Wednesday, February 16, 2011

Karnival WOW Putrajaya 11-13 Feb 2011 : Memang WOW..!



Baru baru ini M4W telah menumpang untuk mempromosi aktiviti 4x4 di Karnival WOW dengan kerjasama Red Adventure. Sekadar membantu mewarnakan lagi karnival tersebut bersama penggiat sukan outdoor yang lain.

Apa yang menariknya, berbagai aktiviti dan jualan promosi diadakan didalam karnival yang melibatkan berbagai agensi kerajaan dan syarikat korporat. Selain itu terdapat persembahan 'stunt' bermotorsikal oleh ATM...memang hebat..! Sebelah malamnya ada konsert yang menampilkan legend rock tanahair...best..!

Terima kasih kepada mereka yang memberi peluang kepada M4W untuk mengadakan promosi aktiviti 4x4 kepada masyarakat yang ingin tahu tentangnya. Banyak juga orang yang singgah dan membeli cenderamata berjenama Malaysian4Wheelers disana.

Jika dimasa akan datang, ada mempunyai ruang booth dalam karnival atau apa saja pesta untuk dikongsi, harap dapat info pada M4W untuk sama2 membantu mempromosi aktiviti 4x4 kepada semua.

"Good Guys Stay at Home...only GREAT guys go offroading..!"

Selamat Rolling..!

No comments: