Sunday, December 23, 2012

Selamat Offroading penghujung tahun 2012

Salam Cuti yang panjang...

Banyak trip yang dianjurkan oleh kelab-kelab mahupun secara persendirian memandangkan cuti yang agak cantik tersusun rapi bermula dari hari Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa sempena Hari Natal. Cuti yang memang sesuai untuk bersama keluarga serta sahabat handai dalam trip offroading yang keras mahupun yang agak santai.
(gambar hiasan)

Berikut adalah trip offroading yang telah mendapat pengetahuan serta jemputan dari rakan-rakan 4Wheelers : -

Kelab Pajero Malaysia : Jerangkang / Sg Berakit, Pahang
Green Forest Adventure Team : Sg Lembing, Pahang
Jib Auto Offroaders : Pos Balar, Gua Musang, Kelantan

(gambar hiasan)

(gambar hiasan)
Namun begitu ada juga antara kelab2 yang menganjurkan trip secara tertutup..mungkin tak mahu ada orang luar menyertai trip mereka...begitulah kadang-kadangnya asam dan garam nya penggiat aktiviti 4x4 di Malaysia ni..masih dalam takuk lama..takut nak ajak 'outsider' dalam event mereka..mungkin kurang selesa atau tak sekepala...namun begitu golongan yang mengamalkan sikap 'buka pintu' masih banyak dan sering memberi input sesama untuk mewujudkan gabungan yang sihat didalam aktiviti 4x4 ini.

(gambar hiasan)
Malaysian4Wheelers pula cuma mahu bergiat secara 'neutral' bagi menambah networking supaya golongan peminat aktiviti 4x4 ini bertambah dengan kualiti..bukan kuantiti..sebabnya nak kongsi maklumat, ilmu serta apa saja untuk kebaikan bersama. Takkan kita nak biarkan penggiat 4x4 di Malaysia ini memakai 'selipar jamban' ketika menjalankan aktiviti offroading ataupun..sekadar membiarkan 'lump' atau 'cable winch' dililit di pokok begitu saja tanpa menggunakan 'tree trunk protector'...!!! atau mungkin kesedaran menjaga alam sekitar sudah tidak penting...?



Semoga 4x4 makin ramai dengan ilmu pengetahuan yang pelbagai..

Selamat Ber offroading...

(maaf, penggunaan bahasa yang agak 'rojak' sekadar ingin menyesuaikan keadaan santai menulis)

No comments: