Sunday, May 16, 2010

M4W Kembali dengan kepanasan..

Salam 4Wheelers.
M4W kini kembali setelah menyepi untuk beberapa ketika kerana masalah teknikal yang tak dapat di elakkan. Kami mohon maaf untuk itu. Dalam pada itu juga, beberapa perkara yang berlaku sekitar senario sukan 4x4 juga tidak dapat untuk dikongsi dengan semua rakan. Tapi kali ini kita ada beberapa berita yang serba serbi nya agak panas..!
Penubuhan Kelab 4x4 Malaysia yang diterajui oleh Tn Haji Jaafar telah sempurna dan kini beliau bersama rakan2 sedang bergiat cergas untuk mempromosi menarik serta menggabungkan semua kelab mahupun orang persendirian untuk bersama2 menyertainya. Objektif yang mahukan semua bernaung dan bersatu di bawah konsep 1 Malaysia adalah motif yang seharusnya disambut baik oleh semua penggiat sukan 4x4 di Malaysia. Ini juga akan memberi anjakan kepada pendedahan regulasi yang membawa seluruh komuniti ini untuk bergerak dengan lebih professional. Zaman dah semakin moden, kita perlukan pembaharuan.
Wujudnya Kelab 4x4 Malaysia, M4W berharap akan ada yang perlu menitik beratkan tentang regulasi penganjuran kesemua event yang berkaitan dengannya. Regulasi standard yang bertujuan untuk memartabatkan sukan ini seharusnya diberi penekanan yang bertujuan untuk melindungi event itu sendiri mahupun peserta2 yang mengambil bahagian dalam programnya. Apa akan jadi sekiranya berlaku kejadian yang tak di ingini dan menimpa seseorang peserta dalam acara yang berkaitan..? Siapa yang harus memikul tanggungjawab itu.?
Pernah dahulu suatu ketika, M4W dan beberapa sahabat di 'petik' oleh mereka yang kononnya mempunyai laluan untuk membawa regulasi pertandingan 4x4 ke arah yang lebih professional. Nak di lesenkan individu2 ini dengan kursus agar lebih establish dalam mengendalikan sebarang event motorsports di tanahair. Bagus juga, sebab pendedahan ini mematangkan usaha kita dalam mengekang masalah 'kena kencing'. Pantang ada event..sure orang2 ini akan turun membantu..sampai masa..tuan kedai hilang dengan upah kerja nya..kalau dapat pun, bayaran dah jadi kurang. Ini memang kerap berlaku (pada ketika itu bbrp tahun yg lepas). Harap2 sudah tidak berlaku lagi sekarang ini.
Dengan apa yang tersirat ini, marilah kita sama2 fikirkan supaya satu badan yang berusaha bagi memantau serta meregulasikan apa yang baik untuk mengekalkan sukan 4x4 ini tanpa mengira apa jenis atau 'nature' aktiviti mereka (kaki competitor/kaki xpdc/kaki melaram kat jalanraya). Lihat sahaja rakan2 dari negara jiran, mereka mungkin agak mundur dari segi ekonomi negara nya kalau dibezakan dengan 'currency exchange' tetapi kalau dibandingkan dari segi regulasi pertandingan 4x4, mereka lebih hebat dari kita dengan penguasa federasi yang unggul untuk mengekalkan standard.
Akhir kata, M4W dan seluruh penggiat sukan 4x4 di Malaysia khususnya mengucapkan salam takziah kepada keluarga yang terlibat. Semoga roh nya ditempatkan bersama dengan orang2 yang soleh.
Keep 4 wheeelin..!