Thursday, February 19, 2009

Rakan Backpackers hilang di Gunung Yong Yap..



GUA MUSANG, 18 Feb (Bernama) -- Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28, seorang kerani RHB Bank, Bangi, Selangor yang hilang dalam perjalanan pulang daripada mendaki Gunung Yong Yap, dekat Pos Brooke di sini sejak Ahad lepas, belum ditemui sehingga petang ini.Gerakan mencarinya diteruskan mulai pukul 9 pagi ini dengan penambahan anggota polis, Unit Udara Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan penduduk setempat. Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Aziz Hassan, berkata rakan-rakan Mohamed Hassan yang selamat keluar diminta membantu dalam gerakan mencari. Bercakap kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada petugas operasi penyelamat itu di Lojing pagi ini, beliau berkata, bahawa pagi ini pasukan mencari itu bergerak melalui trek Kem Agas tempat Mohamed Hassan Ayat dilaporkan hilang. Beliau berkata maklumat lanjut mengenai operasi itu akan dapat diketahui petang nanti menerusi ketua operasi yang juga Ketua Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Daerah Polis Gua Musang, Insp Harris Turung."Kita juga perlu melihat kepada keadaan cuaca kerana Lojing ini sering kali mengalami hujan yang menyebabkan Unit Udara Polis Diraja Malaysia tidak boleh memantau sepanjang masa," katanya. Ibu Mohamed Hassan Ayat, Norhayati Abdul Razak, 56, semasa ditemui di Lojing, berkata beliau tidak dapat bayangkan keadaan anaknya yang keseorangan dalam hutan. "Mak cik doakan dia ditemui dalam keadaan selamat," katanya. Norhayati berkata Mohamed Hassan Ayat mendapat keizinannya untuk menyertai ekspedisi itu kerana anaknya itu amat menggemari aktiviti mendaki termasuk di luar negara. "Yang mak cik bimbang ialah kaca matanya tertinggal di pejabat kerana dia rabun jauh," katanya.-- BERNAMA
Malaysian 4Wheelers juga sedang dalam usaha untuk membantu dan telah menghubungi rakan 4Wheelers di sebelah pantai timur untuk membantu mana yang terdaya. Mudah mudahan mangsa hilang dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Wednesday, February 4, 2009

Ulu Tamu upgraded..!!

Dahulu kalanya Ulu Tamu atau Ulu Rening biasa jadi singgahan 4wheelers untuk light and easy offroad sector, tapi semenjak kebelakangan ini, track dah bertukar kepada kategori yang lebih mencabar. Batu yang timbul semakin membuka untuk menyagat 'chasis floor' semasa kenderaan memanjat bukit. Perlu 100% berhati-hati dan tumpu perhatian kepada rakan 'guide' anda kerana sudah ada sejarah kenderaan yang 'tumpah' sebaik sahaja berjaya memanjat batu itu, akibat 'slope' yang sendeng mampu menyumbang kepada keadaan yang lebih buruk lagi.

Untuk 'beginners', track ini memang sesuai untuk belajar sesuatu yang mencabar sebelum ke lokasi 'hardcore' yang lain, tetapi anda harus mempunyai kelengkapan yang baik supaya tidak terpaksa meninggalkan kenderaan terus disana sementara menunggu 'rescue' dari luar. Namun tak perlu risau kerana masih ada 'phone line' yang dapat di capai.

Tips : Buangkan angin tayar anda ketahap yang paling sesuai jika memerlukan traction yang maksima.

Selamat Offroading..!