Monday, January 9, 2012

Sambut Tahun Baru di Kerling




Seperti biasa menyambut tahun baru bukan lah sebagai satu amalan tetapi sekadar memenuhi waktu terluang dengan cuti yang telah diberikan oleh mereka yang berwajib. So, kesempatan ini telah diambil oleh rakan2 untuk membuat plan secara adhoc dengan persiapan yang serba lebih kurang sahaja..untuk bermalam di Kerling bersama keluarga masing-masing.


Untuk trip ini, hanya 7 buah kenderaan sahaja yang mengambil bahagian mungkin kerana notis yang agak singkat, dan kebetulan juga ada rakan2 yang sudah mempunyai rancangan asal untuk ketempat lain bersama keluarga. Dan lebih-lebih lagi dipenghujung tahun itu ada yang sedang sibuk mempersiapkan anak2 yang bakal memulakan seisi persekolahan 2012.

Trek masih kering dibawah nya, tetapi sebaik tiba di peringkat yang lebih atas, melepasi blok janakuasa, dah nampak tanah semakin basah..tetapi tak perlu risau jika anda masih dilengkapi dengan tayar jenis MT..cuma kena kerja kuat sikit...jika dengan Centipede..senyum senang saja..=) tapi itulah asam garamnya.
Sebelah malamnya, hujan lebat..tapi acara 'Steamboat" dapat terlaksana dengan cemerlang sehingga jam 12.00 malam, maka tahun 2012 pun menjelma..dan acara makan masih berterusan sehingga jam 2 pagi..terus lena kerana cuaca dingin seperti aircond..

Friday, December 30, 2011

Welcome 2012



M4W dan seluruh sahabat serta warga crew dan juga followers and regulars merasakan bahawa inisiatif mempelbagaikan aktiviti ekspedisi 4x4 telah dapat memberi impak yang cemerlang sesama penggiat serata tanahair. Pengalaman memberi pengajaran setiap individu dalam memastikan setiap aktiviti itu memberi manafaat serta faedah untuk diri sendiri, komuniti serta persekitaran alam yang serba indah ciptaan tuhan.
Sebagai menutup calendar 2011, M4W mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada seluruh sahabat di Malaysia, Indonesia serta Singapura yang sering membantu dalam setiap acara samada secara terus atau tidak. Sokongan anda akan menjadikan M4W terus matang dan melangkau kearah kebaikan sesama manusia.
Selamat Tahun Baru 2012 and keep on rolling…!

Wednesday, December 14, 2011

HASNISUE AUTO: The Italian Automotive Specialist

Gracias 4Wheelow..!

Italian Cuisine @ Cucina Italiana memang menjadi kesukaan masyarakat di Malaysia ketika ini dengan tumbuhnya banyak restoran Itali di kawasan yang strategik, tetapi tidak lupa hidangannya kini turut menyemarakkan lagi penggunaan kenderaan jenama dari Itali seperti FIAT dan ALFA ROMEO yang merujuk kepada mekanik yang benar-benar mahir dengan jenamanya. Norhasni atau AMONG, pemilik HASNISUE AUTO yang menyediakan khidmat pakar dalam membaiki kenderaan berjenama Itali bukan setakat itu sahaja, beliau juga adalah merupakan support team didalam komuniti Malaysian4Wheelers. Berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam pengkhususan kenderaan buatan Itali ini telah meletakkan beliau sebaris dengan mekanik terbaik di Kuala Lumpur sambil dibantu oleh isterinya Suhaila dan beberapa orang pekerja mekanik mahir warga tempatan bagi memenuhi permintaan pelanggannya. Workshop yang terletak di Taman Danau Kota sememangnya mudah dikunjungi dan turut menawarkan servis yang terbaik untuk semua jenis kenderaan. Sebagai memenuhi minat beliau dalam aktiviti 4WD, Among menggunakan jentera TOYOTA Prado 2.7 dalam menerokai offroad sector bersama sahabat handai bila ada waktu yang terluang. Kepada anda yang memerlukan khidmat Among, bolehlah hubungi beliau ditalian 012-2280317.

HASNISUE AUTO SDN BHD
No.53 Jalan 3/23A
TAMAN DANAU KOTA
OFF JALAN GENTING KELANG
53000 SETAPAK
KUALA LUMPURTel/Fax : 03-41430317

Monday, December 5, 2011

M4W ON SALE..!!


Hello OFFROADFELLAS..


LELONG..!! LELONG..!!


Its time for stock clearance.. on SALE now...all must finish by this month ONLY...




BUY 3 TSHIRTS FOR


RM100.00 NORMAL PRICE IS RM35/pc
( will get 1 unit M4W Fridge Magnetic for FREE)


(EXCLUDED DELIVERY SERVICE)


Thank you for your support.


Keep on Rolling...!

Tuesday, November 29, 2011

LIBUR Magazine : December 2011


Hye Offroadfella...!

Get your latest issue of LIBUR Magazine December 2011 at your favourite book stores.


Ada cerita dan photo menarik tentang program The Weekend Offroad Warrior di Lata Berembun, Raub, Pahang untuk dikongsi bersama dengan anda semua. Semoga ianya dapat memberi sedikit information and your preparation kepada rakan2 yang planned to be there especially during this long holidays and of course at the very unpredictable musim hujan ketika ini. So set your gear ready...!

This is a very gentle reminder....please bring more man power and complete recovery kits and enough food ;) (No ALL TERRAIN tyres please...please..)

Have fun guys...and keep on rolling...!

Friday, November 25, 2011

Help to find this girl..!


Ada seorang gadis hilang baru-baru ini, M4W ingin menyalur maklumat jika anda dapat membantu mencari gadis ini dan hubungi pihak yang berkaitan.

Monday, November 21, 2011

M4W-LIBUR Overland Expedition 2011

ATTENTION TO ALL...!


Due to unavoidable situation and unforseen circumstances, the above trip has been deferred.

M4W dengan ini juga ingin memohon maaf diatas penangguhan ini. Walaubagaimanapun, anda diminta untuk terus mengikuti perkembangan sebarang aktiviti yang bakal dianjurkan pada masa yang terdekat ini.

Sekian.



Malaysian4Wheelers

Tuesday, November 15, 2011

LIBUR & M4W Offroading Calendar 2012 : WEEKEND OFFROAD WARRIOR 2012




Salam Sejahtera,


Bukan mudah untuk merangka trip offroad yang mampu memuaskan hati sesetengah orang. Tetapi sesuatu yang boleh di ketengahkan dimana semua jenis kenderaan 4x4 pelbagai spesikasi mampu melakukannya atau mengharungi cabarannya.



Kini, kembali lagi bagi tahun 2012..dengan kondisi trip 'lite dan medium' yang bertujuan untuk menggalakkan penyertaan pendatang baru dalam aktiviti ini untuk mencari pengalaman dan didedahkan dengan pergaulan bersama 'otaimers' dan ianya terbuka untuk semua 4Wheelers yang ada di bumi ini.


Ikuti LIBUR dan M4W untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan hubungi mereka yang berkaitan secara terus untuk maklumat yang tepat.


Sekian...dan teruskan "bergolek"...hehehhe




Hello Boys & Gurls...


Its not an easy things to design such a trips that can fullfil each of the people. But it is something that can be highlighted here is that those activities perhaps can match with all kind of 4x4 vehicle specifications...anyway.


Here, we go again for the 2012...but it slightly 'lite and medium' offroad trip that can encourage more beginners @ new comers to be exposed and gain some knowledge from the 'otaimers' ( i guess..) and for sure its open to 4Wheelers all over the place on earth.


Follow LIBUR and M4W for more details by contacting the specific person and get 1st hand information from him...=)


Keep on Rolling...!

