Wednesday, January 27, 2010

Perdak@Kem Neraka@Telemong



Susah nak diceritakan, tapi kalau nak tahu jugak, maka bolehlah dikongsi sedikit cerita sebagai tatapan pada mereka yang belum berkesempatan untuk join trip ini. Namun begitu hanya mereka yang melaluinya sahaja akan dapat pengalaman berharga ini.

Kali ini M4W dalam program 'Weekend Offroad Warrior 5' membawa peserta ke tempat yang lebih mencabar sebagai pendedahan 'offroad' yang sebenar berbanding dari trip yang sebelum ini yang lebih tenang dan santai.

Perjalanan pergi tidak menjadi masalah kerana cuaca yang baik serta kendalian kenderaan yang baik berjaya meloloskan 'obstacle' hingga ke campsite. Aktiviti sampingan mendapat sambutan hangat dari semua peserta serta pilot yang turut mengambil bahagian.

Malam minggu dengan hujan lebat hingga ke subuh akan memberi pelbagai halangan yang mencabar untuk lebih dirasai oleh semua. Air sungai mungkin naik, trek basah akan terus disaluti lumpur tebal..itu semua dah terbayang dalam fikiran. . tapi semua tenang.

9 jalopy dengan muatan yang serba sedia memulakan laluan untuk keluar dengan mendaki 'rut' disamping memperbaiki laluan tersebut dengan mencangkul. Tidak dapat dinafikan bahawa peserta merasakan akan tenaga empat kerat mereka telah diguna pakai seterusnya dapat menimba pengalaman baru tentang sukan lasak ini. Situasi kenderaan yang dikerah melebihi kekuatan asalnya mengundang masalah tetapi semuanya diselesai kan dengan semangat 'teamwork' yang tinggi.

9 jam bertarung, akhirnya kesemua jalopy berjaya melepasi laluan mencabar itu. Keadaan kereta yang rosak telah menyebabkan kelewatan. Tetapi ini scenario biasa yang berlaku dalam setiap expedisi. Apa yang perlu ialah kekuatan semangat kerjasama itu demi untuk semua. Para peserta turut menimba pengalaman serta menyumbang tenaga dan akhirnya mendapati bahawa mereka sudah kenal dengan 'recovery kit' dan sebagainya, malah sudah ada yang lebih yakin untuk cuba memiliki kenderaan sendiri selepas ini.

M4W mengucapkan terima kasih pada peserta, pilot dan semua yang terlibat sepanjang trip baru baru ini dan merasakan matlamat 'Experience that we share" yang merupakan 'tagline' rasmi sudah dapat dicapai.

Salam 4Wheelers
Crapos/Eida @ Kojak / Max / Tok Uban / Nyawa / Belalang / Mat Som / John Ace / Petai / CK1 / FoxPro / Feb2 / Pamelo / CJ / All Blacks / Scott / Champ2 /Gogo / Apai / Jerry / Nasik Tambah / Walia / Kerengge / Among & Friends

No comments: