Thursday, December 20, 2012

RFC2012 - ...yang terbaik di dunia..!


Selepas seminggu berlalu, International Rainforest Challenge edisi ke 15 masih menjadi bualan terhebat sesama penggiat 4x4 di tanahair yang telah berlangsung dengan jayanya di Negeri Melaka. Sejarah terpahat sekali lagi di zaman serba moden ini yang telah mengumpulkan ratusan kenderaan pacuan 4 roda bagi memecah rekod himpunan kenderaan terbanyak selain menu utamanya yang menpertarungkan kuasa jentera dan tenaga manusia bagi mengharungi cabaran terhebat dalam sukan permotoran peringkat antarabangsa.

Menurut Luis J.A.Wee, penyertaan yang memberangsangkan bagi setiap tahun penganjuran memang mencantikkan lagi event yang julung kalinya di anjurkan dengan kerjasama dan sokongan yang amat padu dari Kerajaan Negeri Melaka sendiri. Melaka memang sudah terkenal kerana status bandaraya yang unik telah menarik banyak penyertaan dari semua peminat sukan ini dari seluruh dunia.



Antara negara yang telah mengambil bahagian adalah Belgium, Sepanyol, Australia, Itali, Venezuela Amerika Syarikat dan pasukan tempatan sendiri. Beberapa lokasi turut dijadikan gelanggang pertandingan dengan pengubahsuaian bagi menepati cabaran yang ditunggu-tunggu oleh peserta. Sebagai pembukaan, Pantai Klebang menjadi lokasi prologue manakala Hutan Rizab Bukit Senggeh, Bukit Sedanan, Asahan serta Kuala Sungai Baru juga telah menyaksikan kehebatan mereka sepanjang 10 hari bertarung mencabar halangan serta merintis laluan sukar.

Harus diberi kredit kepada rakan-rakan dan kenalan M4W yang seringkali, setiap tahun bertugas sebagai Marshall/Pegawai Pertandingan tanpa henti menabur bakti bagi melaksanakan event adventure motorsports setaraf Formula1. Dunia diluar sana melihat akan kehebatan kita sebagai penganjur kerana ianya hanya berlaku di Malaysia sahaja dan tidak dinegara lain kecuali penganjuran atas tiket kerjasama/partnership di Negara yang berkaitan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga kerana penganjuran ini merupakan 'branding' yang 'originality' nya adalah dari Malaysia yang mendapat sokongan penuh dari pelbagai pihak mahupun individu. RFC sememangnya sudah menjadi satu ‘trademark’ malah ‘perayaan’ kepada semua penggiat 4x4 seluruh dunia, kerana setiap tahun sudah pastinya mereka akan berkumpul di MALAYSIA bagi menyambutnya.

Sebagai menghormati status RFC, jika anda ingin melihat lebih banyak photo disepanjang event tersebut, sila layari www.rainforestchallenge.com. 

(photo diatas dipinjam dari Facebook-RFC)

Long Live RFC..! 

No comments: