M4W ingin berkongsi maklumat terkini dengan semua 'offroaders' seluruh negara untuk panduan serta pengetahuan dan tindakan sebelum ada masalah berlaku.
Jika anda bercadang untuk ke Kerling, pastikan anda telah mendapatkan kebenaran atau permit masuk yang melibatkan sedikit pembayaran dengan menghubungi Pejabat Perhutanan Daerah Ulu Selangor.
Memang kenyataannya sudah diletakkan papan notis di laluan masuk ke sana yang lengkap dengan info berkaitan dengan tindakan hukuman serta kepada siapa permohonan itu harus dibuat. Anda akan dikira sebagai penceroboh jika tidak mempunyai permit tersebut. Jadi, sama sama lah kita menghormati keputusan ini demi menjaga nama baik pengamal aktiviti 4x4 di seluruh negara, khususnya Negeri Selangor yang dicintai.
* ada possibility Pegawai yang berkaitan buat rondaan..!