Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan welcome August..

Salam Ramadhan untuk 4Wheelers..

Seperti biasa, bulan Ramadahan memperlahankan aktiviti 4x4 dan menambah baik kepada sasiah diri didalam konteks berpuasa dan menyempurnakan amalan yang lebih cenderung kearah aktiviti keagamaan.  Selain itu, ini masa yang sesuai untuk memperbaiki jentera masing2 yang sudah puas 'dibelasah' sepanjang tahun. Kereta pun perlu puasa juga...! Kini, kita sudah menghampiri minggu yang kedua berpuasa,  banyak aktiviti sudah bergiat semula tetapi yang berkaitan dengan acara 'charity' yang dianjurkan secara kecil-kecilan oleh penggiat 4x4 untuk anak2 yatim dan mereka yang memerlukan. 

Berleretan dengan acara yang sedemikian, Hari Kemerdekaan juga makin menjelang..teringat pula pengalaman semasa aktiviti Expedisi Perdana 1M4W pada tahun 2010. yang mengelilingi tanahair dibulan puasa selama 1 minggu bersama rakan2 dari berbagai kelab yang mengambil bahagian. 

Acara terbaik yang pernah dianjurkan secara bersama ini sememangnya memberi impak yang besar kepada penganjur dan setiap peserta yang mengambil bahagian. Di sini juga kita telah dapat memantapkan kesinambungan persahabatan dengan rakan2 seluruh negara melalui passion yang sama. Malangnya kini, sudah hampir dua tahun, acara ini tidak dapat dianjurkan oleh kerana kekangan masa serta kewangan yang tak mampu untuk dianjurkan buat kesekian kalinya. Rugi juga rasanya, kerana tahun ini merupakan Kemerdekaan yang ke 55 adalah satu nombor atau ikon yang lebih cantik jika dapat dianjurkan. 

Jika ada dikalangan anda yang membaca blog ini yang boleh membantu menjadi penganjur bersama, boleh lah kita imulakan perbincangan agar dapat dianjurkan untuk tahun yang akan datang..gimme a call yea...

Bulan puasa ini, tak banyak yang dapat dikongsi cerita tentang aktiviti 4x4..cuma kita harapkan agar Ramdahan ini akan menjadi yang terbaik untuk semua. Jangan dilupa, selain Aidilfitri kita juga bakal menyambut hari Kemerdekaan yang ke 55 pada 31 August ini...kalu dulunya kita tak Merdeka terlebih dahulu..mungkin Aidilfitri pun kita tak pernah akan dapat raikan.sehingga ke hari ini...renung2kan dan selamat bercuti..!

Sekian.

No comments: