Sunday, October 18, 2015

M4W ucapkan Terima Kasih

Salam Offroaders untuk semua..


Malaysian4Wheelers, terlebih dahulu dan akan senantiasa mengucapkan jutaan terima kasih kepada followers yang sering mengikuti perkembangan melalui blog ini. Setelah dipantau jumlah singgahan kepada blog ini, semakin hari semakin menyusut oleh kerana pengisian yang mungkin tidak memenuhi kehendak semua dan ini telah menjadi satu impact kepada posting frequency. Sebagai manusia biasa, saya sebagai penulis juga merasakan mungkin medium 'blog' seperti ini lebih memerlukan topik yang lebih sensasi gilerr tetapi di dalam kamus bidang 'offroad' ini memang takda yang sensasinya jika dibandingkan dengan bidang entertainment dan politik tanahair. 

Dalam tak sedar..M4W pun dah menjangkau 10 tahun usianya dan kontribusi perjalanan pengalaman serta cerita pun sudah pelbagai di garapkan, disamping perbahasan dengan cara paling santai telah dibuat disini bagi menarik minat offroaders dan komunitinya untuk membaca..tapi mungkin pendekatan kita kurang menyengat. Namun begitu, pelbagai usaha dah dibuat dan kita sudah pun menjalankan tugas serta tanggungjawab sosial kepada masyarakat dalam menyampaikan maklumat sebaik mungkin. 

penulis terkini..ecewahhh..!
M4W di Borobudur
Memadangkan dah ramai tak berminat untuk membaca (hanya segelintir orang kita memang x minat nak membaca), maka kita takkan menulis panjang dalam posting yang terakhir ini..cukup lah sekadar hendak memberitahu bahawa blog ini akan ditutup dan dikekalkan dengan apa yang ada disini sahaja. Sudah tidak ada pengemaskinian cerita atau perkongsian maklumat bermula Nov 2015. Semoga dengan pemberitahuan ini para followers boleh lah mengikuti perkembangan Malaysian4Wheelers melalui medium "Facebook" dan "Instagram" yang lebih menjadi pilihan browser  masakini. 

M4W di Indonesia LandCruiser Jamboree
M4W Acoustic Band @ Jungle Jamm
M4W bersama LIBUR
M4W bersama YB Amir ( tersama plak nama hehehe)
Lata Chelir 
Kuinin Exploration
Sg Salan @ Lost Waterfall
M4W goes Jakarta 
India ASEAN Rally
Lubuk Kawah
Tiada kekecewaan pun tercetus untuk "menggantung"ini... cuma kita dah banyak bikin surveys dan  menyelusuri kehendak semasa yang lebih dahagakan maklumat bersandarkan pepatah penjajah  "pictures tells the thousand words". (nengok gambor lagi best…! gitewww..)

Sebagai mengakhiri posting ini, dihidangkan beberapa petikan dari event photos (diatas) serta penglibatan M4W didalam acara tempatan mahupun peringkat antarabangsa sebagai resepi tambahan yang sekadar nak menyingkap pengalaman dan ceritera serta perkongsian maklumat untuk semua yang pernah ditonjolkan sebelum ini. 

Footer Notes : Offroading/4x4 bukan hobi yang datang tiba tiba..jika ianya tiba-tiba..anda akan tinggalkannya pun secara tiba-tiba..!! sebab kita perlu ada 'passion' bukan suka-suka..ianya harus long lastingforever offroading… build your machine not in one day..ambik masa dan ianya akan bertahan lama..trust me..!

Salam Terakhir dan selamat semuanya..!  

Saturday, August 29, 2015

MERDEKA ke kita 2015 ni..?

Salam 4Wheelers


Hari Kemerdekaan, macam biasa dan setiap tahunnya dah tertera 31hb dalam kalendar akan ada satu cuti kelepasan am bagi sambutan untuk memperingati hari yang benar benar membebaskan kita dari penjajahan pada suatu masa dahulu. Sesuatu yang harus wajib tersemat pada jiwa dan naluri setiap rakyat Malaysia yang sah, adalah semangat patriotik ini tanpa berbelah bagi walaupun dalam situasi yang agak mencabar ketika ini.

Sebagai penggiat 4x4, kita juga takboleh lepas atau lekang dan punya peranan dalam mempastikan sambutan "Merdeka" ini dapat dipenuhi dengan sesuatu yang boleh diletakkan sebagai tanda aras atau benchmark terbaik untuk membakar semangat kecintaan pada tanahair.  
                                          

Didalam bidang 4WD di Malaysia, kelihatan banyak program dan event diadakan bagi mencantikkan lagi sambutan Hari Merdeka dianjurkan oleh kelab kelab dan komunitinya sekitar tanahair. Bersesuaian dengan cuti bertunda, dapat jugak mengisi masa lapang dan memenuhi kalendar masing masing. Namun begitu, event yang bertindih yang memang dan sering biasa berlaku sejak dari dulu lagi masih berterusan, lebih lebih lagi event yang berbentuk 'pertarungan kemahiran'. Mungkin secara kebetulan kot..! Tapi pada masa akan datang mungkin para penganjur boleh fikir dan cadang agar dapat disatukan semua program seperti ini, dengan harapan supaya hasil penyertaannya akan lebih baik. Sehingga kini, jelas sekali, bahagian ini memang belum boleh dikategorikan sebagai MERDEKA..! masing masing dengan cara sendiri..penonjolan yang berbeza apatah lagi dari segi kepimpinan. Kelab kelab gergasi dan ternama harus ambil inisiatif segera dengan platform anda yang lebih steady sebelum semuanya berakhir dengan airmata.

1M4W 2010_Konvoi Merdeka (gambar lama daaa....)
Di dalam aspek situasi kehidupan lokalan terkini pulak, kejujuran serta amanah dan amalan kesederhanaan sudah menjadi sifat sifat kemanusiaan yang sepatutnya sudah ada pada individu yang MERDEKA. Memimpin kumpulan tertentu perlu ada rasa jiwa dengan akal bahawasanya kita ini diamanahkan oleh teman teman untuk kehadapan membimbing serta membawa kearah kebaikan. Tapi mungkin atas sebab terlalu ego, terlalu mengejar nama dan kehidupan dunia, mereka terlupa sehinggakan mampu meragut kesenangan secara melampau lampau yang sepatutnya dimiliki bersama. Bak kata pepatah Melayu, 'Harapkan Pegar, Pegar pulak yang makan padi..." adakah yang ini kita boleh katakan sebagai MERDEKA..???


Walau apapun yang berlaku, Malaysia masih tetap menjadi Tanah Tumpah Darahku...!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 58

Offroaders..keep on rolling..!!


Tuesday, July 21, 2015

Salam Lebaran 2015

Salam 4Wheelers.

Arakian, maka selepas menyudahkan rukun berpuasa di bulan Ramadhan, akhirnya penantian ini di sudahi dengan sambutan Eidul Fitri yang sederhana tetapi sungguh bermakna. Dengan persekitaran serta isu lokalan yang agak meruncing sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak menjejaskan jugak persiapan hari raya untuk ianya lebih gembira. Maklum sajalah, kalau anda mengikuti perkembangan semasa, tak perlulah saya jelaskan further..sebagai manusia yang rata-rata semua pergi ke sekolah, gunakan pertimbangan sendiri agar tidak terlalu menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia.

Justeru, Hari Raya yang mulia ini marilah kita sama-sama bergabung semangat dan tenaga, bermaafan sesama keluarga sendiri yang paling utama, mahupun dengan sesiapa saja, tidak lupa juga dikalangan penggiat aktiviti 4x4 yang masing masing punya direction, mission dan vision yang sedikit berlainan tetapi asasnya masih sama. Manalah tahu, kot-kot ada yang tak begitu bersealiran dengan pendapat serta good practise yang sering diketengahkan oleh M4W, apatah lagi sesetengah offroaders yang agak robust dan lebih suka cara mereka sendiri...

Kesempatan ini, kita kongsikan beberapa photo kenangan Hari Raya bersama keluarga di kampung halaman untuk tatapan rakan rakan serta followers Malaysian4Wheelers. Mereka ini adalah sebahagian sahaja yang masih dapat dikesan sepanjang minggu perayaan ini, yang lain pulak masih mahu bersantai bersama keluarga dan sukar dihubungi ketika ini.

TU dan keluarga di Penang
Medklin dan Keluarga
Roy and Family
Amir Lagong dan keluarga
Ryzal RB and Family
Kurau dan Keluarga dari Seremban
Ali dan keluarga di Temerloh

Che Su di Kuala Kangsar
Malaysian4Wheelers dan sekutunya mengambil kesempatan ini dan telah pun menyampaikannya dengan menyediakan rakaman Akustika Raya secara live baru baru ini. Mungkin ini cara kita, sebabnya perlu ada sesuatu yang agak berlainan dari konsep biasa yang menjadi amalan, tetapi ianya masih relevan untuk semua. Sedap atau tidak, terima lah dengan seadanya..


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Lipan...!

Monday, July 13, 2015

Ramadhan dah nak pergi...

Kempen berpuasa sepanjang Ramadhan yang serba berkat ini memberi peluang semua penggiat aktiviti 4x4 untuk berehat sebentar, sambil memenuhkan masa dengan amalan sebagai seorang Muslim.

4Wheel semua disimpan rapi...ada yang memulakan operasi membuat restorasi selepas setahun membelasah jentera yang penuh dengan harapan. Umpama pepatah Melayu lama, 'alah membeli, menang memakai'..itu lah sesuatu yang masih relevan apa bila dilihat kenderaan 4x4 ini walau usianya yang agak klasik tapi masih layak bertugas pada tahap ganas, asalkan ianya dijaga luar mahupun dalamannya. 

Baru baru ini, telah berlangsung majlis Iftar di MESRA HOME yang terletak di Taman Sri Watan, Ampang yang dikendalikan oleh rakan LCFans Malaysia iaitu pasangan suami isteri, Razali dan Faezah secara persendirian. Mereka sangat berharap agar akan lebih banyak program seperti ini dapat dijalankan bagi memenuhi ruang untuk menceriakan suasana di rumah penjagaan orang orang tua milik mereka ini. 

Turut sama didalam program tersebut adalah sekumpulan anak anak yatim dari Rumah Penjagaan Anak2 Yatim (terlupa namanya) yang dibawakan khas oleh para volunteers dari 4W4C yang membawa mereka datang ke MESRA HOME untuk berbuka puasa.

4wheel bukan utk offroading saja...

Begitulah sebaik baiknya, apabila Ramadhan menjelma, banyak kesempatan digunakan untuk penganjuran aktviti kerohanian dan kemasyarakatan seperti ini yang menjadi tumpuan bagi mereka yang mahu menunaikan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik serta memerlukan bantuan. Syabas dan tahniah..moga saham anda mendapat pulangan kemudian hari..Insyallah.

bersama anak2 yatim

sukarelawan 4W4C bersama penganjur
Sekiranya anda berhajat atau ingin menyumbang kepada MESRA HOME, boleh lah berbuat demikian dengan menghubungi En Razali (012-6271101) atau Pn Faezah (012-2016271). Atau anda boleh terus ke lokasi :
MESRA HOME
PERTUBUHAN KEBAJIKAN PUSAT PENJAGAAN SRI MESRA
NO.16 JALAN WATAN 1
TAMAN SRI WATAN
68000 AMPANG
SELANGOR

Wednesday, June 24, 2015

M4W, AD Time dan SUUNTO : Lata Kuinin Explorer

Salam 4Wheelers seMalaya..

Sebagai menyempurnakan apa yang telah dimeterai antara M4W dan SUUNTO melalui AD Time, kami telah pun menyusun sebuah trip baru baru ini yang bertujuan untuk memberi peluang kepada rakan strategik dalam usaha mereka untuk menguji dan memperkenalkan gadget SUUNTO AMBIT3 yang merupakan model yang paling terkini di tanahair.
Convoy briefing
Beberapa orang wakil rakan strategik yang turut serta bagi membuat coverage tentang aktiviti ini amat ketara keterujaan kerana ini merupakan pengalaman pertama mereka untuk merasai trip yang sebegini. Maklum saja, sebelum ini kebiasaanya tumpuan mereka banyak kearah keadaan yang lebih civilized.

Maka dengan itu, tersusunlah sebanyak 13 buah jentera M4W, yang rata-rata nya membawa logo SUUNTO bersiap sedia mengikuti masa yang telah ditetapkan. Peserta juga seolah-olah meluap-luap semangat dan tenaga mereka untuk kami cepat-cepat bergerak menuju kelokasi yang telah dicadangkan.

Lata Kuinin (unidentified location) pada peringkat awalnya telah perna diterokai oleh masyarakat Orang Asli setempat dan pada pertengahan tahun lepas, tenaga rakan rakan M4W telah mengerakkan semula operasi mengesan lokasi ini oleh kerana ianya dipercayai sudah tidak dapat di akses akibat keganasan aktiviti pembalakan yang berhampiran. Sebelum acara ini berlansung, beberapa siri tugasan membuat rintisan/reccee juga telah dilaksanakan bagi membuka campsite dan sehingga kini, M4W telah pun membuka 2 buah lokasi sesuai agar dapat dinikmati dengan lebih selesa lagi damai.

SUUNTO_AD Time
Pengenalan tentang 4x4 kepada peserta
demo
Waterfall Kuinin...atau lebih sedap kita panggil sebagai Lata Kuinin (sebab bau buah Kuinin disekitarnya) mempunyai beberapa paras tingkat dan jaluran serta terjunan air yang sangat cantik lagi menarik. Dibawahnya, terdapat jatuhan air memenuhi kolam-kolam kecil tapi sedikit merbahaya jika tidak berhati-hati. Kawasan cetek serta berbatu juga tersedia secara semulajadi, sesuai untuk kanak kanak, namun harus dipantau oleh orang dewasa.

Lata Kuinin
SUUNTO

Aktiviti kali ini, secara asasnya adalah bertujuan untuk menguji serba sedikit features yang ada pada AMBIT3 Peak Black yang digunakan oleh Malaysian4Wheelers serta dua orang bloggers terkenal tempatan iaitu Jeremiah Teoh dan Steven Goh. Kami dibekalkan dengan peralatan lengkap bgai memantau jarak perjalanan semasa trekking, barometer, altitudemeter serta menggunakan kompas dalam keadaan yang minimal. Durasi bagi setiap perjalan dapat direkod menggunakan AMBIT3 dalam format tertentu yang dapat dirujuk dalam applikasi 'Movescount' yang turut tersedia di dalam handphone. 

Movescount
Menjelang lewat petang, semua peserta terpaksa berpuas hati walaupun ianya hanya sebuah day trip. Namun begitu misi utama dapat dilengkapi dengan cukup baik. Apatah lagi dengan persiapan logistik serta F&B yang ringkas tapi bertepatan dengan kehendak semua. Lokasi pula yang sungguh cantik..puas hati..serta cukup membari satu experience yang baru kepada mereka yang pertama kali menikmati aktiviti yang seperti ini.

Photo untuk kenangan
Semoga jumpa lagi dalam trip yang lain...dan Salam Ramadhan

 Keep on rollin'....!

Tuesday, June 2, 2015

Festival Belia Putrajaya 2015

Salam 4Wheelers dan Tahniah.
Logo FBP 2015
Hebat lagi terangkat bila sukan 4x4 kini semakin menjadi tumpuan pelbagai peringkat umur dan status. Ini nyata kelihatan sewaktu acara yang berjalan dengan hebat sekali semasa Festival Belia Putrajaya baru baru ini.

Rata rata yang kelihatan hadir adalah para peminat yang regulars serta followers sukan pacuan empat roda dan pacuan enam roda yang datang dari seluruh pelusuk tanah Semenanjung. Mereka ini sememangnya mencari pasal namun terus berusaha mengambil inisiatif sendiri untuk hadir sebagai competitor mahupun sebagai spectator sahaja...dan tak kurang juga membuka booth bagi mempromosi kelab masing masing. Nampak deretan top loader truck ibarat mengendong jentera jentera berkuasa ganas yang akan dipertaruhkan mengikut kategori masing masing. 



Ruang terbaik ini memang sesuai digunakan bagi satu platform untuk mengumpul semua penggiat sukan 4x4 tanahair. Kalau dapat kiranya, pihak penganjur cari jalan pulak bagi mengabungkan semua ini dalam satu tujuan yang benefited untuk memajukan sukan 4x4 yang semakin hari semakin mencabar bukan setakat persekitaran offroad track mahupun dari aspek pentadbirannya.

Next round maybe organizer kena pikirkan agar perlu ada entertainment kat main stage 
Untuk catatan kali ini, kita tak dapat nak kongsi photo...kerana sumber mendapatkan photo telah gagal lebih lebih lagi alatan yang sedia ada pulak yang rosak..maka semua moment yang dirakam tidak dapat diselamatkan...aduhhhh..."sakitnya tuh di sini..."

antara rakan rakan 
Secara keseluruhan, seharusnya mendapat kalungan 'Syabas' kepada pihak penganjur kerana kita percaya betapa stressfull nya mereka dalam mahu menyediakan satu event yang solid ini dah terpaksa  ada melalui pelbagai cabaran yang mesti kena kasi selesai..dan kita pulak tak perlulah nak cari orang lain punya mistake dalam urusan penganjuran mereka..itu semua asam garam yang kita kena telan..yang baik ambik jadi ikutan..yang tak best kita jadikan tauladan sebaiknya demi menyokong pembangunan sukan 4x4 tempatan.

Lastly, kena kasi ingat "Cakap memang mudah..kalau berani buat dulu la... "

All the best..

Saturday, May 16, 2015

Land Cruiser pulak melompat..!!

Salam 4Wheelers..


Lambat bererti akan terus dilupai...takda tutur kata berlapis lagi kalau mahukan sesuatu yang boleh menyuntik semangat yang disebutkan sebagai "Drive a Legend, Drive Land Cruiser"..begitu lah istimewanya motto kepada pemilik Toyota Land Cruiser walau dimana mereka berada seluruh cakerawala ini.

Bulan lepas...inisiatif yang diperbekalkan dari negara seberang telah jadi satu lagi platform bagi menyungkit (macam sungkit laa....hehehhe..!) gabungan beberapa rakan dari pelbagai latar belakang kelab/komuniti 4x4 untuk menyatukan semua pemilik serta peminat jentera bergelar Land Cruiser sekitar tanahair. Maka tercatat lah sebuah lagi sejarah 'baru' yang mana undangan secara kecil kecilan telah dapat dimanafaatkan oleh individu yang suka bergerak secara neutral atas foundation 'aku pun suka' ..maka tercetuslah satu gerakan bergelar "The Land Cruiser Fans Malaysia" 

briefing session
Majlis minum petang yang ringkas diadakan di Putrajaya dan telah dihadiri seramai 30 orang rakan dari segenap negeri. Segalanya memang tak disangka...kerana urusan jemputan adalah melalui WhatsApp selepas pengumuman dalam FB dibuat...hanya mereka yang respond sahaja di jemput hadir...yang tak reply tu sepatutnya kena check dulu sebelum memanipulasi maklumat. Anyway...ianya dibuat untuk beberapa hari, tetapi mampu mendapat komitment dari mereka semua. Antara kawan kawan yang hadir adalah dari negeri Pahang, Johor, Perak, Melaka, Selangor dan pastinya dari Kuala Lumpur sendiri...

kita tunggu VX Ninja, PRADO dan lain lain untuk join...

Ruang masa yang agak singkat itu, dapat jugak diperjelaskan segala tafsiran tentang hala tuju dengan serba ringkas tapi padat bagi menyatakan hasrat suara dari teman teman yang hadir bagi mencantikkan lagi lapangan budaya minatkan Land Cruiser yang serba legend ini serta ingin menggalakkan semua pemilik dari pelbagai series (40/50/60/70/80/100/200) untuk menyertainya pada masa yang mendatang. Apa yang penting, anda perlu memiliki atau meminati serta membawa jenama Land Cruiser.
(tapi kalau kawin campur...nnt kita check dulu ekkk..hehehhe)

lama dan baru bergabung....meletops..!!

M4W pulak ambil peluang terbaik ini kerana mendapati bahawa harus ada 'indie party' (badan bebas) untuk 'roll the balls' agar akan ada yang tampil untuk secara sukarela bergabung tenaga bagi mencorakkan program yang memberi kebaikan kepada semua. Barang lama ini harus dijaga dengan baik dan penampilan yang berbeza harus dipertonjolkan agar keunikan Land Cruiser akan tidak lapuk di titis hujan, tidak lekang pulak bila di cucuh pancaran yang panas...tak gitewww...?

Terima kasih pada semua yang menyokong..!!

Nantikan dengan pengumuman seterusnya...

Sunday, May 3, 2015

Di sambar petir di Lata Chelir

Salam Offroaders SeMalaya...

Hampir satu bulan sudah tidak mencatat...seakan penyakit "mim alif lam sim" makin menular sejak kebelakangan ini dan jugak akibat ketidaksempatan oleh kerna beban tugasan sebagai manusia biasa yang sudah semakin mencabar..lebih mencabar ketika melewati laluan di Selancar dengan menggunakan tayat MT yang botak (nak menggambarkan tahap kesusahannya)

Tanpa disedari banyak acara telah berlalu begitu saja tanpa dapat digarap melalui penulisan oleh kerana alasan-alasan diatas...Namun begitu bolehlah si penulis nak share serba sikit apa yang M4W dan bikin beberapa bulan kebelakangan ini.

UNITEN, Bangi melalui Kelab Kilat melamar M4W untuk menganjurkan satu trip offroading untuk warga kerja mereka..(bukan student yea...) Maka setelah melalui beberapa proses presentation bersama JK penganjur, akhirnya terlaksana jugak trip yang kita cuba tailor made  untuk mereka pada 10-11-12 April baru baru ini.

Ice Breaking....!
Sepuluh buah offroad vehicle bersedia membawa para jumpers dengan lokasi pilihan (atas cadangan M4W) menuju ke Lata Chelir @ Kem Sangka sebagai misi yang paling sesuai untuk para beginners seperti mereka. Hujan boleh tahan lebat,  menyambut kami sebaik menghampiri offroad sector...sesuatu yang memang diharapkan agar ada rasa 'geli geli' untuk di nikmati oleh mereka. Tiada apa yang boleh nak disangkal lagi kerana pengalaman yang ringan seperti ini harus di canting terlebih dahulu didalam naluri individu untuk dijadikan lakaran penyeri serta pemangkin semangat untuk mereka didedahkan aktiviti yang sebegini...mungkin sedikit berbeza dari apa yang mereka pernah lakukan sebelum ini..

masak bergotong royong...
Pelbagai aktiviti sampingan dapat di selang selikan bagi memenuhi ruang masa yang ada sepanjang 3 hari itu. Kesediaan para jumpers mengambil inisiatif untuk turut sama dalam acara yang diadakan sangat dikagumi...mereka buang semua taraf tugasan di pejabat...letak dan simpan..semuanya berinteraksi dengan serba sama, sambil dibatasi dengan hukum hukum alam yang serba maklum. 

4x4 Talk...by Lokman
Dalam keseronokan, experience transfer memang satu session yang ditunggu...kerana ini sukar didapati diluar...mungkin boleh jugak dapati (google je..!)....tapi agak kurang pengisiannya. Kalau disini, kita sediakan secara live dari mereka yang berpengalaman untuk memberi paling tidak pun satu perkara yang boleh dibawa sebagai pendedahan awal sebelum para jumpers ingin mengambil keputusan untuk terus 'terjebak' dalam bidang offroading ini.

Anyway...program berjalan menyusuri tentatif itinerary dengan cantik sekali...serba kemas atas komitment dari semua yang ada...senang cerita..para jumpers sangat sangatttt....!!! memberi kerjasama secara total dalam mempastikan semuanya dapat di buat dengan baik.

team games...
trekking ke Lata Chelir..gembiranye...tapi ni sebelum pewai..!
acara badak berendam...
Perjalanan pulang diakhiri dengan session yang "susah nak pulang"....walaupun acara sudah tamat, para jumpers semakin akrab...gurau senda di sepanjang program bersama harus ditamatkan kerana M4W juga harus pulang untuk meneruskan kehidupan seharian  mereka. Adat setiap pertemuan harus diakhiri dengan perpisahan...maka selesai sudah tanggungjawab M4W dan mengharapkan agar setiap bibit pengalaman bersama Kelab Kilat, UNITEN Bangi akan tersemat dan terus segar dalam minda kami dan mereka.

Terima Kasih kepada :-
Wak, Daun, Ranting, GST, Bunga, SIKU TAJAM, Chopstick, MERAH, Rimba, Tomato, Joran, Bullu, Bookid, Atok@Rolling Stones, Jungle, Pohon, Zabuza, Tapai, Kolam, Ikan, Talapia, Tebu, Chenta, Lopak dan  Matahari

Salam Persahabatan M4W dan Kelab Kilat, UNITEN.