Junadatul A'ini Abd Malik seorang yang ceria selalu serta komited di sepanjang ekspedisi 1M4W. Atas sifat itu, beliau amat disenangi oleh semua. Semangat juang yang tinggi sepanjang ekspedisi amat dikagumi oleh semua rakan yang bersama2 beliau sepanjang ekspedisi 7 hari dibulan Ramadhan walaupun dalam keadaan yang berbadan dua.
Hari ini, dalam bertarung melahirkan zuriat petang tadi, June telah dipanggil oleh Illahi untuk ke alam Barzakh, meninggalkan zuriatnya, suami tercinta serta keluarga keseluruhannya, malah teman teman seperjuangan.
Tiada apa yang dapat kami lafazkan kerana terasa sangat baru untuk membenarkan beliau pergi. Tapi tuhan itu lebih berkuasa dan mahukan June tinggalkan kami di dunia yang fana ini.
Keperibadian mu June akan kami semat dalam ingatan dan akan dikenang sepanjang zaman. Kecekalan mu akan kami jadikan bekal dan tauladan.
Seluruh warga 4x4, mengucapkan takziah pada Sdra Fairuz atas pemergian isteri yang disayangi. Dan jenazah akan disemadikan di Parit, Perak Darul Ridzuan pada Sabtu 30hb Okt 2010.
Ya Allah kami pohon agar Kau tempatkan June disamping mereka2 yang dikasihi olehMu.
Amin..Yarabbal alamin..
No comments:
Post a Comment