Thursday, April 19, 2012

U are welkome..! Ulu Tamu kasi 'Khatam'


Pagi-pagi buta hari Sabtu baru-baru ini sekitar jam 9.30, dengan suasana hujan rebas seolah-olah telah memberi isyarat awal kepada 4wheelers bahawa kuasa alam itu sedang menanti untuk ditempuh dengan penuh cabaran. Ternyata ianya tanpa rasa gentar disahut oleh mereka yang dahagakan permainan berlumpur itu dengan persiapan yang cukup rapi. Hasrat dituju ke Sungai Dubai, itulah nama jolokan kepada lokasi yang bakal diterokai semula itu. Sektor offroad sekitar 2 km ini walaupun tidak sejauh mana, sememangnya mencabar dan boleh dikategorikan sebagai ‘medium’ bagi kaki offroaders. Rintangan seperti mudpools serta ruts mendesak individu itu mengekang masa rehat serta kudrat yang penuh demi untuk meloloskan kenderaan apabila tersangkut. Kerosakan berlaku tanpa diduga, mujur keadaannya tidak begitu kritikal dan dapat diatasi dengan baik. Di dalam kondisi laluan seperti ini, pengendalian kenderaan di trek yang basah dan berlumpur memerlukan teknik ‘winching’ jika kenderaan tersangkut teruk. Kemahiran mengendali jentera serta peralatannya memerlukan setiap individu itu berganding tangan tanpa rasa jemu kerana itulah yang keunikan kepada sukan 4x4 ini.
Lewat petang, selepas puas bertarung dengan beberapa halangan semulajadi, akhirnya anak sungai di Kem Dubai telah menjadi saksi kepada mereka ini yang tiba dalam keadaan gembira walaupun keletihan dan berlumpuran. Agak hampir tertewas juga kerana melihatkan sudah hampir 10 jam menempuh rintangan akhirnya dapat juga ‘dikhatamkan’. Alah bisa tegal biasa, keletihan berbalas dan diganti dengan kenikmatan hidangan makanan yang lazat serta suasana sungai yang dingin.


Tahniah untuk K-ROG, Mkay, Bob, Sivam, Yem dan rakan-rakan lain yang turut sama berlumpuran. Keep on rolling ...

No comments: