Monday, January 9, 2012

Sambut Tahun Baru di Kerling




Seperti biasa menyambut tahun baru bukan lah sebagai satu amalan tetapi sekadar memenuhi waktu terluang dengan cuti yang telah diberikan oleh mereka yang berwajib. So, kesempatan ini telah diambil oleh rakan2 untuk membuat plan secara adhoc dengan persiapan yang serba lebih kurang sahaja..untuk bermalam di Kerling bersama keluarga masing-masing.


Untuk trip ini, hanya 7 buah kenderaan sahaja yang mengambil bahagian mungkin kerana notis yang agak singkat, dan kebetulan juga ada rakan2 yang sudah mempunyai rancangan asal untuk ketempat lain bersama keluarga. Dan lebih-lebih lagi dipenghujung tahun itu ada yang sedang sibuk mempersiapkan anak2 yang bakal memulakan seisi persekolahan 2012.

Trek masih kering dibawah nya, tetapi sebaik tiba di peringkat yang lebih atas, melepasi blok janakuasa, dah nampak tanah semakin basah..tetapi tak perlu risau jika anda masih dilengkapi dengan tayar jenis MT..cuma kena kerja kuat sikit...jika dengan Centipede..senyum senang saja..=) tapi itulah asam garamnya.
Sebelah malamnya, hujan lebat..tapi acara 'Steamboat" dapat terlaksana dengan cemerlang sehingga jam 12.00 malam, maka tahun 2012 pun menjelma..dan acara makan masih berterusan sehingga jam 2 pagi..terus lena kerana cuaca dingin seperti aircond..

2 comments:

alfianhashim said...

tak ajak....

Amir Lagong (Founder) said...

hahahha..bukan tak ajak..kita pun org lain yg ajak..jd follower la plak..