Fenomena cuaca panas akibat kekurangan litupan awan yang melanda tanahair telah mendorong beberapa rakan Malaysian4Wheelers untuk merancang offroad trip secara adhoc bagi mencari lokasi menarik lagi mendamaikan yang bertujuan untuk dijadikan destinasi pilihan untuk peminat aktiviti ini dan sudah pastinya kepada pembaca LIBUR yang sering mengikuti program yang dijalankan sepanjang tahun. Maka dengan itu tersusunlah beberapa kenderaan dengan spesifikasi terbaik untuk melengkapkan misi ini.
Sungai Bil yang terletak di Tanjung Malim memang cukup sinonim dikalangan masyarakat tempatan kerana sungainya yang bersih dan cantik, tetapi disebalik itu terdapat satu lagi lokasi yang lebih cantik dan hanya boleh di akses dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda sekitar enam kilometer dengan rekod ketinggian hampir 425 meter dari aras laut. Laluan tebing bukit serta berbongkah batu yang banyak telah menyebabkan kaki offroad mengelarkannya sebagai “Pecah Batu”. Kepada 4Wheelers yang ingin mencuba nasib, harus persiapkan diri anda dengan peralatan kenderaan yang lengkap bagi melepasi setiap halangan dan rintangan sepanjang laluan kerana ia boleh dikelaskan sebagai ‘kategori medium’ lebih-lebih lagi jika dianugerahkan dengan cuaca yang hujan.
Trek Pecah Batu sering dijadikan kawasan latihan pratikal bagi kursus pemanduan yang dibuat khas untuk agensi kerajaan dan penggiat sukan ekstrem ini dari sekitar tanahair. Halangan semulajadi yang terdapat disini juga mampu mengasah kemahiran individu dalam pengendalian kenderaan dengan merentasi sungai, rock crawling, meniti lereng bukit yang sempit serta membuat V-Drop crossing, mud pool dan sebagainya. Dalam perjalanan naik dan turun juga mengajak pemandu bermain dengan skill menuruni bukit curam yang berbatu, sesekali terasa tayar seperti berada di awang-awangan...uhh..gelinya..!
Campsite cantik yang terletak ditepi sungai dengan batuan yang tersusun menarik boleh memuatkan sekitar 15 buah kenderaan 4WD pada satu-satu masa dan untuk tiba disini, perjalanan akan mengambil masa hampir 4 jam. Ianya juga mencatat kedinginan sekitar 19 darjah Celsius pada waktu malam dan awal paginya. Persekitarannya yang nyaman itu dilengkapi pula dengan deruan aliran air terjun kecil serta bunyian unggas yang boleh menjadi bahan eksperimen kepada photographer yang meminati flora dan fauna sebagai tema pencariannya. Kepada kaki pancing, terdapat beberapa lubuk yang sesuai untuk menawan Tengas mahupun Kelah jika bernasib baik.

Dalam melengkapkan setiap aktiviti outdoor dan ekspedisi seperti ini, menikmati alam sekitar adalah sasaran kita. Oleh yang demikian sama-samalah kita mengekalkannya bagi generasi yang akan datang. So dengan itu, pastikan jangan tinggalkan sampah di campsite..bawa lah keluar dengan sempurna..okay..!
Happy Offroading..!
Happy Offroading..!
No comments:
Post a Comment