Salam Aidilfitri dan Kemerdekaan...!
Double celebrations untuk semua kerana sambutan Eid Mubarak dan Kemerdekaan berselang sehari. Istimewa bagi semua rakyat Malaysia yang amat menghargai erti Merdeka mengikut definasi mereka sendiri.
Didalam kehangatan menyambut Aidilfitri, M4W tak lupa untuk membawa semangat Merdeka ini kerana tersingkap sejarah tahun 2010 dimana gabungan tenaga rakan 4Wheelers seluruh tanahair telah membawa mandat perjuangan kemederdekaan ini melalui aktiviti yang dinamakan konvoy "1Malaysian4Wheelers " sempena Kemerdekaan yang ke 53tahun yang berlangsung didalam bulan Ramadhan. Harapan tinggi untuk penganjuran seperti ini dapat diadakan bagi tahun hadapan bagi menyambut Kemerdekaan yang ke 55 tahun.
Seperti biasa, M4W bersama LIBUR pula akan terus menganjurkan aktiviti "Weekend Offroad Warrior" sebaik sahaja selesainya bulan Syawal tahun ini, untuk memastikan semua orang sudah bersedia untuk 'rolling' semula selepas sibuk melayan kunjungan sanak saudara di bulan yang mulia ini.
Dengan kesempatan ini, M4W merasakan bahawa Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan tahun ini merupakan sambutan yang akan menjadi tanda peringatan untuk seluruh warga Malaysia. Sambil beraya kita menyambut merdeka bersama...maka wujudlah FITRI MERDEKA..!
Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!
Keep on Merdeka....!
No comments:
Post a Comment