Sunday, November 13, 2011

Selamat Pengantin Baru Anis & Wani



Rakan M4W, Anis Razali akhirnya melabuhkan title 'Bujang' yang sekian lama dipertahankan pada menjelangnya 11/11/2011 dan majlis telah berlangsung di Meru, Klang. Tarikh keramat ini sudah semestinya dinantikan oleh pasangan yang bertuah ini sekian lama..maybe 100 tahun akan datang akan bertemu tarikh seperti ini lagi..(kalau ada lagi la...)

Malaysian4Wheelers dan seluruh sahabat handai mengucapkan tahniah serta mendoakan akan kesejahteraan Anis dan Wani dalam menempuh gerbang bahtera rumahtangga yang bakal dilayari selepas ini. Semoga mereka dikurniakan dengan alam kehidupan yang lebih bermakna.

Terima kasih juga kepada rakan2 yang bersama konvoy ke majlis beliau..WanTen, AllBlack, Champ2, CJ, Wan Memerang, Sembilang, K-Rog, Faizul Frontier, Din77, Sukri @ Tamalian, Amir Lagong, Din77, Tok Uban, Mat Penang, Abg Din SSM, Alfian, Najib, Yem, Bob, Gogo dan Siti Khairul dari Melaka.


Sekian.

Monday, November 7, 2011

COLUMBIA New Outlet @ The Curve

COLUMBIA Sportswear new outlets telah dibuka di The Curve, Kota Damansara early this month dan jenama ini merupakan strategic partner of M4W that was started on June 2011. Oleh yang demikian sebarang pemakaian rakan2 M4W telah menyebabkan mereka akan memperagakan pakaian yang berjenama Columbia ini yang meliputi kasut, baju, seluar dan beberapa lagi pakaian sampingan.

Dengan ini juga M4W akan terus membawa jenama ini di dalam setiap kenderaan sebagai membantu mempromosikan ianya yang sudah menjadi tanggungjawab kepada konsep partnership ini. Untuk peringkat bagi 1st phase ini, yang terlibat secara terus dalam mempromosikan COLUMBIA dan TEVA adalah Lagong, Wan10, Champ2, Gogo, Tok Uban dan All Blacks.


Kesemua mereka telah dan bakal menerima sejumlah set pakaian yang bernilai hampir RM2000.00 seorang. Pakaian yang berjenama antarabangsa ini sememangnya sesuai untuk aktiviti lasak dan oleh sebab itulah ianya menjadi pilihan Malaysian4Wheelers sekian lama.

Tak salah juga kalau anda berminat ingin memakainya..=)

Wednesday, November 2, 2011

Taiping is not just about 'Love'

Taiping Offroad Club (TORC) initiated the Perak Jamboree 2011 that was held at Taman Tasik Kemunting, Taiping from 21st-23rd October and gathered the enthusiast all over the districts and states. M4W has the opportunity and drove up to the north in 7 vehicles with the families to grant a support for the organizer. (Kombet, Lagong, Wan10, K-Rog, Gogo, Sukri and Komeng) Taiping, the wettest town in Peninsula Malaysia, has chosen by the organizer, their home ground and dedicated for buggies and half cabins categories, motorcross and cub cross scheduled at the right moments as the rainfalls never give a time for them to get dry. The 4Wheelers dari KL, Kedah and Thailand taking part in the challenge this time and few pewter trophies with State of Perak logo shows the support from the local sports and youths exco member of the government. Congratulation guys..
While having the moments with local guys, M4W expecting for good food in Taiping. After the event finished, the GPS helps us much in getting to the right place to have the famous KueyTeow Doli, Ansari Cendol and Mak Jah Mee Udang in Kuala Sepetang for our dinner (selak Udang, baru nampak Mee). So, Taiping its not about Love..its makan heaven...


M4W not only offroading, we do 'Jalan Jalan Cari Makan"...

Keep on Makaning...=)

Wednesday, October 26, 2011

M4W-TEVA New QuickDry Tshirt - RM35




Tshirt yang membawa brand TEVA Sandals ini adalah terhad dan berwarna hitam (bukan putih spt dlm gambar) yang dikeluarkan oleh M4W untuk rakan-rakan yang berminat untuk memakainya. Sebagai strategic partner ianya adalah tanggungjawab M4W untuk memperluaskan serta mempromosikan lagi jenama yang sudah menjadi ikutan rakan rakan diluar sana.




So, get the latest one..and its very limited coz you cant get this out there..


Size available : S/M/L/XL/XXL

Wednesday, October 19, 2011

MIQAT TRADERS

Ahmad Tarmizi atau lebih senang digelar Abg Mat @ Cik Mat merupakan orang lama dalam sukan motorsport tanahair. Pengalaman yang luas sebagai seorang mekanik kenderaan dari jenis BMW dan Benz telah menjadikan beliau sebaris dengan mekanik kenderaan Continental yang disenangi oleh pemilik kenderaan jenis itu. Beliau juga pernah terlibat dalam aktiviti sukan Rally dengan beberapa pasukan ternama sekitar awal 80an hingga 90an.




Abg Mat menggunakan Land Rover Discovery untuk aktiviti offroading, kini terus memberi komitment tugas dan tanggungjawab sebagai pengendali bengkel di Glenmarie dan hanya bergerak di sebalik tabir bersama MyLandy Malaysia sebagai orang kuat yang berpengaruh.



Kepada anda yang menggunakan BMW atau Continental car mahupun kenderaan 4WD dari berbagai jenama dan sedang mencari mekanik yang sesuai, jadi sila rujuk pada Abg Mat dengan segera di Jalan Penerbit, Off Jln Glenmaries, Shah Alam, Selangor di talian 017-663-3877.

Sunday, October 16, 2011

New M4W : W.O.W Tshirt : RM35 (black only)

Hello 4Wheelers..


Ada lagi yang terbaru dan terkini khas untuk anda yang mahukan anjakan pembakar semangat dalam menyertai setiap offroad trip. Trademark yang tersendiri ini sudah sering menjadi nadi kepada 4Wheelers untuk mendapatkan penampilan yang berlainan sambil membawa ungkapan bahasa yang membara..
photo atas = printed dibelakang
photo bawah = printed didepan



Sedang hangat membara dipasaran, belian dengan harga RM35/= (tidak termasuk kos penghantaran). Penghantaran lebih meluas keserata dunia...=) cepat bertindak untuk membeli...kalau lambat..berputih mata lah anda..All are in multisizes M/L/XL/XXL...

Tuesday, October 11, 2011

Weekend Offroad Warrior 8 : Lata Berembun


After a long stopped for Eid Mubarak...W.O.W strikes back on the 8th & 9th Oct 2011..!


Weekend Offroad Warrior kembali lagi bagi siri ke 8 yang membawa rakan 4Wheelers ke Lata Berembun, Raub dalam susunan konvoy semeriah 14 buah kenderaan dengan penglibatan sahabat handai baru dan lama dari sekitar Kuala Lumpur. Keadaan offroad sector dengan ruts yang mencabar telah memberi peluang kepada semua peserta untuk mengasah skills dalam pengendalian kenderaan masing-masing. Tahniah, semua selamat tiba di campsite dengan hidangan BBQ kambing dan ayam yang disumbang oleh K-Rog sambil dibantu oleh rakan2 yang lain. Petai turut mempamerkan kehebatan didapur menyediakan makanan untuk semua.


Waterfall Lata Berembun membawa kesejukan ditolok sebagai hampir 19 darjah selsius. Suasaa ini sehebat kesukaran offroad sector yang ada di sini. Namun begitu keceriaan suasana dengan gurau senda semua rakan menjadikan susana panas semula. Begitulah keadaannya bila semua sudah berjumpa hingga tidak dapat melelapkan mata walaupun badan sudah penat.

Semoga berjumpa didalam trip yang lain...keep on rolling..!