Tuesday, July 12, 2011

LIBUR dan M4W di Kuala Mu : 22-24 June 2011







Setelah mendapat perkenan rakan rakan 4Wheelers, trip kali ini bergerak pada 22hb June kearah utara menuju ke Sg Siput untuk ke POS Kuala Mu, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Penyertaan kali ini telah membawa kepada 20 buah kenderaan 4WD dan yang paling jauhnya datang dari Johor Bahru sebanyak 4 buah yang diketuai oleh Pak Lah dari Kelab Rentas 4x4. Beliau sememangnya regulars yang sering saja tersenarai dalam xpdc yang lain.

Aktiviti kali ini mendapat sokongan dan kerjasama dari Majalah LIBUR, khususnya En Meor Khairi yang merupakan Editor LIBUR terbitan Karangkraf yang membantu mendapatkan buku-buku cerita bacaan yang sesuai untuk disampaikan kepada kanak-kanak di perkampungan POS Kuala Mu. Peserta yang mengambil bahagian juga adalah dikalangan rakan 4Wheelers dan juga pembaca majalah LIBUR. Ekspedisi ini turut menghadapi berbagai cabaran dari aspek mekanikal hinggalah ke tahap alam semulajadi. Namun semua dapat di ‘tackle’ dengan baik sekali. Kami disambut baik oleh penduduk kampong dan dipersembahkan dengan acara Sewang pada sebelah malamnya. Suasana sejuk disini telah ditambah lagi dengan hujan yang agak lebat pada malam kami bersewang.


Buku-buku sumbangan terbitan Karangkraf seperti BINTANG KECIL dan LIBUR telah disampaikan melalui Tok Karim dan Tok Hadu yang merupakan wakil kepada beberapa Tok Batin di kampong yang berhampiran. Excited bila mereka melihat buku-buku tersebut yang penuh dengan gambar-gambar yang sesuai untuk bacaan anak-anak mereka.

M4W dan ahli ekspedisi telah meninggalkan POS Kuala Mu setelah menyelesaikan maksud ekspedisi ini. Para peserta lega dan gembira serta berpuas hati dengan acara yang telah disusun dengan baik walaupun menghadapi kesukaran didalam perjalanan pergi dan balik. Semua feedback yang diambil dari peserta sememang nya akan membantu untuk menambah kolaborasi acara ini untuk terus bersama LIBUR untuk pembacanya.

Sekian...keep on rolling...!

No comments: