Wednesday, August 14, 2013

Raya pun Offroad jugak...!

Selamat Hari Raya...

Untuk semua yang menyambutnya di kampung mahupun dibandar dan ada juga segelintir rakan rakan 'offroaders' yang hati kering dan dahagakan trip 'offroading' tidak berdaya untuk bertahan lagi selepas sebulan menyimpan jentera masing-masing.

Kerjasama memang pasti 
                                            
Peluang cuti Hari Raya ini digunakan sebaik mungkin untuk mereka meneroka semula laluan yang agak lama tidak diduga..selepas beberapa hari Beraya bersama keluarga..mereka 're-activate' jentera yang sudah sedia untuk melakukan tugasan meredah laluan sukar.

Sempat bakar lemang dan masak rendang
                                              
                                         
Apa yang penting kepuasan dapat dicapai, walaupun tidak ramai yang menyertainya, namun ianya sudah cukup memadai dengan 'manpower' yang berkaliber disepanjang perjalanan pergi dan balik. 

Semuanya berjalan lancar..kalau dilihat dari photo yang ada..ternyata trek agak mencabar dan laluan basah serta berselut sememangnya itu yang dicari-cari...maka puas lah hati mereka-mereka yang berkenaan kerana dapat melengkapkan niat yang lama sangat terpendam. (lokasi : dirahsiakan)

Kita tunggu next trip pulak yea...!

(photo dipinjam dari FB : K-Rog)

Wednesday, August 7, 2013

M4W : Suasana Hari Raya

Salam 4Wheelers..Salam Lebaran


Segala cabaran telah berjaya dilalui dengan tenang sepanjang Ramadhan..kini sudah tiba masanya untuk kita menyambut Syawal. 

Malaysian4Wheelers dan seluruh sahabat handai ingin mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan kerana sambutan ini sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia untuk meraikannya.


Sunday, July 28, 2013

M4W Ramadhan Eyeball : 26 July 2013 di Ghulam Mee, Kota Damansara

Salam Ramadhan.

Untuk pembaca dan followers M4W melalui blog ini, Jumaat lepas kita mengadakan session ini yang mana ianya bertujuan untuk mengumpul semula sahabat handai agar tidak terputus hubungan. Maklum saja, bulan puasa ini semua sibuk dan pakat-pakat simpan jentera masing masing demi memberi tumpuan kepada ibadat puasa yang mulia ini.




Acara makan-makan serta minum-minum ini memang tradisi tahunan M4W. Macam biasa kita akan jemput semua penggiat aktiviti 4x4 sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang untu bersama. Respon baik dari mereka yang hadir demi memantap semangat 4x4 dikalangan kita.

Syabas dan tahniah serta terima kasih atas sokongan semua yang hadir pada malam tersebut..suasana meriah seperti menyambut Hari Raya pulak..








Lepas ini, kita tunggu pulak himpunan 4Wheelers bagi menyambut Hari Raya..ada sesiapa yang berani nak organize..?

M4W mengucapkan : Selamat meneruskan Puasa...!

Sunday, July 21, 2013

Program Ramadhan Bersama Orang Asli

Salam Ramadhan.

Di sepanjang bulan yang mulia ini,  banyak aktivis 4x4 menjalankan aktiviti kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan. Ini sudah menjadi satu tradisi bagi mereka kerana sifat prihatin serta tangungjawab mereka terhadap mereka yang kurang bernasib baik. 

Kebiasaannya, penggiat aktiviti 4x4 lebih suka untuk memilih menghantar sumbangan kepada masyakat Orang Asli kerana kelebihan yang ada pada kenderaan mereka kerana lebih mudah untuk merentasi laluan sukar jika dibandingankan dengan kelab kenderaan (Motorsikal/Kereta dsbgnya) yang lain. Itu keistimewaannya, secara tidak langsung golongan masyarakat Orang Asli ini tidak terpinggir dalam menikmati sumbangan Ramadhan seperti keluarga miskin yang berada di sekitar bandar ataupun kampung diluar sana.


Baru-baru ini, sahabat-sahabat M4W sekitar tanahair bergabung atas usaha sendiri telah menyampaikan hasrat dengan mengadakan konvoi ke POS Kuala Mu, Sg Siput dengan membawa sumbangan makanan bagi penduduk Orang Asli yang beragama Islam disana.  


Inisiatif sebegini sememangnya sudah menjadi amalan setiap manusia tanpa mengenal bangsa atau agama dalam membuktikan keprihatinan mereka kepada gologan yang kurang bernasib baik. Masyarakat Orang Asli disini amat bertuah kerana program ini merupakan acara yang berterusan kerana hubungan baik serta keterbukaan terhadap aktivis 4x4 yang sering datang ke kawasan mereka. Ini sebagai tanda terima kasih penggiat 4x4 kepada keluarga Orang Asli disini.

Pengagihan keperluan sedang dijalankan

Azmarul dan High Mobility Vehicle 'PINZGAUER'
(pronounce as Pinz-gow-er)

Tahniah kepada 4Wheelers yang menganjurkan program ini, anda akan memberikan satu impak yang positif kepada masyarakat. Satu imej terbaik yang harus dicontohi oleh semua golongan. Semoga pengorbanan anda di bulan Ramadhan ini akan dibalas dengan kebaikan dari Allah S.W.T dan dikenang selalu.

M4W mengucapkan Syabas..! 

(sumber photo : FaceBook : Chekok dan Jeff)

Monday, July 8, 2013

Ramadhan Al Mubarak Wishes


Ramadhan is coming to shower all blessings of Allah Upon you, may you get benefit from each hour of this holy month of Ramadhan!


In this special month of Allah all evils are chained so that they could not astray us from right path, may we act on all commands of Allah special in this month of forgiveness! 

Salam Ramadhan  to our fellow 4Wheelers..

Monday, July 1, 2013

LIBUR - Issue Julai 2013


Dapatkan Majalah LIBUR bagi bulan Julai 2013 yang menterjemahkan ekspedisi 'offroading' serta pengalaman menarik penulis disepanjang acara tersebut. Banyak perkara serta ilmu yang bakal dikongsi sama, tidak kurang dengan photo-photo menarik yang sempat dirakam.

Antara 'captured' yang klasik..
Semoga kolaborasi M4W dan LIBUR akan terus terjalin bagi mempromosikan aktiviti rekreasi 4x4 untuk semua rakyat Malaysia, khususnya pembaca dan pengikut setia LIBUR.

All the best..!


Monday, June 24, 2013

Jakarta Fox Hunt 2013

ORARI, Indonesia sangat aktif dalam menganjurkan aktiviti Ham Radio di rantaunya. Baru-baru ini acara Fox Hunting telah berlangsung di Monas, Jakarta pada 21-23 June 2013. Acara yang kecil tetapi penganjurannya sangat 'grand'. Penyertaan juga hebat-hebat kerana sambutan dikalangan warga Ham di Indonesia yang harus dicontohi. Kesempatan ini diambil oleh rakan-rakan ham radio dikalangan Malaysian4Wheelers untuk mengunjungi program tersebut sebagai memenuhi rasa ingin tahu, mencari pengalaman, melihat sendiri dengan acara yang berkaitan, supaya takdalah berlaku situasi dimana 'lebih kerak dari nasik'.

                              

Seperti biasa, kalau ada acara begini, sudah pasti akan bertemu dengan sahabat-sahabat Ham dari Malaysia yang amat sukar untuk ditemui di tanahair sendiri, tapi berjumpa di Jakarta Fox Hunt. Sesuatu yang sudah dijangka dan pastinya mengembirakan. Turut bersama pada hari tersebut adalah : 9W2HOZ, 9W2RIO, 9M2SO, 9M2YRS, 9W2TUC, 9W2MQX, 9W2DLK, 9W2TLB dan beberapa lagi warga Ham yang tak pasti callsign mereka. Namun begitu inisiatif begini adalah atas usaha sendiri untuk 'eyeball' dengan teman-teman dari seberang harus diluaskan..pergi pun atas kos pun sendiri, cuma merapat kan silatulrahim sambil berlibur.
Salah satu  aktiviti yang terdapat dalam JakFox 2013

Fox Hunting..hunt for Megan Fox ;)
Kagum dengan penganjuran ini, 10 bintang harus diberikan kepada penganjur kerana dapat mengumpul warga Ham tempatan dan turut mendapat kunjungan dari teman-teman di Malaysia. Walaupun singgahan kami untuk tempoh singkat, nyata sekali pengalaman ini dapat di bawa pulang serta menilai betapa kukuhnya semangat Ham di rantau ini.

All the best..( magic word arwah 9M2GL)

Monday, June 17, 2013

Explorasi Harimau Berjemor : 31st May-2nd June 2013

Salam Sejahtera 4Wheelers...

Akhirnya, acara ini berkesudahan dengan jayanya tanpa 'side effect' yang tidak diigini. Sudah pastinya kepuasan terpancar dimuka setiap peserta apabila pergabungan urusan penganjuran antara D'Harung 4x4 Adventure dan Malaysian4Wheelers sendiri.

Sebanyak 14 buah kenderaan pelbagai spesifikasi dicabar dengan andaian cakap-cakap awal bahawa trek yang bakal dilalui sekadar tahap yang paling ringan...ini semua meleset sama sekali kerana rakan 'guide' yang merupakan orang tempatan turut sama telah membawa kami melalui trek yang lebih mencabar dari biasa..pucuk dicita ulam mendatang..! berlumpur la semua....

Tak perlu dicerita dengan lebih lanjut....anda saksikan sendiri video rakaman bagi membuktikan segala prasangka tentang trek ini yang dipandang ringan....  



Wednesday, June 12, 2013

4Wheelicious matters..

Salam 4Wheelers...agak lama tidak menulis disini kerana kekangan tugas..tapi kali ini M4W ingin memberi a few opinion on our perpective berkaitan dengan 'kesedapan' aktiviti offroading nih...
Tayar jenis MT sudah memadai..untuk kategory medium ..sesuai..

Beginilah ceritanyer...Off-Road Driving ini sebebenornye adalah satu 'perangai minat' untuk driving across terrain that is not kat atas tarmac road dengan menggunakan 4x4 vehicles. Anda tak perlu la sangat  to be highly trained atau particularly skilled atau terlalu qualified sangat to have fun at this sport, but you do need to have at least a short course ataupun memohon ilmu Off-Road Driving dari otai-otai mahupun those yang berpengalaman to understand the basics about your vehicle, the terrain and aspects of the sport before anda memulakan cabaran untuk berbelanja bear.

Ada beberapa types of off-roading which are very berlainan antara satu dengan lain, bak kata omputeh "different from each other".
Lepas offroading..main air pulak
Firstly, there is Off-Road Driving yang slower sikit tapi meliputi laluan yang challenging terrain nye. Ianya boleh dilalui di mana-mana area dan kureng atau lebih accessible as many people have a 4x4 that is capable of at least the basic Off-Road Driving principles. Secondly, ada juge Off-Road driving yang merangkumi 'racing' which is much faster dan menggunakan fully modified dan special vehicles.  Lebih kepada cars pengendalian serta atau skilled, ini due to the speed yang melewati over the rocky terrain, tapi nyata terhebat dan mencabar...


trip ini adalah category 'overland'
Offroading category ini agar 'kasar' permainannya...

Masih ada beberapa lagi info yang bakal dikongsi...so harap anda semua dapat tunggu, sementara M4W mengarang beberapa ayat agar lebih sesuai dan mudah untuk di terjemahkan...tunggu..!!

bye...

Friday, May 10, 2013

Where the TIGER basking in the sunshine..!!

The M4W : 13th of Weekend Offroad Warrior is back by popular demand....and to wait for the sun to shine..



To be held form 31st May till 2 June 2013 and its open to all but its limited to the first 10 vehicles registered with RM10 per pax. Please bring your own foods and equipment too..Kindly contact Bro. Lagong at 016-2933329 for details.

Wednesday, May 1, 2013

LABOUR DAY Special... Garage AY : DEFENDER Of The Universe..!

Hey world...! Happy Labour Day....

Do you want to restore or rebuilt your Land Rover in affordable repairs expenses. There's no difficulties nowadays, coz AY and the team will completely provide a perfect and fit part for your collectable rare species. 

GARAGE AY
DEFENDER AUTOMOBILE MALAYSIA SDN BHD
No. 24 Jalan Bunga Tanjung
Taman P.Ramlee, Setapak
53100 Kuala Lumpur
Tel : +603-40211023
Fax :+603-40211110
A.Y : 013-3950986
Zai Hassan : 013-3695260
Website : www.defendermalaysia.com

Range of parts and accessories at your own 'selera' 
the ARB's with special mounted WARN
the curve table for 'rundingan'
some of the big toys in the making...
Sorry..not for sale..
nice to see...
Main view of the road side of Taman P.Ramlee
Only for those with bad attitude...! haahha 


Tuesday, April 23, 2013

AMBROS : 4X4 Recovery Equipment



M4W membawakan sesuatu yang khas untuk anda....

