Saturday, November 10, 2012

Apa dah jadi dengan BUKIT LAGONG..?


Cuti AidilAdha baru-baru ini aku ke Hospital Selayang, menziarahi rakan 4Wheelers, Abg Belida (Lubuk Trekker) yang terlantar sakit. Selesai melawat, tetiba anak-anak aku cuba bertanya, "kenapa semua kawan-kawan panggil papa dengan nama Amir Lagong..?" maka terceritalah sejarah asal-usulnya dan bercerita lah, langsung tanpa berlengah terus menuju ke Bukit Lagong yang hanya tak sampai pun 500 meter dari Hospital Selayang tu dengan tujuan nak bagitau pada anak2 saja.

Bukit Lagong, satu nama yang agak sinonim kepada aktivist 4x4 sekitar Lembah Kelang, lebih-lebih lagi mereka yang tinggal sekitar Selayang dan Gombak, mahupun Rawang. Bukan sekadar gelanggang pelepas geram atau nak uji kemampuan kenderaan 4x4 selepas melalui modifikasi, malah ianya satu lokasi santai untuk keluarga beriadah sambil menikmati mandian aliran deras tahap ringan sungainya. Sesuai untuk anak2 dihujung minggu. Tapi bila dah tengok keadaan Bkt Lagong sekarang, dengan nawaitu yang ikhlas, aku bercadang untuk berkongsi maklumat ini agar dapat anda nilai serta memberi feedback untuk kebaikan/benefit kpd 4wheelers yang masih giat ber eksplorasi.

Sejarah Bukit Lagong ini telah terlerai semula pada sekitar hujung tahun 2002, apabila penggerak aktiviti belia tempatan memasuki semula tanah seluas 10-15 hektar milik Belia (tak ingat keluasan sebenar..) yang diamanahkan dengan perjanjian tertentu pada individu itu kerana sepanjang pentadbiran 'beliau' sekitar 10 tahun ternyata tidak menyumbang sebarang 'profits' yang boleh dikongsi bersama badan belia yang berkaitan.

Pintu Gerbang 'PUSAT BELIA BUKIT LAGONG'
Bertitik tolak dari situ, satu program serampang dua mata dikenali sebagai Lagong 4x4 Camporee 2003 berskala medium yang diadakan bagi menarik perhatian penggiat sukan 4x4 seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Acara kemahiran cabaran 4x4 menggunakan kawasan tersebut telah berjaya menarik kehadiran hampir 200 buah kenderaan 4x4 yang berkampung dikawasan Bukit Lagong. Tahun seterusnya acara yang sama dikenali sebagai Lagong 4x4 Challenge diletakkan didalam kalendar pelancongan Negeri Selangor kerana mampu memangkin sektor pelancongan serta menarik perhatian belia untuk memberi kecenderungan kepada sukan ekstreme yang pada ketika itu sangat sedikit penglibatan oleh golongan itu. Lokasi Bukit Lagong sangat unik kerana mempunyai lingkungan offroad sector nya melangkaui beberapa daerah seperti Kuang, Rawang dan Selayang ..benar2 memberi kepuasan kepada kaki 4wheel. Dengan adanya program ini, pada masa yang sama 'si pentadbir' terkeluar secara sendirinya atas arahan Exco Belia Kerajaan Negeri Selangor yang turut bertindak atas arahan MB pada ketika itu.

Apa yang hendak disampaikan ini adalah sesuatu yang perlu dinilai semula. Pengorbananindividu yang terbabit dalam merealisasikan impian belia-belia setempat, bersabung tenaga serta nyawa (pernah di ugut oleh 'si pentadbir' dgn parang), akhirnya lokasi ini berjaya diambil semula oleh pihak yang berkaitan seterusnya dimajukan sebagai PUSAT BELIA BUKIT LAGONG ....dan harapan kaki 4Wheel pula, mereka sudahkepingin untuk menikmati pulangannya agar tempat ini juga boleh dijadikan pusat yg dapat memajukan sukan 4x4 di tanahair khusus untuk semua Belia. (Bkt Lagong 4x4 Training Center..itulah cita2 kami pada awalnya)

Rumah Pegawai yang terbiar..frame tingkap pun dah hilang
Pagar Rumah Pegawai
Terkejut juga, bila aku memasuki kawasan hadapannya, sungai yang dahulu nya lebar..kini sudah 'sekangkang kera'..deras airnya pun tidak seperti dahulu. Banyak pembangunan didalam kawasan ini, rumah batu pun dah dibina untuk masyarakat Orang Asli disitu. Lokasi mandi juga sudah di'upgradekan' untuk memudahkan pengunjung, pembaikan yang cukup sempurna tapi 'failed'..yang ini tak perlu nak komen sebab diluar topik yang nk disampaikan. Sekali lagi aku terkejut besar apabila tiba di depan pintu gerbang "PUSAT BELIA BUKIT LAGONG" yang berlumut disamping pagar-pagar yang bocor seperti diceroboh. Kelihatan seolah2, ianya projek "Gajah Putih"..tidak terjaga..prasarana yang dilihat secara keseluruhannya terbiar dimakan usia..tak pasti siapa yang mengawal atau menjaganya...   
Power Supply terbengkalai dan peralatannya pun dah hilang.

Prasarana yang sepi..

Fasiliti lengkap tetapi mudarat
View yang cantik terdapat di Bukit Lagong
Pintu pagar kayu yang usang, bakal runtuh tak lama lagi.
Masih ada daya tarikan, jika tak dibendung ianya akan dimamah usia
Dewan yang cantik tapi terbiar dilingkari tumbuhan menjalar.
Pagar diceroboh, pasti banyak kecurian sudah berlaku.
Dahulunya kawasan ini sudah dibangunkan oleh mereka yang bertanggungjawab, ada asrama yang besar untuk menampung peserta kursus dan sebagainya, kantin serta dewan makan yang luas, masih kukuh tetapi sayangnya kini terbiar begitu sahaja...aduh sakit mata serta hati..SEBABNYA..banyak sejarah ditempa semasa berjuang bersama sahabat-sahabat 4x4 tersohor sekitar tahun itu yang perlu aku senaraikan seperti Abg Raup 9w2ANA, Abg Zaki@Popeye, Sahak@Chainsawman, Tomy serta rakan-rakan dari jawatakuasa Belia. Dan paling nyata kami pernah di'parang' dalam usaha untuk mewujudkan satu senario pembangunan bagi faedah belia disini.  Hari ini, bila dah lihat sendiri, aku percaya bahawa terlalu banyak 'red tape' maka tempat ini terbiar begitu sahaja..tak tahu mana silapnya..local authority mungkin ada jawapannya atau pihak jawatankuasa Belia yang masih ada juga mungkin boleh menjawabnya..
Sudut pemandangan terbaik di Bukit Lagong
Aku mohon rakan-rakan yang membaca artikel ini untuk memberi feedback atau pandangan anda. Jika anda mempunyai sumber2 yang berkaitan dengan lokasi yang berkenaan, kongsi2 kan lah maklumat untuk kebaikan bersama, bukan untuk menghentam dan jauh sama sekali untuk tujuan2 politik.

Sebelum aku akhiri nota ini, selain nama yang aku sebut diatas, suka untuk aku ucapkan terima kasih yang tidak berbelah bagi kepada mereka ini kerana bersama2 bertungkus lumus menjadi tulang belakang kepada aku.. bersama2 berkorban masa dan wang ringgit bagi melaksanakan tugas "membersih" Bukit Lagong pada 10 tahun yang lalu:

Abg Din DP, Kelab Gombak 4x4, Abg Nan, Kasim, Ah Wong, Abg Mior Ariffen 9M2MMM, Wan Hishamuddin@AllBlack, Hasbullah 9W2HMI, Mat Penang, Ashwar 9W2FD, Eddy, Medan, Mustafari, Din Subang, Arwah Stingray, Penghulu OL, PAT, Rakan Oscar Lima 2004/2005, Zack, Abg Adi 9W2DE, Pak Hamid 9W2TU, Danial, Fendi 9W2KV, Pantai 4x4, Jemir, Along Gombak, Badrolhisham, MARES, Sahabat2 Belia 4B, Dzul@Adun, Allahyarham Nazri@NBD, Pajebot, Dol, Akira, Roslin NST, Azman Maat@Gagak Hitam, Prima@Azmi, Roslan Basaruddin, 6 Jahanam, Rawang 4x4, Kepong 4x4, Skudai 4x4, Geddut, Harizal, Man PakYa, Rahim dan ramai lagi hingga tak mampu aku nak ingat. 

Semoga setiap Pengorbanan mendapat keberkatan. Sekian.

Amir Lagong

No comments: