Tuesday, November 20, 2012

India ASEAN Rally 2012 - PUTRAJAYA Leg on 28 Nov 2012


Salam 4Wheelers..!

Edisi kedua India ASEAN Rally 2012 akan membuat persinggahan kedua selepas berada di Singapura dan Indonesia. Konvoi dijangka akan tiba di Dataran Putra pada hari Khamis 28hb November 2012 dan berkumpul untuk pelepasan seterusnya menuju ke Ipoh pada hari yang sama.


M4W juga telah dijemput oleh pihak penganjur untuk bersama-sama pada hari tersebut bagi memeriahkan serta menunjukkan sokongan kepada peserta yang datang dari negara ASEAN dan juga kepada pasukan MALAYSIA yang akan mengambil bahagian dan pada kali ini berkemungkinan besar akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak.

Untuk maklumat rakan 4Wheelers di Perak, konvoi sebanyak 31 buah jentera MAHINDRA ini akan bermalam di Hotel Impiana, Ipoh sementara menunggu keesokkan harinya bagi menuju ke sempadan Bukit Kayu Hitam dan terus ke Thailand. 

Kepada anda yang berkelapangan, cuba-cuba lah hadir disamping merakam suasana yang mungkin sekali seumur hidup dan mungkin boleh ambil peluang untuk melebar semangat 4Wheelers sesama peserta dalam dan luar negara. 


Untuk pasukan Malaysia 2012, kami mengucapkan selamat jalan dan kukuhkan kekuatan kerjasama sesama rakan sepasukan disepanjang perjalanan. 

All the best...!

No comments: