Wednesday, February 15, 2012

Kelab Sukan & Rekreasi Petronas ke Ulu Slim 10/11/12 Feb


Salam 4Wheelers...! sekali lagi M4W diberi kepercayaan untuk menyempurnakan trip untuk mereka yang mahu akan kelainan didalam aktiviti outdoor, kali ini Kelab Sukan & Rekreasi Petronas adalah pesertanya. Pertemuan di Petronas Twin Tower KLCC sekitar jam 8 malam telah mengumpul peserta dengan susunan kenderaan 4x4 yang akan berkonvoi untuk menuju ke utara lebuhraya menghala ke Tanjong Malim. Keterujaan peserta jelas kedengaran apabila mereka turut sama mengambil peluang bersembang melalui alat radio komunikasi VHF yang terdapat didalam setiap kenderaan dan tanpa disedari konvoy sudah menghampiri pinggir kampung yang terdapat Kolam Air Panas Kg Slim dimana akan bermulanya perjalanan berliku menyusuri tebing bukit yang berlumpur dan mencabar dalam suasana yang malam yang gelap. Untuk tiba ke POS Tenau dan POS Simpoh, konvoi telah menjadikan Camp Keding sebagai lokasi perkhemahan kerana kedudukannya yang berada diantara pertengahan perjalanan. Selain campsite nya yang luas dan cantik, peserta turut dapat menikmati sungainya yang dingin serta punca rezeki bagi mereka yang suka memancing dan kadang-kadang nasib si Tengas dan Kelah juga mampu tewas. Ekspedisi kali ini turut membawa misi sumbangsih antara manusia sejagat. Pendedahan dengan lebih hampir ini seperti membuka mata peserta bahawa masih ada lagi masyarakat yang terpinggir di dalam hutan ini yang masih setia untuk kekal dengan cara kehidupan tradisi walaupun pihak berwajib sudah menyediakan mereka beberapa kemudahan yang lebih baik. Kekerapan komuniti 4x4 yang masuk kekawasan ini sedikit sebanyak memberi harapan kepada mereka dalam usaha untuk mencari rezeki dengan menjual produk hutan seperti Petai, Ubi Kayu, Tongkat Ali dan sebagainya.


Selesai sudah bermalam selama 2 hari di dalam hutan yang damai dengan kenikmatan makanan yang enak serta aktiviti sampingan yang menceriakan, maka ekspedisi harus kembali ke Kuala Lumpur. Sambil menyusuri tebing-tebing bukit yang kering dan curam serta menyeberang sungai, ianya turut memberikan ruang panorama yang indah bagi mereka untuk merakam photo yang terbaik untuk simpanan. Walaupun laluan tidak begitu sukar tetapi peserta dapat menikmati dan menilai sendiri apa yang terbaik untuk mereka. Wajah puas dengan hati yang gembira telah berjaya merangkul pengalaman serta pengetahuan untuk dijadikan kenangan manis sekembali mereka ke lokasi masing-masing.



Terima kasih kepada Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas dan Jumpa lagi...
73 & 88 =)






Keep on Rolling..!

2 comments:

Yus.MY said...

Nice posting Amir... :-)
My posting jugak yg tak terpost2 kat blog...sangkut sbb malas...hehehe...

88

-Bumblebee-

Amir Lagong (Founder) said...

yes..Thanks again Yus.MY..semoga berjumpa lagi