Wednesday, April 29, 2009

Lemakoh Waterfall, Upih Guling and Blue Lagoon of Endau Rompin


Lemakoh merupakan campsite kami yang mengambil masa hampir 10 jam dari Kuala Lumpur dengan beberapa hentian yang melibatkan 20 buah kenderaan 4x4 melalui konvoy hampir 1 kilometer panjang. Mujur tiada kenderaan mengalami kerosakan yang major didalam perjalanan.

Laluan yang panjang ini sudah menjadikan trip ini dikategorikan sebagai mencabar bagi 'beginners' tapi mungkin tidak pada yang sudah biasa. Peserta ekspedisi lebih gembira kerana pengalaman baru ini perlu di ambil sebaiknya. Trek kering dan berdebu memberitahu bahawa kawasan tersebut sudah kekeringan kerana cuaca kemarau sudah hampir satu bulan.

Acara trekking disediakan untuk peserta dengan pada awalnya menaiki bot menuju ke Kuala Jasin selama 30minit dan diikuti dengan penemuan najis Gajah disepanjang denai menuju ke Kuala Marong yang merupakan pusat konserversi Ikan Kelah. Memang hebat kerana ikan ikan itu jinak dan mempunyai berat hampir 3 kilogram dapat dilihat secara dekat sambil menyambar roti yang kami campak didalam air.

Upih Guling hanya 20 minit dari Kuala Marong dengan air terjun yang nampak ganas. Tidak dibenarkan mandi disini.! Photo session khas untuk peserta sebagai bukti. Kami bergerak ke lokasi seterusnya dan kagum melihatkan Tasik Air Biru di depan mata yang sebenarnya adalah aliran sungai biasa yang air nya tampak biru jernih serta tidak tercemar.

Trekking pulang seterusnya singgah di Kg Peta dengan membawa sumbangan buku tulis, buku cerita serta alat tulis sekolah untuk anak-anak masyarakat orang asli di situ. Kami pulang ke campsite dengan hati yang puas kerana sudah melunaskan tanggungjawab yang dipikul dari Kuala Lumpur.

Hari terakhir melihat masing masing bersiap awal untuk menghadiri seisi taklimat tentang sukan pacuan empat roda yang dikendalikan oleh Abang Adi (9W2DE) dan Abang Raup(9W2ANA). Sedikit demo diberikan agar ada perisian pada peserta untuk dibawa pulang.

Expedisi pulang ke Kuala Lumpur di akhiri dengan memberi peserta membuat ucapan ringkas melalui alat komunikasi VHF yang terdapat dalam setiap kenderaan. Ternyata mereka enjoy serta dapat membawa berbagai memori agar boleh dikongsi bersama rakan-rakan mahupun keluarga.

Jumpa lagi di ekspedisi yang lain.

untuk photo, sila layari : http://tabrizi.smugmug/