Tuesday, February 22, 2011

XPDC Chengal Besar..here we come..!

XPDC akan berlangsung seperti yang telah dijadualkan. Oleh itu para peserta sila hubungi M4W melalui email atau mobile phone jika anda masih tidak mendapat aturcara program secara detail.

Perlu diingatkan bahawa, semua peserta mesti berkumpul di TESCO Extra Cheras pada jam 6pm 24hb Feb 2011. A special dinner to be served for all the participants sponsored by CRAVINGS KITCHEN & BISTRO sebelum kita bergerak.
Jumpa disana and have fun.

Friday, February 18, 2011

Latest Merchandise : M4W Lnyard


Special Edition Lnyard ini disesuaikan untuk menggantung kunci kenderaan anda. Sememangnya sesuai untuk 4Wheelers yang lebih gemar bersantai dan mudah untuk membawa kunci kenderaan sambil diikat dengan 'Lnyard'. Kadang2 kunci boleh tercicir semasa dalam kesibukan sebaik tiba di lokasi campsite. Oleh kerana itu, M4W datang membawa era baru bagi semua untuk memastikan agar kunci anda diikat dan digantung dileher dengan menggunakan 'Lnyard' yang kalis air ini.

Production yang terhad ini sedang hangat dijual semasa di Karnival WOW Putrajaya dan yang terhampir adalah pada Ekspedisi Chengal Besar pada 24-26 Feb akan datang. Oleh itu, jangan lah tunggu lagi bang..! beli lah dengan cepat...hubungi M4W untuk mendapatkan stock yang limited ini. Pembelian melebihi 3 unit akan mendapat 1 keping sticker secara percuma.

Quotes of the day : Good Guys Stay at home, only GREAT Guys go for Offroading..!

Wednesday, February 16, 2011

Karnival WOW Putrajaya 11-13 Feb 2011 : Memang WOW..!



Baru baru ini M4W telah menumpang untuk mempromosi aktiviti 4x4 di Karnival WOW dengan kerjasama Red Adventure. Sekadar membantu mewarnakan lagi karnival tersebut bersama penggiat sukan outdoor yang lain.

Apa yang menariknya, berbagai aktiviti dan jualan promosi diadakan didalam karnival yang melibatkan berbagai agensi kerajaan dan syarikat korporat. Selain itu terdapat persembahan 'stunt' bermotorsikal oleh ATM...memang hebat..! Sebelah malamnya ada konsert yang menampilkan legend rock tanahair...best..!

Terima kasih kepada mereka yang memberi peluang kepada M4W untuk mengadakan promosi aktiviti 4x4 kepada masyarakat yang ingin tahu tentangnya. Banyak juga orang yang singgah dan membeli cenderamata berjenama Malaysian4Wheelers disana.

Jika dimasa akan datang, ada mempunyai ruang booth dalam karnival atau apa saja pesta untuk dikongsi, harap dapat info pada M4W untuk sama2 membantu mempromosi aktiviti 4x4 kepada semua.

"Good Guys Stay at Home...only GREAT guys go offroading..!"

Selamat Rolling..!