Saturday, September 25, 2010

Trip ke Kuala Sat : 2hb - 3hb Oktober 2010

M4W mendapat jemputan dari seorang rakan bernama Mad Peros untuk menyertai aktiviti santai ini. Jadi jika anda berminat boleh lah menghubungi M4W untuk sebarang confirmation.
Acara ini open kepada semua rakyat Malaysia yang meminati aktiviti yang sama. Sesiapa yang berminat tetapi tidak mempunyai kenderaan 4x4, M4W boleh uruskan keinginan anda.

ATURCARA :Sabtu (02/10/2010)

0700 Berkumpul di Petronas Gombak menghala hiway KARAK

0715 Convoy rolling

0915 Sampai di tol Temerloh

1015 Berkumpul di Masjid Jerantut. Konvoi bergabung ke Kuala Sat

1030 Bergerak ke Kuala Sat

1300 Konvoi Berehat di Kg. Pagi

1430 Tiba di Kuala Sat dan Makan Tgh Hari. Makan akan disediakan oleh penduduk Kampung.

1500 - 1630 Setup Khemah dan Horay-horay- Kerbau ditumbangkan,disembelih, dilapah dan dimasak beramai-ramai dengan penduduk kampung ( Tuan RXR akan confirm)

2000 - Sessi BBQ ,Eyeball dan DXing sampai ngantuk


Ahad (03/10/2010)

0900 Bersih kawasan perkhemahan dan mandi-manda di Sg Ulu Tembeling - aktviti bebas

1030 Konvoi bergerak keluar dari Kg Kuala Sat.

1600 ETA Kuala Lumpur.


Selamat Offroading..!

Friday, September 10, 2010

M4W bersama COREZONE

The Malaysian 4Wheelers
From Left : Orked, Lagong, Bani Majaya of COREZONE, Gogo, Petai and Rambo wearing a BUFF sponsored by
COREZONE Outdoor & Climbing Equipment
Salam 1 Syawal dan Salam 1 Malaysia.
M4W bersama COREZONE telah membawa satu inspirasi baru dalam scenario 4Wheelers di dalam 1 Malaysian 4Wheelers the 53rd Merdeka Expedition baru baru ini. Peluang sebagai 'strategic partner' telah membawa kami untuk memberi image baru pada penggiat aktiviti 4x4 di Malaysia dengan memperkenalkan "BUFF" Headwear sebagai satu lagi pemakaian yang harus dimiliki oleh semua penggiat aktiviti lasak.

BUFF merupakan produk jenama dari Spain yang diimport oleh COREZONE yang merupakan pengedar tunggal di Malaysia dan selain itu menjual peralatan 'outdoor' untuk tujuan rekreasi mendaki gunung dan sebagainya.

Kepada anda yang ingin mendapatkan sebarang peralatan 'outdoor' boleh lah lawati http://www.mycorezone.com/ untuk pembelian secara online ataupun untuk melihat sendiri spesifikasi barangan pilihan yang terbaik dan sesuai untuk anda.

M4W mengucapkan terima kasih dan tahniah pada COREZONE kerana sudi bersama dalam ekspedisi ini.

Sunday, September 5, 2010

Epic Ekspedisi Terulung 2010


Salam 1Malaysian 4Wheelers.


Sejarah berulang kembali bagi penggiat aktiviti 4x4 di Malaysia. Atas usaha Kelab 4x4 Malaysia dan rakan2 seperjuangan telah merealisaikan xpdc ini yang pada awalnya tidak dijangkakan telah memetik satu lagi sejarah yang akan terus dikenang selalu.

Bermula dari Putrajaya Extreme Park pada pagi 24hb August dengan pelepasan oleh YBhg Datuk Sri Shabery Chek (Menteri Belia dan Sukan) telah merangsang lagi semangat ahli xpdc dalam meneruskan misi yang bakal mengharungi perjalanan 7 hari di bulan Ramadhan. Yang hebatnya, peserta datangnya dari serata Semenanjung Malaysia seperti dari Perak, Kelantan, Perlis dan selebihnya dari Kuala Lumpur.

Hari seterusnya perjalanan semakin mencabar, laluan batuan makin bertambah, cuaca semakin panas namun misi dalam menyumbang tenaga dan barang2 sumbangan diteruskan bagi memenuhi initipati acara ini. Beberapa lokasi rumah anak2 yatim telah pun dilaksanakan, maka rintangan terus dijajah dengan semangat juang yang tinggi tanpa mengenal rasa letih lagi.

Lokasi hentian seperti Sabak Bernam, Parit, Kepala Batas, Kuala Perlis, Baling,Jeli, Tumpat, Marang, Balok, Kuantan, Tebrau, Larkin seterusnya ke Ayer Keroh dan destinasi terakhirnya di Seremban. Semua laluan sempurna dengan dibantu oleh rakan 4Wheelers tempatan disamping mendapat sokongan dari setiap wakil dari kerajaan negeri yang kami lalui. Tak disangka setiap sambutan di susun meriah walaupun ringkas. Bagi kami itu merupakan sesuatu yang amat istimewa walaupun kami sudah bersiap sedia untuk menempuh sebaran situasi.

Anggota ekspedisi amat bertuah kerana YB Drs Nizar Zakaria yang merupakan Ahli Parlimen Parit adalah Penaung kepada Kelab 4x4 Malaysia dan beliau juga turut bersama di dalam perjalanan ini. Oleh itu sebaik saja kami tiba di Parit, seluruh bandar Parit seperti di gegar kerana deruman motorsikal beruasa tinggi yang mengiringi kami tiba dengan cukup megah justeru menambah gemilangkan kawasan Parit yang serba unik ini.

Di Perlis, sambutan dan persiapan yang diluar jangkaan di Semarak Resort, sehinggakan YB Menteri Besar Perlis juga turut meluangkan masa untuk bersama kami. Majlis penyerahan sumbangan diadakan di Rumah Mak Teh, Kangar sebaik sahaja majlis berbuka dan solat sunat terawih bersama anggota ekspidisi dan warga tempatan selesai.Terima kasih kepada KAKA dan Perlis 4x4, sumbangan dan bantuan anda kami kenang sepanjang hayat.

Laluan Kuala Perlis ke Tumpat antara yang mencabar dan yang terjauh sekali, hampir 560km dengan cuaca terik, penyaman udara pun tak mampu nak menyejukkan suasan dalam kenderaan masing2. Akhirnya kami tiba di Pantai Sri Tujuh dan disambut sempurna oleh rakan2 di SQUAD 4x4 dan rakan2 yang lain. Syabas, susunan trafik dan manpower yang cukup systematik. Kenikmatan berbuka puasa dengan masakan Kelantan sukar nak digambarkan lagi, sudah tentu yang enak dan lazat.

Selepas solat subuh, kami bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Marang. YAM Tengku Temenggung Terengganu bakal menanti kami di Masjid Marang bersolat Jumaat bersama peserta. Disambut awal oleh rakan2 Ranggok 4x4 terus ke teratak Dr Zaini sementara menunggu waktu solat. Acara penyerahan sumbangan dijalankan sebaik sahaja solat Jumaat selesai dan selepas itu Tengku mencemar duli sekali lagi untuk membuat 'flagoff' simbolik kepada penerusan konvoy yang akan ke Kuantan selepas itu.

Di Kemaman, rakan2 tempatan sudah siap menunggu kami dan langsung ke Balok yang mana Pahang 4x4 turut sama berkonvoy yang menjadikan jumlah kenderaan pada ketika itu menghampiri 100 buah. Sesak di kawasan Balok, menarik minat semua masyarakat untuk bersama menyambut kami di Dewan Orang Ramai Balok untuk acara berbuka puasa.

Peringkat Kuantan, dilepaskan sedikit lewat kerana ada beberapa acara rasmi di sisipkan dalam ekspedisi ini. Kesempatan yang cukup baik digunakan oleh rakan2 di Kuantan untuk memeriahkan agi suasana pada hari Sabtu itu. Selepas ini kami akan menuju ke Johor Bharu melalui Pekan, Mersing dan Felda Nitar. Akhirnya kami tiba di Larkin jam 5 petang dan disambut oleh Ybhg Datuk Shahrir Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru serta tetamu kehormat beliau disamping masyarakat tempatan. Penyerahan Jalur Gemilang serta sumbangan kepada mereka yang memerlukan telah dapat diselesaikan sebelum waktu berbuka. Rentas 4x4 yang mengiringi kami di Johor telah memberi komitment yang cukup tinggi bagi memastikan kami tiba dengan selamat.

Dari Johor Bahru, konvoi menuju ke Ayer Keroh bagi melaksanakan misi kali ini yang akan dijalankan di Mydin Ayer Keroh, Melaka. Beberapa orang wakil pihak Ketua Menteri Melaka menanti kami disamping Nasi Beriyani yang enak untuk dijamu ketika berbuka puasa.

Peringkat terakhir, sumbangan akan diserahkan di Rumah Kenangan Temiang, Seremban. Di ketuai oleh Dzul@Adun menyusun konvoi yang berkumpul di Pedas/Linggi untuk bersama2 menuju ke lokasi sambil disambut oleh wakil Exco Pelancongan Negeri Sembilan. Sebaik tiba dilokasi, suasana agak lain, kerana hentian ini ada lah yang pertama bagi ahli konvoi untuk singgah di rumah orang orang tua. Suasana pilu menyelubungi semua untuk seketika.

Selesai sudah, kami teruskan perjalanan ke Dengkil untuk memenuhi jemputan rakan2 D'Harung 4x4 untuk singgah di surau berdekatan dan disambut oleh Mantan Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Dato Sharif Jajang dan beberapa orang kenamaan tempatan yang sungguh kagum dengan kepulangan kami selepas 7 hari mengembara di bulan Ramadhan ini hanya untuk
melunaskan tanggungjawab sosial kami pada masyarakat yang memerlukan.

Ekspedisi melabuhkan tirainya pada 30hb Ogos di Putrajaya Extreme Park dengan acara penyerahan sijil serta menyambut suasana kemerdekaan itu disempurnakan oleh YB Nizar Zakaria yang merupakan penaung kepada Kelab 4x4 Malaysia dan merupakan ahli ekspedisi ini. Tahniah diucapkan kepada semua penaja, peserta, pengikut, penyokong serta yang mengambil bahagian. Juga kepada mereka yang menyokong acara ini tetapi tidak dapat menyertainya atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.

Di kesempatan ini, M4W mengucapkan SELAMAT HARI RAYA. Jumpa lagi di acara yang lain.