Wednesday, October 26, 2011

M4W-TEVA New QuickDry Tshirt - RM35




Tshirt yang membawa brand TEVA Sandals ini adalah terhad dan berwarna hitam (bukan putih spt dlm gambar) yang dikeluarkan oleh M4W untuk rakan-rakan yang berminat untuk memakainya. Sebagai strategic partner ianya adalah tanggungjawab M4W untuk memperluaskan serta mempromosikan lagi jenama yang sudah menjadi ikutan rakan rakan diluar sana.




So, get the latest one..and its very limited coz you cant get this out there..


Size available : S/M/L/XL/XXL

Wednesday, October 19, 2011

MIQAT TRADERS

Ahmad Tarmizi atau lebih senang digelar Abg Mat @ Cik Mat merupakan orang lama dalam sukan motorsport tanahair. Pengalaman yang luas sebagai seorang mekanik kenderaan dari jenis BMW dan Benz telah menjadikan beliau sebaris dengan mekanik kenderaan Continental yang disenangi oleh pemilik kenderaan jenis itu. Beliau juga pernah terlibat dalam aktiviti sukan Rally dengan beberapa pasukan ternama sekitar awal 80an hingga 90an.




Abg Mat menggunakan Land Rover Discovery untuk aktiviti offroading, kini terus memberi komitment tugas dan tanggungjawab sebagai pengendali bengkel di Glenmarie dan hanya bergerak di sebalik tabir bersama MyLandy Malaysia sebagai orang kuat yang berpengaruh.



Kepada anda yang menggunakan BMW atau Continental car mahupun kenderaan 4WD dari berbagai jenama dan sedang mencari mekanik yang sesuai, jadi sila rujuk pada Abg Mat dengan segera di Jalan Penerbit, Off Jln Glenmaries, Shah Alam, Selangor di talian 017-663-3877.

Sunday, October 16, 2011

New M4W : W.O.W Tshirt : RM35 (black only)

Hello 4Wheelers..


Ada lagi yang terbaru dan terkini khas untuk anda yang mahukan anjakan pembakar semangat dalam menyertai setiap offroad trip. Trademark yang tersendiri ini sudah sering menjadi nadi kepada 4Wheelers untuk mendapatkan penampilan yang berlainan sambil membawa ungkapan bahasa yang membara..
photo atas = printed dibelakang
photo bawah = printed didepan



Sedang hangat membara dipasaran, belian dengan harga RM35/= (tidak termasuk kos penghantaran). Penghantaran lebih meluas keserata dunia...=) cepat bertindak untuk membeli...kalau lambat..berputih mata lah anda..All are in multisizes M/L/XL/XXL...

Tuesday, October 11, 2011

Weekend Offroad Warrior 8 : Lata Berembun


After a long stopped for Eid Mubarak...W.O.W strikes back on the 8th & 9th Oct 2011..!


Weekend Offroad Warrior kembali lagi bagi siri ke 8 yang membawa rakan 4Wheelers ke Lata Berembun, Raub dalam susunan konvoy semeriah 14 buah kenderaan dengan penglibatan sahabat handai baru dan lama dari sekitar Kuala Lumpur. Keadaan offroad sector dengan ruts yang mencabar telah memberi peluang kepada semua peserta untuk mengasah skills dalam pengendalian kenderaan masing-masing. Tahniah, semua selamat tiba di campsite dengan hidangan BBQ kambing dan ayam yang disumbang oleh K-Rog sambil dibantu oleh rakan2 yang lain. Petai turut mempamerkan kehebatan didapur menyediakan makanan untuk semua.


Waterfall Lata Berembun membawa kesejukan ditolok sebagai hampir 19 darjah selsius. Suasaa ini sehebat kesukaran offroad sector yang ada di sini. Namun begitu keceriaan suasana dengan gurau senda semua rakan menjadikan susana panas semula. Begitulah keadaannya bila semua sudah berjumpa hingga tidak dapat melelapkan mata walaupun badan sudah penat.

Semoga berjumpa didalam trip yang lain...keep on rolling..!