Wednesday, January 28, 2009

Gua Musang yang 'thrill' : 23 - 25 Jan 09

5 buah pacuan yang serba lengkap bersama 25 orang tenaga muda dan lama menuju ke lubuk2 ikan yang tidak dapat diberitahu disini atas sebab yang tak dapat nak di elakkan. Kombinasi pengalaman dari 'Hardcore Anglers' dan M4W menyumbang kepada kerjasama yang kuat dalam menangkis 'obstacles' di sepanjang perjalanan.

Alang, Haji, Adie dan Along Wahab, dalam jentera LC2 tak berhenti melayan sembang sepanjang perjalanan pergi yang mengambil masa hampir 12 jam hingga ke campsite.

Hujan lebat pada malam pertama hingga ke awal pagi esoknya. Air sungai naik seperti 'teh tarik' serta sang pacat yang meriah macam enjoy sangat menghisap darah di kaki masing2. Semangat tinggi 'anglers' tak kira cuaca, misi memburu Kelah tetap diteruskan tetapi bertukar apabila si Baung saja yang asyik menyerah di mata kail. Mahu atau tidak, Baung jadi lauk Lemak Cili Api untuk habuan dinner.

Seawal pagi yang terakhir, anglers memang tak suka buang masa, terus saja mencari lokasi sesuai untuk pancingan penutup, tapi wajah kecewa masih bukan pada Si Ikan Kelah yang bijaksana.

Perjalanan keluar lebih 'thrill' kerana kesan hujan lebat hari pertama itu telah mengocak baurkan 'mudhole'. Downhill yang dipenuhi dengan 'ruts' yang dalam itu juga telah mengundang masalah apabila ada kenderaan yang 'overturned'. Panik ..!! malang sekali, tetapi 'pilot' tak mengalami sebarang kecederaan cuma 'trauma' untuk satu jangkamasa yang pendek saja. Keadaan ini memaksa semua yang ada disitu untuk berkerjasama bagi menyelesai masalah. Teknik winching dan snatch block berjaya menegak semula LC2 yang tumbang.

Selesai segalanya, justeru meninggalkan offroad sector dengan rasa ceria bercampur kecewa tetapi puas kerana setidak2nya 3 buah coolbox masih dipenuhi hasil sungai. Pengalaman anglers yang pertama menyaksikan pacuan 4 roda ini di maksimumkan penggunaannya juga telah memberi pengalaman baru pada mereka.

"ni la pertamo kali den nengok camni ..!! sobolum ni ingek kan poweel ni..cam biaso yo.. tapi siap buleh panjek bukit nun..!" kata Along Wahab.

Dalam pada kita sibuk untuk explore kejadian alam ini, jangan lah lupa tanggungjawab kita untuk memelihara alam sekitar, bawalah keluar sampah dari setiap lokasi yang kita sampai. Semoga generasi akan datang dapat menikmatinya lagi.

Jumpa lagi dalam offroad trip yang lain..!!

Friday, January 23, 2009

Weekend Offroad Warrior : Kerling on 6th & 7th Dec 08

Kerling terletak didalam Negeri Selangor Darul Ehsan. Terdapat 'Hot Spring' sebelum offroad sector. Campsite dan sungainya yang sejuk sukar untuk diceritakan disini.

Trip ini terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin mendapat ruang untuk melepaskan 'stress' selepas 5 hari bertungkus lumus di pejabat.

Seramai 15 orang rakan2 'beginners' telah mengambil bahagian dalam trip hujung minggu ini, sambil di bantu oleh rakan M4W sekitar Kuala Lumpur untuk mengambil peserta di Dataran Maybank.

Sepanjang offroading, sudah banyak perubahan berlaku di laluan Kerling ini. Tidak seperti 3 tahun dahulu yang ianya dikategori kan sebagai 'hardcore'. Ini kerana sedang berjalannya projek mini hidro disitu, maka laluan offroad telah diperkemaskan untuk memudahkan laluan pekerja dan kenderaan projek tersebut. Trek terkini Kerling sangat sesuai untuk individu yang baru berjinak jinak dengan hobi 4x4.

Kalau anda mahu cuba memandu 'offroad', tunggu sahaja pengumuman trip yang akan mendatang. Selamat Offroading..!!