Tuesday, March 30, 2010

Fantastic things for sale

Our friend just converted his Long Wheel Base Toyota Landcruiser into 1JZ, and now he has extra capicity of 22R engine with no more space to keep the things at home. The things comes with front and rear original axle..Now, he decided to take this out..those who interested, kindly contact M4W for details.

Happy offroading..

Thursday, February 25, 2010

Be a fan of M4W in Facebook..now..!


Hye guys..!We are now actively in FB community..so lets be a fan of M4W. Follow closely coz you might have a chance of winning any M4W merchandise within limited time.
Find for 'Malaysian4Wheelers' and immediately become a fan.
This is for Malaysian and for the whole world of 4x4 community.
Thank you for your support.

Sunday, February 21, 2010

Now Everyone can go offroad..!

Wait for our latest trips and announcement ..its totaly designed for a family of 4 who dont have 4WD vehicle or scared of your 4WD got scratched...!

Coming May 2010..!
Now everyone can go for offroad with M4W

Monday, February 8, 2010

M4W Windscreen Sticker for sale


Salam 4Wheelers

Limited edition windscreen sticker on sale now at USD10 or RM35.00 per piece. Anyone can buy as long as you're the 4wheelers activist anywhere in the world. Please contact M4W or email at malaysian4wheelers@gmail.com for any purchasing.
(price doesn't include mails services/charges)

Remember this : "Good guys stayed at home, only great guys go for offroads.."

(please refer to the above photo on how the recommended stickers to be fixed on your windscreen)

Wednesday, January 27, 2010

Perdak@Kem Neraka@Telemong



Susah nak diceritakan, tapi kalau nak tahu jugak, maka bolehlah dikongsi sedikit cerita sebagai tatapan pada mereka yang belum berkesempatan untuk join trip ini. Namun begitu hanya mereka yang melaluinya sahaja akan dapat pengalaman berharga ini.

Kali ini M4W dalam program 'Weekend Offroad Warrior 5' membawa peserta ke tempat yang lebih mencabar sebagai pendedahan 'offroad' yang sebenar berbanding dari trip yang sebelum ini yang lebih tenang dan santai.

Perjalanan pergi tidak menjadi masalah kerana cuaca yang baik serta kendalian kenderaan yang baik berjaya meloloskan 'obstacle' hingga ke campsite. Aktiviti sampingan mendapat sambutan hangat dari semua peserta serta pilot yang turut mengambil bahagian.

Malam minggu dengan hujan lebat hingga ke subuh akan memberi pelbagai halangan yang mencabar untuk lebih dirasai oleh semua. Air sungai mungkin naik, trek basah akan terus disaluti lumpur tebal..itu semua dah terbayang dalam fikiran. . tapi semua tenang.

9 jalopy dengan muatan yang serba sedia memulakan laluan untuk keluar dengan mendaki 'rut' disamping memperbaiki laluan tersebut dengan mencangkul. Tidak dapat dinafikan bahawa peserta merasakan akan tenaga empat kerat mereka telah diguna pakai seterusnya dapat menimba pengalaman baru tentang sukan lasak ini. Situasi kenderaan yang dikerah melebihi kekuatan asalnya mengundang masalah tetapi semuanya diselesai kan dengan semangat 'teamwork' yang tinggi.

9 jam bertarung, akhirnya kesemua jalopy berjaya melepasi laluan mencabar itu. Keadaan kereta yang rosak telah menyebabkan kelewatan. Tetapi ini scenario biasa yang berlaku dalam setiap expedisi. Apa yang perlu ialah kekuatan semangat kerjasama itu demi untuk semua. Para peserta turut menimba pengalaman serta menyumbang tenaga dan akhirnya mendapati bahawa mereka sudah kenal dengan 'recovery kit' dan sebagainya, malah sudah ada yang lebih yakin untuk cuba memiliki kenderaan sendiri selepas ini.

M4W mengucapkan terima kasih pada peserta, pilot dan semua yang terlibat sepanjang trip baru baru ini dan merasakan matlamat 'Experience that we share" yang merupakan 'tagline' rasmi sudah dapat dicapai.

Salam 4Wheelers
Crapos/Eida @ Kojak / Max / Tok Uban / Nyawa / Belalang / Mat Som / John Ace / Petai / CK1 / FoxPro / Feb2 / Pamelo / CJ / All Blacks / Scott / Champ2 /Gogo / Apai / Jerry / Nasik Tambah / Walia / Kerengge / Among & Friends

Sunday, January 10, 2010

Perdak Offroad Explorer : POX - 23rd & 24th Jan 2010


Terbuka untuk semua 4Wheelers..

Kepada anda yang berminat untuk turut serta trip ini. Berikut adalah sedikit informasi berkaitan dengannya :-

Tarikh : 23 & 24 Jan 2010

1) Jika anda ingin turut serta dengan mengunakan kenderaan sendiri, pastikan kenderaan anda menggunakan tayar Centipede dan mempunyai recovery equipment yang lengkap. Anda juga harus membawa ration sendiri dan tiada bayaran dikenakan tetapi anda dimestikan untuk memakai TSHIRT rasmi M4W yang boleh dibeli dengan harga RM15.00
2) Untuk peserta yang tidak mempunyai kenderaan 4WD dan ingin merasai pengalaman 'offroading', satu pakej disediakan dengan harga yang berpatutan yang akan merangkumi kenderaan bersama pilot berpengalaman dan F & B sepanjang acara. Sebarang maklumat yang lebih detail, sila hubungi Lagong 016-2933329

Salam 4Wheelers..!

Friday, December 25, 2009

COMMUNICATION DEVICES AND 4WD ACTIVITIES


Bagai satu pasangan yang tidak boleh di pisahkan..alat komunikasi memang sering berkait rapat dan hampir semua penggiat aktiviti sukan permotoran memiliki nya. Tahap mana pemahaman mereka tentang tatacara penggunaan, pengoperasian mahupun teknikal adalah perkara yang sukar untuk diterjemahkan.
Pengenalan secara meluas tentang alat ini melalui berbagai sumber telah mengundang kepada 'demand' untuk individu memilikinya bagi tujuan tertentu. Ini perkembangan yang sihat bagi komuniti ini, tetapi perlu juga ada kawalan supaya tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh kerana sukar didapati di tanahair, maka ianya menjadi sumber rezeki bagi sesetengah pihak untuk menjualnya pada peminat alat ini tanpa selidik periksa akan requirement tertentu pemilik nya. Akhirnya, penjualan secara terbuka membawa padah yang bakal memberi impak yang kurang manis untuk ditempuhi oleh warga pemiliknya, khususnya pengendali Radio Amateur yg berkelayakan.

Jom kita ingat2kan semua supaya jangan ghairah meraih keuntungan tanpa berdiri teguh digarisan undang2 yang berkaitan, demi menjaga hobi yang klasik dan unik ini.

Akhir kata, kepada anda yang masih belum memiliki AA, langsung buat keputusan sendiri..samada ingin memilikinya AA atas nama sendiri atau lebih selesa untuk 'tersangkut' dengan AA yang dimiliki oleh orang lain.

Salam 73

Saturday, November 28, 2009

Perhimpunan 4x4 di Johor pada 5hb Disember 2009

Kelab Rentas 4x4 Johor akan menganjurkan acara perhimpunan 4x4 terbesar yang bakal di masukkan dalam Malaysia Book of Record pada bulan Disember ini bersempena dengan acara International Raninforest 4x4 Challenge 2009 di Johor.

Kepada anda yang berminat, ambil lah peluang ini untuk bertemu dengan semua penggiat sukan 4x4 seluruh Malaysia.

Untuk sebarang maklumat, sila layari http://rentas4x4johor.blogspot.com

Friday, October 30, 2009

Tersedak di Perdak..!

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan di duga, perumpamaan Melayu lama yg kita biasa gunakan, tapi kini kena tukar mengikut keadaan kepada "Kalau Centipede size 32, rut yang dalam jangan di duga" dan ini lah perkataan yang sesuai untuk digunakan jika anda bercadang untuk menawan trek ini.

Seharusnya persiapan lengkap akan memudahkan perjalanan kita, tapi kita tak dapat merasai lingkaran obstacle yang sebenarnya kerana tidak dapat merasai geli-geli. Itu semua pengalaman yang perlu di kaut oleh semua 4Wheelers tanpa mengira berapa lama mereka dah bermain. Kecil jangan disangka anak, tua tak semestinya bapa. Air yang tenang jangan disangka tak ada buaya.
Oleh itu, apa saja situasi kita harus memastikan sifat2 'humble' dalam apa saja aktiviti yang kita ceburi.
Trek pendek yang hebat ini amat sesuai untuk semua peringkat 4Wheelers. Pertarungan selama 6 jam untuk 4 buah jalopy cukup mencabar. Tapi kadang2 kesabaran pun hampir tewas. Itulah lumrah kita sebagai manusia. Enjoy dengan trek ini, jadi disyorkan rakan2 untuk merasai ini dengan keluasan tapak camp yang agak terbatas tetapi jika di susun dengan baik bisa memuatkan lebih 10 jalopy. Campsite dengan air sungai berudara dingin mencecah 20 - 22 darjah celsius mencengkam tulang.

Sukar nak ditulis disini, hanya mata dan kederat saja yang boleh menjadi saksinya. Namun sebagai tatapan geli-geli untuk semua, anda boleh lihat photo disini. http://picasaweb.google.com/9w2amr/SgPerdakTelemong#

Thursday, October 8, 2009

Telemong Weekend Offroad


A weekend trip in the making of 'rejuvination' after long stop for the respects of Ramadhan and Syawal. For those who interested to join this trip, kindly be at the info stated below:

Date : 24th & 25th October 2009
Time : 9.00 am - 9.30 am
RV : Petronas @ Burger King/Shell @ McDonalds (Tmn Sri Gombak heading to Gombak Toll)
F&B : Please bring your own foods/meals.
Fee : No charges..!

Vehicle Requirements : MT/Centepede tyre with complete recovery kit.

You may contact M4W for further details.

Selamat Offroading..!



Saturday, September 19, 2009

Salam Lebaran untuk 4Wheelers

Selepas berjuang selama sebulan di Ramadhan, kini tiba masa untuk kita menyambut Syawal. Ketahanan kita mengharungi masa juga merupakan sifat waja diri yang mengajar erti kehidupan agar akan lebih sempurna bagi melalui hari yang mendatang. Sealiran dengan semangat jitu para sahabat M4W yang cekal ketika mengharungi 'obstacles' di dalam setiap ekspedisi.

Semoga Aidilfitri kali ini akan merakam sejarah yang terbaik untuk anda sekeluarga. Selamat pulang ke kampung serta beri tumpuan kepada pemanduan. Kepada anda yang mempunyai AA gunakan frequency amatur untuk QSO agar anda punya teman serta membantu ketahanan mata yang mengantuk di sepanjang perjalanan.

Saturday, September 12, 2009

GENTING ADVENTURE WORLD CARNIVAL

The biggest and the most happening Outdoor Adventure Event in Malaysia which attracting an Outdoor Adventure Enthusiasts from Malaysia and from the rest of the world . The said event will be hel from 2nd till 4th October 2009.

The jointly showcase in promoting Malaysia as a destination of choice for outdoor adventure activities.

Should any of you wish to involved in the above Carnival, please contact the organizer immediately. Mr Wong L W at mobile No: 012-3274411 or email: lwwong48@gmail.com

Saturday, August 22, 2009

Eyeball Sahur Malaysian 4Wheelers

Sempena Ramadhan ini, Malaysian 4Wheelers dengan inisiatif bersama rakan2 yang lain mengambil kesempatan untuk menganjurkan acara Eyeball Sahur untuk semua 4Wheelers tanpa mengira dari mana mereka datang, dari kelab mana sekalipun, apa saja fahaman dan ideologi mereka, asalkan mereka mempunyai semangat untuk memanjangkan tali persahabatan.

Tiada bayaran yang spesifik yang dikenakan untuk acara ini, TAPI sama sama lah kita memikul tanggungjawab membayar itu seperti mana kita membina semangat kerjasama dalam mengatasi sebarang 'obstacles' semasa ber' offroading'.

Berikut adalah detail kepada acara tesebut :-

Tarikh : 28hb Ogos 2009 - Jumaat malam Sabtu
Lokasi : Restoran BBS (berhadapan Maybank Bandar Baru Selayang)
Masa : 11pm hingga 4am

Mari kita selsesakan persekitaran ini agar lebih memacu kearah yang lebih baik serta mewarnakan lagi senario 4x4 di Malaysia dengan penuh semangat persahabatan sejagat.


Selamat berpuasa.


Tuesday, August 11, 2009

Tuas Offroad Park of Singapore

A new playground for Singaporean offroaders. Found this in Facebook recently. M4W is just a link in helping this place to be known as one of the favorite spot and to get more people to support this community especially to those Malaysian which seriously involve in 4x4 or any extreme motorsports. And this is where the networking all about.

The going is not too bad, but this is where man and machine to be punished at their home ground. Will see some off-road heroes emerge as man and put into extreme challenges and how those people purposely get the dirts and scratches. The players are to do log bridge and a river crossing...but dont forget about the mudpool..all are here..you just need to whack and play.! "Saya fikir...ada sedikit bayaran" if you want to use the ground..

Anyway..!! a very big congratulations for having this 'offroad heaven' and M4W also interested to be there..! (if got chance..!)

For details and photos, you may retrieve from Facebook.

Tuesday, August 4, 2009

One Ten @ One Malaysian



Tahniah Wan Othman @ Wan10 @ One Ten dengan usaha gigihnya, kini website khas yang menggabung semua kelab dan peminat sukan lasak 4x4 boleh di layari dilaman : http://www.otas4x4adventuresports.ning.com/

Sumbangan artikel mahupun photo anda sebagai komuniti yang tegar dengan aktiviti 4x4 sangat dialu-alukan yang bertujuan untuk mewarnakan lagi scenario website ini. Turut dapat dilihat disini adalah acara-acara ekspedisi yang telah dan bakal dijalankan oleh semua penggiat yang ada di tanahair. Sekiranya ada 'follower' dari luar Malaysia, mereka juga amat diharapkan agar dapat memberi 'feedback' supaya penganjur dapat memacu ke arah yang lebih baik, demi sukan yang sama-sama kita ceburi.

Malaysian 4Wheelers amat berterima kasih dan sudah pastinya akan terus membantu serta menyokong apa saja untuk menaikkan martabat 4Wheelers khususnya dan sealiran dengan
semangat baru bagi One Ten @ One Malaysian..!