Wednesday, July 21, 2010

Rombongan Program Amal 4Wheelers

Salam 4Wheelers..!

Aktiviti ini dianjurkan oleh sahabat2 dari Oscar Lima - Petronas Adventure Team yang bertujuan untuk membantu sebuah keluarga yang serba memerlukan. Keluarga Nenek Syarifah Mansur yang lewat umurnya itu kini sedang menyara 5 orang cucunya belasan tahun yang masih bersekolah. Cuba anda bayangkan bagaiman mungkin peritnya si Nenek Syarifah itu dalam mengisi niat cucu2nya itu untuk berhadapan dengan hari yang mendatang yang sangat mencabar ini di rumah mereka yang serba kekurangan di Kg Sg Jai, Beranang, Selangor Darul Ehsan.

Dengan inisiatif murni PAT dan gabungan rakan2 yang lain, maka tercetuslah program yang bertujuan untuk memberi fokus pada keluarga ini yang sememangnya sudah mendapat perhatian dari pihak JKM. Namun begitu, tanggungjawab sosial aktivis 4x4 di Malaysia ini tidak harus kita lupakan kerana ini juga merupakan sumbangan kita pada mereka yang memerlukan. Mungkin kita tidak dapat membantu kesemua mereka, tetapi setidak2nya, kita sudah mampu untuk meringankan beban sengsara keluarga yang berkaitan.
Jika anda ingin turut serta, sila rujuk detail dibawah ini :-
Tarikh : 24hb July 2010- Sabtu
Masa : 8.00am
Lokasi berkumpul : RnR Serdang menghala ke Selatan
Anda juga disyorkan untuk menyumbang kewangan, mungkin kita kumpulkan wang dan beri pada Nenek Syarifah pada majlis tersebut. Ada juga acara membaiki dan memulih keadaan rumah dan memerlukan tenaga kerja padah ari tersebut. M4W sedang berusaha untuk mendapatkan sebuah 'Desktop PC' untuk kegunaan cucu beliau untuk urusan pembelajaran dan sebagainya. Mohon anda untuk menyumbang, supaya kita dapat mencapai target dan menyampaikan barangan tersebut pada acara itu nanti. Sumbangan anda amat diperlukan.
Sekian.