Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan di duga, perumpamaan Melayu lama yg kita biasa gunakan, tapi kini kena tukar mengikut keadaan kepada "Kalau Centipede size 32, rut yang dalam jangan di duga" dan ini lah perkataan yang sesuai untuk digunakan jika anda bercadang untuk menawan trek ini.
Seharusnya persiapan lengkap akan memudahkan perjalanan kita, tapi kita tak dapat merasai lingkaran obstacle yang sebenarnya kerana tidak dapat merasai geli-geli. Itu semua pengalaman yang perlu di kaut oleh semua 4Wheelers tanpa mengira berapa lama mereka dah bermain. Kecil jangan disangka anak, tua tak semestinya bapa. Air yang tenang jangan disangka tak ada buaya.
Oleh itu, apa saja situasi kita harus memastikan sifat2 'humble' dalam apa saja aktiviti yang kita ceburi.
Trek pendek yang hebat ini amat sesuai untuk semua peringkat 4Wheelers. Pertarungan selama 6 jam untuk 4 buah jalopy cukup mencabar. Tapi kadang2 kesabaran pun hampir tewas. Itulah lumrah kita sebagai manusia. Enjoy dengan trek ini, jadi disyorkan rakan2 untuk merasai ini dengan keluasan tapak camp yang agak terbatas tetapi jika di susun dengan baik bisa memuatkan lebih 10 jalopy. Campsite dengan air sungai berudara dingin mencecah 20 - 22 darjah celsius mencengkam tulang.
Sukar nak ditulis disini, hanya mata dan kederat saja yang boleh menjadi saksinya. Namun sebagai tatapan geli-geli untuk semua, anda boleh lihat photo disini. http://picasaweb.google.com/9w2amr/SgPerdakTelemong#