Arakian, maka selepas menyudahkan rukun berpuasa di bulan Ramadhan, akhirnya penantian ini di sudahi dengan sambutan Eidul Fitri yang sederhana tetapi sungguh bermakna. Dengan persekitaran serta isu lokalan yang agak meruncing sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak menjejaskan jugak persiapan hari raya untuk ianya lebih gembira. Maklum sajalah, kalau anda mengikuti perkembangan semasa, tak perlulah saya jelaskan further..sebagai manusia yang rata-rata semua pergi ke sekolah, gunakan pertimbangan sendiri agar tidak terlalu menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia.
Justeru, Hari Raya yang mulia ini marilah kita sama-sama bergabung semangat dan tenaga, bermaafan sesama keluarga sendiri yang paling utama, mahupun dengan sesiapa saja, tidak lupa juga dikalangan penggiat aktiviti 4x4 yang masing masing punya direction, mission dan vision yang sedikit berlainan tetapi asasnya masih sama. Manalah tahu, kot-kot ada yang tak begitu bersealiran dengan pendapat serta good practise yang sering diketengahkan oleh M4W, apatah lagi sesetengah offroaders yang agak robust dan lebih suka cara mereka sendiri...
Kesempatan ini, kita kongsikan beberapa photo kenangan Hari Raya bersama keluarga di kampung halaman untuk tatapan rakan rakan serta followersMalaysian4Wheelers. Mereka ini adalah sebahagian sahaja yang masih dapat dikesan sepanjang minggu perayaan ini, yang lain pulak masih mahu bersantai bersama keluarga dan sukar dihubungi ketika ini.
TU dan keluarga di Penang
Medklin dan Keluarga
Roy and Family
Amir Lagong dan keluarga
Ryzal RB and Family
Kurau dan Keluarga dari Seremban
Ali dan keluarga di Temerloh
Che Su di Kuala Kangsar
Malaysian4Wheelers dan sekutunya mengambil kesempatan ini dan telah pun menyampaikannya dengan menyediakan rakaman Akustika Raya secara live baru baru ini. Mungkin ini cara kita, sebabnya perlu ada sesuatu yang agak berlainan dari konsep biasa yang menjadi amalan, tetapi ianya masih relevan untuk semua. Sedap atau tidak, terima lah dengan seadanya..
No comments:
Post a Comment