Friday, March 4, 2011

Sengal Sengal ke Chengal

Sebut sahaja Pokok Chengal, mungkin ada yang sekadar mencebik bibir dan beranggapan bahawa ianya hanyalah sejenis kayu yang sering dijadikan perabut atau hiasan rumah yang mahal kerana ketahanannya. Tapi tahukah kita bahawa pokok tersebut mampu hidup meninggi dan membesar melewati hampir 8 depa lengan manusia bersize biasa. Dan pokok ini menjadi khazanah istimewa di Kompartment 5 Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun yang boleh disaksikan oleh mereka yang cenderung kepada sesuatu keajaiban alam. Tak kurang juga dengan penglibatan Pejabat Pelancongan Negeri Pahang yang memastikan penyusunan aktiviti sampingan di Cherating dan Pantai Sepat sudah pasti tidak dapat dilupakan oleh semua.

Dengan membawa nama SANTAI Offroad, anjuran Red Adventure Sdn Bhd dengan kerjasama M4W, Ranggok 4x4, Lubuk Trekker, CK4x4, My Landy Malaysia, Wan10 Adventure Sports, D’Harung dan Rentas 4x4 Johor telah berjaya memberi galakkan kepada hampir 43 buah kenderaan 4WD dengan hampir 150 peserta untuk menyertai program ini. Gabungan penganjuran seperti ini adalah yang pertama diadakan untuk memenuhi kalendar aktiviti bagi tahun 2011.
"pictures tell the thousand words"

Mata melihat lebih baik dari telinga yang mendengar. Itulah ungkapan keramat peserta ekspedisi SANTAI Offroad ke Chengal Besar yang berlaku baru baru ini. Sesudah berletihan sepanjang perjalanan kepuasan terpancar apabila mereka menyempurna kan xpdc tersebut dalam keadaan terpaksa berjalan kaki sejauh hampir 5 km untuk menyaksikan sendiri gagahnya pokok Chengal antara yang terbesar dimata dunia yang terletak didalam negara kita. Berbangga sungguh perasaan bila dapat bergambar bersama rakan2 xpdc disamping pokok tersebut. Kontribusi xpdc ini juga bertujuan mahu memperkenal dan memperhebatkan lagi pilihan destinasi eko-pelancongan yang unik ini kepada masyarakat kita sendiri. Atmosfera yang tenang dan sungai serta udara nyaman yang terdapat disini sudah semestinya sukar nak didapati di luar sana.

Objektif program ini secara keseluruhannya ingin menyampai mesej bahawa tanggungjawab bagi membina networking sesama kelab mahupun organisasi lain seharusnya dapat diusahakan dengan cukup kukuh. Menyangkal dan menolak secara 100% interpretasi bahawa “trip tertutup dan untuk ahli kelab sahaja” telah membawa sedikit sebanyak keterbukaan penglibatan rakan2 dari kelab2 yang berlainan. Dalam pada itu, misi ini berorentasi bagi memastikan keharmonian dan kebersihan hutan, sungai, flora dan fauna nya harus dipikul bersama. Inilah yang telah berjaya dipupuk oleh pihak penganjur dan sudah semestinya ada sesuatu yang baik dapat disampaikan dan di perdedahkan agar usaha amalan yang positif akan terus membantu menaikan lagi imej penggiat 4x4 di tanah air.

Terima kasih pada semua peserta atas sokongan yang sungguh luarbiasa. Mari kita terus beri sokongan dengan laungan bahawa semangat 4Wheelers akan terus berada dimana2 tanpa mengenal warna stickers dan mahzab anda.

Sebarang maklumbalas atau komen, anda boleh email kepada : malaysian4wheelers@gmail.com

Keep on Rollin’…! tunggu next trip ya...!

No comments: