Thursday, June 24, 2010

4Wheelers di tawan di Kuala Mu

Salam 4Wheelers..

Misi kemanusian telah sukses dengan gabungan beberapa kelab dan diterajui oleh Kelab 4x4 Malaysia dengan inisiatif Wan10 sebagai pengendali ekspidisi berjaya mengumpul mereka ini di Kuala Mu pada 18-20 June 2010.

Dengan mendapat beberapa tajaan seperti Nestle, AmBank Group, Value Supermarket serta orang perseorangan, acara ini menjadi bertambah meriah dengan berbagai acara dijalankan bersama masyarakat pribumi disana.
Sukaneka untuk kanak-kanak serta orang dewasa turut diadakan. Acara menyumpit antara kampung berdekatan serta bolasepak menyaksikan 4Wheelers ditawan oleh pasukan pribumi dengan jumlah gol sebanyak 6 - 1.

Malaysian 4Wheelers turut serta bagi menambah warna dalam setiap acara yang dijalankan. Itu saja yang kami mampu. Walaubagaimanapun, tahniah pada semua yang mengambil bahagian tanpa mengira dari mana datangnya mereka itu dan yang penting sekali semangat kerja berpasukan harus kekal tinggi dalam memartabatkan sukan 4x4 di Malaysia.

Kesemua barangan sumbangan juga telah berjaya disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih untuk semua.

Keep on 4 wheelin..!

View photo : http://picasaweb.google.com/9w2amr/KualaMuCharityDrive#

Saturday, June 12, 2010

Kuala Mu Charity Expedition by Kelab 4x4 Malaysia

Salam 4Wheelers..!
Jom kita ke Kuala Mu, bikin aktiviti bersama masyarakat Orang Asli.
Aktiviti anjuran Kelab 4x4 Malaysia dan disokong oleh penggerak dan kelab 4x4 seluruh Malaysia.

Sumbangan beberapa barangan keperluan makanan akan disampaikan pada penduduk disana. Sempena cuti sekolah ini, mari kita sama-sama sertainya, bawa anak dan keluarga anda untuk bersama agar boleh memberi pendedahan anak-anak anda betapa istimewanya mereka hidup dibandar jika dibanding kan masyarakat Orang Asli disana. Beberapa aktiviti seperti bersukan akan diadakan bersama mereka.

M4W sokong aktiviti ini bagi merapat jurang sifat manusia sejagat yang prihatin antara satu sama lain.
Detail Trip : 18hb June -20hb June 2010 ( Jumaat/Sabtu/Ahad)
1st Rendezvous : R&R Rawang hala ke Utara (8.30am-9.00am)
2nd Rendezvous : Value Supermarket, Sg Siput, Perak Darul Ridzuan (12noon - 2pm)
Untuk sebarang pertanyaan, M4W boleh membantu anda bagi pihak penganjur.
Keep on 4Wheelin'..