
Disebalik sejarah, Sg Lembing turut menyimpan alam semulajadi yang amat unik yang tidak dapat dilihat ditempat lain di Malaysia. Air Terjun Pelangi setinggi 250m terjunan air yang menghasilkan cahaya pelangi hanya dapat dilihat diawal pagi. Di sogok dengan cerita tentang kehebatan ‘nature’ maka keinginan ini disusul dengan koordinasi episode kedua SANTAI OFFROAD anjuran Red Adventure dan Lubuk Trekker sebagai koordinator dan dibantu oleh PERAMAH didalam ekspedisi kali ini yang berlangsung pada 19hb May- 22hb May 2011.
Felda Kg Sg Paching Utara mejadi lokasi perhentian ahli expedisi sambil menyumbang tenaga menyempurnakan lukisan ‘mural’ di sekolah berhampiran disamping memenuhi undangan makan tengahri dengan masyarakat tempatan. Selepas itu barulah kami meneruskan perjalanan menyusuri laluan offroad dan merentasi beberapa sungai hingga menjelang senja tiba di lokasi campsite Lubuk Beruk.

SANTAI OFFROAD diakhiri dengan lawatan ke Muzium Sg Lembing bagi menyingkap sejarah lampau tentang kehebatan perlombongan dikawasan ini. Maka itu juga dapat lah peserta mengetahui bahawa sememangnya kewujudan nama Sg Lembing itu memang berkait rapat dengan senjata yang digunakan itu pada zaman itu.
Expedisi yang berilmiah seperti ini seharusnya digalakkan namun kita jangan lupa bahawa sepanjang masa kita perlu ada batas tertentu dalam memastikan alam semulajadi tidak dikekang oleh mereka yang sering ambil mudah dengan penjagaannya.
Quotes of the day : “Love your nature coz 4Wheelers are better lover”
No comments:
Post a Comment