Tuesday, March 31, 2009

Tinjau Endau Rompin


Baru-baru ini (27hb-29hb), M4W bersama rakan X4 bergabung tenaga meninjau lokasi Lemakoh Waterfall di Endau Rompin bagi membuat persiapan untuk aktiviti ekspedisi Etiqa Insurance & Takaful yang akan diadakan pada hujung April nanti.

Jam 24.00, dua buah 4x4 dari Kuala Lumpur menuju ke tol exit Air Hitam/Kluang untuk bertemu dengan sebuah lagi 4x4 dari Bahau, langsung ke Kluang Rail Coffee untuk menikmati original home made coffee ditepi Kluang Railway station. Memang best bila pekena kopi dengan roti bakar untuk sarapan pagi.

Kami terus menuju ke Kahang untuk lapor diri di pejabat dahulu sebelum masuk ke Endau Rompin. Cuaca panas sepanjang perjalanan disamping debu tanah merah berkeliaran masuk ke lubang hidung..! boleh kena 'parkinson' kerana laluan yang tidak rata itu. Jambatan gantung yang roboh kini sudah diganti dengan jenis konkrit..tak bimbang lagi.

Tiba di Lemakoh hampir jam 4.30 ptg dengan perut yang lapar, di saji nasi putih, ikan masin, sayur kobis goreng dengan ikan Mackerel masak kari..! wow..lazat..!! Mandi sungai, lepas itu terus menjamu selera. Akibat perjalanan yang agak jauh, tidur pun tak cukup, maka ibarat orang ngantuk disorongkan bantal...memang sah tertidur lepas makan tu..tak sedar pun bahawa malam itu adalah malam 'Earth Hour', tapi suasana di campsite terpaksa berterangan demi keselamatan hingga ke esok paginya.

Kami tinggalkan campsite dengan membawa keluar sampah pada jam 11 pagi. Destinasi seterusnya adalah menuju ke Kluang untuk menikmati sekali lagi hidangan kopi di railway station sebagai penutup acara kerana selepas ini konvoy akan menuju ke haluan masing2.

Memang hebat..! lokasi ini sememangnya sesuai untuk semua peringkat umur. Sungainya nyaman, sejuk tapi kadang2 suam dan suasana sekitar yang damai. Tapi kena harus berhati2, jangan sampai ada yang tergelincir di kawasan perbatuan disitu.

Wednesday, March 18, 2009

M4W with full support


At 8.30pm on 28 March 2009 millions of people around the globe will unite for one hour and switch off their lights to show that they care about our living planet.

Kalau anda mempunyai aktiviti 'offroading' minggu tersebut, cuba pastikan keadaan sekelilingnya sesuai atau tidak untuk mematikan sumber cahaya di dalam hutan. Maklum saja, dikhuatiri akan boleh membawa masalah lain pula.
Jika anda berada dirumah dan tidak kemana mana, mari kita sokong acara ini demi menyempurnakan intipatinya yang akan mempastikan ianya di sokong oleh umat manusia seluruh dunia tanpa mengenal bangsa, keturunan mahupun agama.
Untuk details, singgah di www.earthhour.org

Wednesday, March 4, 2009

Pertak Escapade


Hujung minggu yang sering kali sama seperti minggu minggu yang sebelumnya kini berubah menjadi satu weekend yang telah memecahkan tradisi bagi individu yang menganggap bahawa aktiviti luar dari rumah hanya memenatkan sahaja malah membazir.

Weekend Offroad Warrior 2 yang berlaku di Sg Pertak pada 28hb Feb dan 1hb March, walau disaji dengan offroad sector yang agak simple, peserta mampu menikmatinya dengan acara selingan sepanjang trip ini. Namun begitu mereka tidak lepas untuk merasakan 'thrill', melewati lereng bukit berbatu dan tebing serta river crossing.

Unexpected meals..!! yang penting semua dapat nikmat bahawa aktiviti makan seharusnya sesuatu yang bukan sembarangan dalam meniti hari bagi si pemakan..! confused jugak ni..! Untuk ini M4W punya kepakaran krew masak yang hebat, tanpa menghirau masa, makan mesti terjamin enak..!!

Sebagai input kepada program ini, pengetahuan asas tentang 4x4 turut dimuatkan agar dapat dibawa pulang oleh mereka. Demonstrasi untuk menyelamat kenderaan yang tersangkut turut disaksikan oleh peserta, sekadar ilmu tambahan. Mudah-mudahan boleh digunakan pada masa akan datang.

M4W mengunjurkan ucapan terima kasih pada peserta yang hebat dan meriah. Hingga kini mereka masih belum padam dengan cerita pengalaman untuk dikongsi dengan kawan2 yang lain.

So, tunggu trip kami yang akan datang..!! Telemong..?? Lemakoh..??

Thursday, February 19, 2009

Rakan Backpackers hilang di Gunung Yong Yap..



GUA MUSANG, 18 Feb (Bernama) -- Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28, seorang kerani RHB Bank, Bangi, Selangor yang hilang dalam perjalanan pulang daripada mendaki Gunung Yong Yap, dekat Pos Brooke di sini sejak Ahad lepas, belum ditemui sehingga petang ini.Gerakan mencarinya diteruskan mulai pukul 9 pagi ini dengan penambahan anggota polis, Unit Udara Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan penduduk setempat. Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Aziz Hassan, berkata rakan-rakan Mohamed Hassan yang selamat keluar diminta membantu dalam gerakan mencari. Bercakap kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada petugas operasi penyelamat itu di Lojing pagi ini, beliau berkata, bahawa pagi ini pasukan mencari itu bergerak melalui trek Kem Agas tempat Mohamed Hassan Ayat dilaporkan hilang. Beliau berkata maklumat lanjut mengenai operasi itu akan dapat diketahui petang nanti menerusi ketua operasi yang juga Ketua Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Daerah Polis Gua Musang, Insp Harris Turung."Kita juga perlu melihat kepada keadaan cuaca kerana Lojing ini sering kali mengalami hujan yang menyebabkan Unit Udara Polis Diraja Malaysia tidak boleh memantau sepanjang masa," katanya. Ibu Mohamed Hassan Ayat, Norhayati Abdul Razak, 56, semasa ditemui di Lojing, berkata beliau tidak dapat bayangkan keadaan anaknya yang keseorangan dalam hutan. "Mak cik doakan dia ditemui dalam keadaan selamat," katanya. Norhayati berkata Mohamed Hassan Ayat mendapat keizinannya untuk menyertai ekspedisi itu kerana anaknya itu amat menggemari aktiviti mendaki termasuk di luar negara. "Yang mak cik bimbang ialah kaca matanya tertinggal di pejabat kerana dia rabun jauh," katanya.-- BERNAMA
Malaysian 4Wheelers juga sedang dalam usaha untuk membantu dan telah menghubungi rakan 4Wheelers di sebelah pantai timur untuk membantu mana yang terdaya. Mudah mudahan mangsa hilang dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Wednesday, February 4, 2009

Ulu Tamu upgraded..!!

Dahulu kalanya Ulu Tamu atau Ulu Rening biasa jadi singgahan 4wheelers untuk light and easy offroad sector, tapi semenjak kebelakangan ini, track dah bertukar kepada kategori yang lebih mencabar. Batu yang timbul semakin membuka untuk menyagat 'chasis floor' semasa kenderaan memanjat bukit. Perlu 100% berhati-hati dan tumpu perhatian kepada rakan 'guide' anda kerana sudah ada sejarah kenderaan yang 'tumpah' sebaik sahaja berjaya memanjat batu itu, akibat 'slope' yang sendeng mampu menyumbang kepada keadaan yang lebih buruk lagi.

Untuk 'beginners', track ini memang sesuai untuk belajar sesuatu yang mencabar sebelum ke lokasi 'hardcore' yang lain, tetapi anda harus mempunyai kelengkapan yang baik supaya tidak terpaksa meninggalkan kenderaan terus disana sementara menunggu 'rescue' dari luar. Namun tak perlu risau kerana masih ada 'phone line' yang dapat di capai.

Tips : Buangkan angin tayar anda ketahap yang paling sesuai jika memerlukan traction yang maksima.

Selamat Offroading..!

Wednesday, January 28, 2009

Gua Musang yang 'thrill' : 23 - 25 Jan 09

5 buah pacuan yang serba lengkap bersama 25 orang tenaga muda dan lama menuju ke lubuk2 ikan yang tidak dapat diberitahu disini atas sebab yang tak dapat nak di elakkan. Kombinasi pengalaman dari 'Hardcore Anglers' dan M4W menyumbang kepada kerjasama yang kuat dalam menangkis 'obstacles' di sepanjang perjalanan.

Alang, Haji, Adie dan Along Wahab, dalam jentera LC2 tak berhenti melayan sembang sepanjang perjalanan pergi yang mengambil masa hampir 12 jam hingga ke campsite.

Hujan lebat pada malam pertama hingga ke awal pagi esoknya. Air sungai naik seperti 'teh tarik' serta sang pacat yang meriah macam enjoy sangat menghisap darah di kaki masing2. Semangat tinggi 'anglers' tak kira cuaca, misi memburu Kelah tetap diteruskan tetapi bertukar apabila si Baung saja yang asyik menyerah di mata kail. Mahu atau tidak, Baung jadi lauk Lemak Cili Api untuk habuan dinner.

Seawal pagi yang terakhir, anglers memang tak suka buang masa, terus saja mencari lokasi sesuai untuk pancingan penutup, tapi wajah kecewa masih bukan pada Si Ikan Kelah yang bijaksana.

Perjalanan keluar lebih 'thrill' kerana kesan hujan lebat hari pertama itu telah mengocak baurkan 'mudhole'. Downhill yang dipenuhi dengan 'ruts' yang dalam itu juga telah mengundang masalah apabila ada kenderaan yang 'overturned'. Panik ..!! malang sekali, tetapi 'pilot' tak mengalami sebarang kecederaan cuma 'trauma' untuk satu jangkamasa yang pendek saja. Keadaan ini memaksa semua yang ada disitu untuk berkerjasama bagi menyelesai masalah. Teknik winching dan snatch block berjaya menegak semula LC2 yang tumbang.

Selesai segalanya, justeru meninggalkan offroad sector dengan rasa ceria bercampur kecewa tetapi puas kerana setidak2nya 3 buah coolbox masih dipenuhi hasil sungai. Pengalaman anglers yang pertama menyaksikan pacuan 4 roda ini di maksimumkan penggunaannya juga telah memberi pengalaman baru pada mereka.

"ni la pertamo kali den nengok camni ..!! sobolum ni ingek kan poweel ni..cam biaso yo.. tapi siap buleh panjek bukit nun..!" kata Along Wahab.

Dalam pada kita sibuk untuk explore kejadian alam ini, jangan lah lupa tanggungjawab kita untuk memelihara alam sekitar, bawalah keluar sampah dari setiap lokasi yang kita sampai. Semoga generasi akan datang dapat menikmatinya lagi.

Jumpa lagi dalam offroad trip yang lain..!!

Friday, January 23, 2009

Weekend Offroad Warrior : Kerling on 6th & 7th Dec 08

Kerling terletak didalam Negeri Selangor Darul Ehsan. Terdapat 'Hot Spring' sebelum offroad sector. Campsite dan sungainya yang sejuk sukar untuk diceritakan disini.

Trip ini terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin mendapat ruang untuk melepaskan 'stress' selepas 5 hari bertungkus lumus di pejabat.

Seramai 15 orang rakan2 'beginners' telah mengambil bahagian dalam trip hujung minggu ini, sambil di bantu oleh rakan M4W sekitar Kuala Lumpur untuk mengambil peserta di Dataran Maybank.

Sepanjang offroading, sudah banyak perubahan berlaku di laluan Kerling ini. Tidak seperti 3 tahun dahulu yang ianya dikategori kan sebagai 'hardcore'. Ini kerana sedang berjalannya projek mini hidro disitu, maka laluan offroad telah diperkemaskan untuk memudahkan laluan pekerja dan kenderaan projek tersebut. Trek terkini Kerling sangat sesuai untuk individu yang baru berjinak jinak dengan hobi 4x4.

Kalau anda mahu cuba memandu 'offroad', tunggu sahaja pengumuman trip yang akan mendatang. Selamat Offroading..!!

Monday, September 29, 2008

4Wheelers @ Ramadhan


Salam Ramadhan di penghujung sambil Syawal pula menjelang tiba.

M4W mengucapkan Selamat Hari Raya Adilfitri kepada semua 4Wheelers


Semoga tahun ini makin banyak event dan trek baru dijumpai.

Sunday, July 20, 2008

Le Marko Waterfall Endau Rompin


Trip ini diadakan in conjuction of the CIMB AVIVA Team Building program untuk warga kerja mereka. Aku di ajak oleh organizer untuk bersama mereka untuk membawa peserta ke lokasi yang pada tahun 2006 adalah kali yang terakhir aku memasuki kawasan tersebut bersama Singapore Subaru Forester Club.


Kali ini laluan sedikit mencabar, kerana jambatan besar telah roboh dan perlu melintasi jambatan 'gantung' sementara yang hanya diikat di tebing sungai. Sekiranya air sungai naik..maka, akan menyebabkan jambatan itu turut hanyut.

Monday, January 7, 2008

Selamat Tahun Baru 2008


Semoga tahun 2008 akan menjadi tahun kebangkitan semula sukan 4x4 seluruh tanahair dengan penglibatan serta kemeriahan peminat dan pengemar sukan lasak.
Tragedi banjir semasa RFC di Terengganu tidak akan mematahkan semangat.
(photo from marathonrally.com)


Wednesday, October 17, 2007

Malaysian 4Wheelers

Dinamakan sebagai Malaysian 4Wheelers (M4W) kerana bertujuan untuk menyatukan semua penggiat, peminat serta pengikut sukan 4x4 seluruh tanahair yang merangkumi pelbagai latar belakang profession serta kemahiran yang berkaitan dengannya. Ianya tidak terlibat dengan sebarang pergerakan berhaluan kiri atau yang boleh menggangu gugat ketenteraman awam mahupun haiwan di hutan.

Pengabungan tidak rasmi dan atas dasar suka dan rela beberapa nama seperti Wan10 Adventure Sports, Gombak 4x4 Club, Jln Kebun 4x4 Club, Xkisah Adventure, Kembara Offroaders dan beberapa individu telah memantapkan barisan untuk mengendalikan sebarang acara sukan permotoran lasak ini. Selain daripada itu, M4W rasa amat bertanggungjawab untuk membuka mata, telinga serta minda para penganjur sukan yang serupa ini agar tidak mempermainkan penyumbang tenaga ini dengan tidak memberi bayaran yang setimpal dengan kontribusi yang mereka berikan. Walaubagaimanapun wang ringgit atau nama
bukanlah menjadi keutamaan tapi 'passion' kepada sukan ini mendahului dari segala kepentingan. Tapi jangan ambil kesempatan..!! (dah banyak kali terkena...)

Pengalaman dapat disatukan dengan tenaga mahir mengendalikan pertandingan 4x4 di seluruh tanahair yang mana mereka bertindak sebagai pegawai pertandingan atau Marshal serta Recce Team. Diantara yang mendapat sentuhan gabungan M4W adalah seperti Tasik Puteri Xtreme Offroad Challenge '07, Livita-Malaysian Challenge '07, Kelantan 4x4 Challenge '06, Lagong Challenge 2004/2005, Merdeka @ Jln Kebun Challenge 07 dan banyak lagi.

Oleh yang demikian, amatlah dialu-alukan sebarang informasi yang berkaitan dengan sukan lasak ini dapat dikongsi bersama melalui blog ini.



Semoga dengan kesempatan ini, marilah kita meriahkannya..

Thursday, September 27, 2007

Kuala Mu Trek_ Recce


Long journey.. all the way from Kuala Lumpur to Kuala Mu, Sungai Siput Perak/Kelantan.
About 3 hours offroad trek, and passed by a few Asli villages. Enjoy..tapi letih la..!!

India ASEAN Rally 2004


Myanmar via Manipur, India route..
The most memorable experience in my involvement in 4x4 machine. But this time we drove a TATA Safari, a 4WD which made in India. Was happened in conjuction of the 11th ASEAN SUMMIT in the capital of LAO PDR. Malaysian team members are my self (9W2AMR) Shuaimi (9W2TMY) Ishak (9W2IBI).
We drove all the way from Assam of India through all the ASEAN country and met all the Prime Minister in LAO PDR. The succesfull event been flagged off by Mr Manmohan Singh at the Guwahati Stadium, northern eastern of India.
Statistics :
* About 8000km
* Average is about 18 - 17 hours of driving
* 11 countries in about 24 days
* Average sleeping time = 3 hours in a day

Lagong



For those who about to be a 4 wheel driver,

we salute you..!!

Let's share your stories, photos or experience in offroading or any related matters..!!

and nothing else matters..!!