Bagai satu pasangan yang tidak boleh di pisahkan..alat komunikasi memang sering berkait rapat dan hampir semua penggiat aktiviti sukan permotoran memiliki nya. Tahap mana pemahaman mereka tentang tatacara penggunaan, pengoperasian mahupun teknikal adalah perkara yang sukar untuk diterjemahkan.
Pengenalan secara meluas tentang alat ini melalui berbagai sumber telah mengundang kepada 'demand' untuk individu memilikinya bagi tujuan tertentu. Ini perkembangan yang sihat bagi komuniti ini, tetapi perlu juga ada kawalan supaya tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh kerana sukar didapati di tanahair, maka ianya menjadi sumber rezeki bagi sesetengah pihak untuk menjualnya pada peminat alat ini tanpa selidik periksa akan requirement tertentu pemilik nya. Akhirnya, penjualan secara terbuka membawa padah yang bakal memberi impak yang kurang manis untuk ditempuhi oleh warga pemiliknya, khususnya pengendali Radio Amateur yg berkelayakan.
Jom kita ingat2kan semua supaya jangan ghairah meraih keuntungan tanpa berdiri teguh digarisan undang2 yang berkaitan, demi menjaga hobi yang klasik dan unik ini.
Akhir kata, kepada anda yang masih belum memiliki AA, langsung buat keputusan sendiri..samada ingin memilikinya AA atas nama sendiri atau lebih selesa untuk 'tersangkut' dengan AA yang dimiliki oleh orang lain.
Salam 73
1 comment:
baru nk beli sebijik.. kurang info tentang bende2 nih...
Post a Comment