Thursday, May 12, 2011

MyLandy Malaysia : The New Kids On The Block



Still remember those days in the early 90’s, a boy bands called New Kids On The Block..? For most of M4W regular followers, we born back end of 60’s & early 70’s and has been influenced by the Old Skool Classic rock music root like Jimi Hendrix, Clapton, John Lenon, Deep Purple and etc..

Actually, apa yang ingin dikongsi disini adalah satu perkembangan sihat dikalangan komuniti 4Wheelers dengan kehadiran rakan baru yang bakal melengkapkan lagi scene activist pacuan 4 roda di Malaysia. Ini tidak ada kena mengena dengan genre muzik seperti yang tertera diatas kerana ia hanya sebagai introduction untuk membuka tirai sidang perkongsian maklumat ini.

MyLandy Malaysia (MLM), satu lagi kelab (bukan nite club) telah didaftar dibawah Suruhajaya Sukan yang membawa panji-panji merek (bahasa Indon merujuk kpd ‘brand’) Land Rover. Jiwa dan kelongsong rasa kepada jenama ini ibarat isi dan kulit yang mahukan aliran nadi itu selari dengan naluri kehidupan harian mereka. Maka tercetuslah MLM ini yang akan memainkan peranan mereka bukan setakat penggiat malah sebagai pencantum jambatan keprihatinan kepada manusia sejagat khususnya 4Wheelers bersama soulmate mereka.

M4W mengalu-alukan kesiapsiagaan mereka didalam setiap aktiviti yang sedang atau bakal mereka kendalikan. Sebagai rakan yang cukup strategik, M4W dan seluruh umat manusia yang terlibat secara langsung atau tidak didalam sukan 4WD ini sudah pasti akan menyokong mereka bagi merapatkan jurang serta memperkasa komuniti 4Wheelers secara keseluruhannya.



Explore dan layari : http://www.mylandy.com.my/ untuk mengetahui hala tuju dan sebarang informasi tentang activity calendar mereka yang sering joint venture dalam acara yang dianjur with M4W dan rakan2 yang lain.


MyLandy..you’re on board…!

No comments: