Friday, July 11, 2014

Salam Ramadhan

Malaysian4Wheelers dan rakan rakan seperjuangan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua penggiat aktiviti 4x4 seluruh negara, khususnya umat Islam. Kini masa untuk kita beri tumpuan kepada sahsiah diri. Mengawal segala nafsu nafsi diri demi menampung perjalanan kehidupan harian kita di bulan Ramadhan Al Mubarak.

Tiada apa yang lebih baik untuk diri sendiri dengan memantapkan amalan murni disepanjang bulan yang mulia ini. Banyak juga antara mereka sedang sibuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan sebagai jambatan penyambung kepada mereka yang memerlukan. Tahniah dan Syabas kerana itu adalah sebaik baik antara amalan yang harus dijalankan bagi membantu golongan yang memerlukan, lebih lebih lagi di bulan puasa yang amat Barakah.

Jentera masing2 pun kini semua disimpan rapi agar ianya mampu kembali gagah semula selepas selesai keutamaan amalan berpuasa nanti.

Moga amal ibadah kita diberkati..!