Sunday, November 13, 2011

Selamat Pengantin Baru Anis & Wani



Rakan M4W, Anis Razali akhirnya melabuhkan title 'Bujang' yang sekian lama dipertahankan pada menjelangnya 11/11/2011 dan majlis telah berlangsung di Meru, Klang. Tarikh keramat ini sudah semestinya dinantikan oleh pasangan yang bertuah ini sekian lama..maybe 100 tahun akan datang akan bertemu tarikh seperti ini lagi..(kalau ada lagi la...)

Malaysian4Wheelers dan seluruh sahabat handai mengucapkan tahniah serta mendoakan akan kesejahteraan Anis dan Wani dalam menempuh gerbang bahtera rumahtangga yang bakal dilayari selepas ini. Semoga mereka dikurniakan dengan alam kehidupan yang lebih bermakna.

Terima kasih juga kepada rakan2 yang bersama konvoy ke majlis beliau..WanTen, AllBlack, Champ2, CJ, Wan Memerang, Sembilang, K-Rog, Faizul Frontier, Din77, Sukri @ Tamalian, Amir Lagong, Din77, Tok Uban, Mat Penang, Abg Din SSM, Alfian, Najib, Yem, Bob, Gogo dan Siti Khairul dari Melaka.


Sekian.

No comments: