sila adjust semula availability anda pada tarikh yang telah dimaklumkan diatas. Kesulitan akibat menunda tarikh ini bukan disengajakan tetapi di pertimbangkan atas dasar menang-menang untuk semua 4Wheelers..



Untuk penyertaan, sila hubungi Lagong atau Gogo untuk urusan mendapat maklumat mahupun untuk mendaftar sebagai peserta.




Salam 4Wheelers..!

Tuesday, May 3, 2011

New M4W Tshirt RM35: Labour Day Edition

Hello all...


Sempena dengan sambutan Hari Pekerja 2011 dan juga suasana musim hujan tiap tiap pagi sekitar bulan ini, maka M4W telah pun mengeluarkan edisi terhad longsleeve Tshirt untuk dipadankan dengan suasana musim sejuk tahun ini...(alahai..! tengkujuh sebenornyer..) Sesuai untuk dipakai semasa offroading ataupun sewaktu berehat mahupun bercanda bersama keluarga yang tersayang ataupun YLs yang diingati..Selain itu ianya boleh protect tangan anda dari tercedera terkena libasan ranting atau daun buloh tanpa disedari ketika offroading mahupun jungle trekking.



Edisi ini hanya dikeluarkan dengan warna hitam disamping printed logo berwarna orange yang merupakan warna rasmi M4W yang sekian lama dijunjung. Terdapat didalam pelbagai size seperti XL/L/M/S. Untuk anda yang mempunyai size yang lebih dari itu, maaf kerana telah ditakdirkan anda tak dapat memilikinya.


Hubungi M4W jika anda bercadang untuk mendapatkannya kerana stock adalah terhad sehingga habis. Sebarang pembelian melebihi dua helai, anda akan mendapat 1 unit M4W Lynyard sebagai tanda terima kasih kami atas sokongan anda yang tidak berbelah baginya.


Offroading with a style..!