Peralatan recovery 4x4 berjenama AMBROS yang sudah memasuki pasaran Malaysia sejak kebelakangan ini.

AMBROS merupakan jenama sukan dan pengedar peralatan 4x4 serta mempunyai kepakaran dalam pembuatan dan penjualan alatan 4x4 seperti ‘winch’, ‘snatch straps’ dan ‘shackles.’ 

Sejurus dengan itu, mereka ingin mengambil peluang ini untuk mempromosi jenama mereka agar dapat diperkenalkan lagi kepada semua penggiat 4x4 khususnya di Malaysia.

Pengendalian yang cekap dengan peralatan yang baik ( gambar hiasan)
Dah sangkut...!
Gunakan peralatan yang sesuai untuk tujuan recovery (gambar hiasan)

Untuk itu, AMBROS menawarkan potongan harga istimewa sebanyak 10% dan penghantaran percuma untuk semua peralatan kepada anda yang berminat.

Semua peralatan 4x4 AMBROS ini disertakan sekali tempoh jaminan 6 bulan dengan penggunaan biasa. Sila rujuk pada katalog untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peralatan 4x4 AMBROS yang ditawarkan. Sila hubungi nombor phone yang tertera dibawah sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.

AMBROS percaya bahawasanya anda layak mendapat yang terbaik, dan mereka ingin membantu membekalkan anda dengan peralatan 4x4 bertaraf antarabangsa pada harga yang berpatutan.Semoga sukan 4x4 menjadi semakin hebat dengan penggunaan jenama AMBROS.

Selamat membeli dan menawar...! tepuk dada dan tanya selera....


Tuesday, April 16, 2013

2013 - Can Am Renegade ATV for SALE


Salam to 4Wheelers..

Its time for ATV...jual..jual..

1. 2010 Can-Am Renegade 800cc  RM70,000

Considered the Roll Royce of all ATV, the Can-Am 800 is power packed and not for the faint hearted. Direct from USA. Single owner, low milage. Ideal for off-road fun. Loaded with extras to give you every advantages. It's the ride you want when only the most power, prcise handling and aggressive looks will do. Unparalleled performance and style for most demanding riders.







2. 2008 Can-Am Renegade DS-250 RM30,000

An intermediate level of ATV, this Can-Am 250 is fantastic condition. Direct import from US, single owner, low milage. An ATV riders age 14 and up, the DS 250 sports an energetic 250cc liquid-cooled engine with Continously Variable Transmission (CVT). It offers added control in hydraulic front and rear disc brakes. The DS 250 will give promising riders a chance to show even of their stuff.


For those interested to get this ATV, kindly contact via email : malaysian4wheelers@gmail.com



Sunday, April 7, 2013

Malaysian4Wheelers ....Inspired by Life with Hi-Tec


M4W is now tied up another partnership agenda in promoting HITEC gears and will be carrying the brand on our selected vehicles. This great collaboration is a long waiting after completed with COLUMBIA Sportswear back in 2011-2012. 

From April onward till 2014, you may see the brand in motion nationwide as we expecting more outdoor and 4wheeler will start looking for a better choice of HITEC that Inspired by Life..!

So, get your favorite range of HITEC gears at 
The World Of Sports outlets all over Malaysia.

 
             

Monday, April 1, 2013

KOA Adventure Sdn Bhd


Kembara Offroad Adventure 4x4 Sdn Bhd.
Alamat : Lot 1-6 Kampung Tengah Batu 13, Jalan Klang, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.
GPS Coordinates : N03'01'13.1 E101'35'20.3.
Specilization in making your 4x4 different from others..! 

Menerima tempahan modifikasi kenderaan 4WD anda serta pembikinan seperti bullbars, side step and other ironworks according to you requirement.
Siapa yang berminat boleh contact Nazli : +6012-5653397



Peralatan serta kemahiran digabung untuk hasilkan produk bermutu
Pejabat urusan untuk tujuan perbincangan
Kepuasan pelanggan motto KOA4x4