Berita baik bagi pendatang baru "4Wheelers" di seluruh pelusuk tanahair Malaysia, ONE TEN ADVENTURE SPORTS akan memberi ruang kepada anda untuk mengikuti program latihan asas yang akan dibuat secara berkumpulan. Latihan meliputi teori dan pratikal yang dibuat mengikut silibus pengamalan teknik 4x4 tempatan dan serantau.
Wan10, sedang memberi taklimat asas peralatan 'recovery' |
Latihan pratikal |
Antara peserta yang mengikuti kursus baru-baru ini |
Tanpa mengira dari mana kelab anda atau individu yang berminat, penyertaan anda amatlah dialu-alukan kerana ilmu ini perlu terus diwarisi, kalau ianya tidak diperturunkan itu bermakna ianya akan merugikan kita semua dan sukan 4x4 khususnya. Pepatah Melayu juga menyatakan bahawa " Kalau ingin menimba ilmu, belajarlah hingga ke Negara China sekalipun"..Tapi untuk session ini, anda tak perlu bersusahan mencari wang untuk ke China kerana kita juga mempunyai individu yang berkemahiran untuk melatih anda.
Walaubagaimanapun, pihak ONE TEN ADVENTURE SPORTS telah menetapkan beberapa syarat dan keperluan yang perlu dipatuhi oleh mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam kursus yang bakal dianjurkannya. Sebarang detail atau maklumat lengkap, sila hubungi Saudara Wan Othman @ One Ten di talian 019 3541210.
M4W sangat mengalu-alukan kursus sebegini di anjurkan secara lebih kerap, semoga ilmu yang baik dapat di amalkan dan 4Wheelers di Malaysia akan disegani kerana menitik beratkan keselamatan diri, kenderaan serta alam sekitar.
All the best ..!
No comments:
Post a Comment