Sunday, January 29, 2012

Karnival Karangkraf 2012



Kalau ada kelapangan, datang lah ramai2 ke Shah Alam untuk Karnival Karangkraf. Ada macam2 aktiviti kat sana....Mungkin boleh dapatkan back issue majalah LIBUR disana..for sure on discounted price kot.. mana lah tau jika ada gambar anda yg tercetak didalam tu sewaktu anda menyertai Weekend Offroad Warrior anjuran M4W dengan kerjasama Majalah LIBUR.


So, see you there..!

Friday, January 27, 2012

Tahun Naga 2012

M4W masih belum terlewat untuk mengucapkan 'Gong Xi Fa Chai' kepada semua rakan rakan yang menyambutnya. Sudah menjadi tradisi orang Malaysia, walau apa saja perayaan, pastinya turut disambut secara bersama, maka dengan itu juga kesesakan lebuhraya yang luar biasa akan berlaku dan tak kurang juga lokasi offroad sector.


Kegiatan offroading juga menjadi rancak bila tiba musim cuti perayaan yang bertunda sehingga menjadikan 4 hari berturut. Masing2 dengan acara offroading yang mempunyai objektif mereka sendiri. Lokasi popular yang ringan seperti ada pesta 'pasar malam' ala 'uptown'..meriah dan ceria...kalau tak percaya cuba lah tanya kawan2..=)


Dalam tempoh cuti panjang itu, M4W tidak ada trip yg rasmi dan mengambil peluang ini untuk memberi laluan kepada mereka untuk menyertai offroad trip yang dianjurkan oleh kelab2 lain yang ada disekitar tanahair sambil melebar networking sesama 4Wheelers.


Akhir sekali, M4W dengan segala hormat mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina untuk semua rakyat Malaysia.


Keep on rolling..!

Monday, January 9, 2012

The Broken Stone of Pecah Batu

Fenomena cuaca panas akibat kekurangan litupan awan yang melanda tanahair telah mendorong beberapa rakan Malaysian4Wheelers untuk merancang offroad trip secara adhoc bagi mencari lokasi menarik lagi mendamaikan yang bertujuan untuk dijadikan destinasi pilihan untuk peminat aktiviti ini dan sudah pastinya kepada pembaca LIBUR yang sering mengikuti program yang dijalankan sepanjang tahun. Maka dengan itu tersusunlah beberapa kenderaan dengan spesifikasi terbaik untuk melengkapkan misi ini.

Sungai Bil yang terletak di Tanjung Malim memang cukup sinonim dikalangan masyarakat tempatan kerana sungainya yang bersih dan cantik, tetapi disebalik itu terdapat satu lagi lokasi yang lebih cantik dan hanya boleh di akses dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda sekitar enam kilometer dengan rekod ketinggian hampir 425 meter dari aras laut. Laluan tebing bukit serta berbongkah batu yang banyak telah menyebabkan kaki offroad mengelarkannya sebagai “Pecah Batu”. Kepada 4Wheelers yang ingin mencuba nasib, harus persiapkan diri anda dengan peralatan kenderaan yang lengkap bagi melepasi setiap halangan dan rintangan sepanjang laluan kerana ia boleh dikelaskan sebagai ‘kategori medium’ lebih-lebih lagi jika dianugerahkan dengan cuaca yang hujan.
Trek Pecah Batu sering dijadikan kawasan latihan pratikal bagi kursus pemanduan yang dibuat khas untuk agensi kerajaan dan penggiat sukan ekstrem ini dari sekitar tanahair. Halangan semulajadi yang terdapat disini juga mampu mengasah kemahiran individu dalam pengendalian kenderaan dengan merentasi sungai, rock crawling, meniti lereng bukit yang sempit serta membuat V-Drop crossing, mud pool dan sebagainya. Dalam perjalanan naik dan turun juga mengajak pemandu bermain dengan skill menuruni bukit curam yang berbatu, sesekali terasa tayar seperti berada di awang-awangan...uhh..gelinya..!
Campsite cantik yang terletak ditepi sungai dengan batuan yang tersusun menarik boleh memuatkan sekitar 15 buah kenderaan 4WD pada satu-satu masa dan untuk tiba disini, perjalanan akan mengambil masa hampir 4 jam. Ianya juga mencatat kedinginan sekitar 19 darjah Celsius pada waktu malam dan awal paginya. Persekitarannya yang nyaman itu dilengkapi pula dengan deruan aliran air terjun kecil serta bunyian unggas yang boleh menjadi bahan eksperimen kepada photographer yang meminati flora dan fauna sebagai tema pencariannya. Kepada kaki pancing, terdapat beberapa lubuk yang sesuai untuk menawan Tengas mahupun Kelah jika bernasib baik.

Dalam melengkapkan setiap aktiviti outdoor dan ekspedisi seperti ini, menikmati alam sekitar adalah sasaran kita. Oleh yang demikian sama-samalah kita mengekalkannya bagi generasi yang akan datang. So dengan itu, pastikan jangan tinggalkan sampah di campsite..bawa lah keluar dengan sempurna..okay..!
Happy Offroading..!

Sambut Tahun Baru di Kerling




Seperti biasa menyambut tahun baru bukan lah sebagai satu amalan tetapi sekadar memenuhi waktu terluang dengan cuti yang telah diberikan oleh mereka yang berwajib. So, kesempatan ini telah diambil oleh rakan2 untuk membuat plan secara adhoc dengan persiapan yang serba lebih kurang sahaja..untuk bermalam di Kerling bersama keluarga masing-masing.


Untuk trip ini, hanya 7 buah kenderaan sahaja yang mengambil bahagian mungkin kerana notis yang agak singkat, dan kebetulan juga ada rakan2 yang sudah mempunyai rancangan asal untuk ketempat lain bersama keluarga. Dan lebih-lebih lagi dipenghujung tahun itu ada yang sedang sibuk mempersiapkan anak2 yang bakal memulakan seisi persekolahan 2012.

Trek masih kering dibawah nya, tetapi sebaik tiba di peringkat yang lebih atas, melepasi blok janakuasa, dah nampak tanah semakin basah..tetapi tak perlu risau jika anda masih dilengkapi dengan tayar jenis MT..cuma kena kerja kuat sikit...jika dengan Centipede..senyum senang saja..=) tapi itulah asam garamnya.
Sebelah malamnya, hujan lebat..tapi acara 'Steamboat" dapat terlaksana dengan cemerlang sehingga jam 12.00 malam, maka tahun 2012 pun menjelma..dan acara makan masih berterusan sehingga jam 2 pagi..terus lena kerana cuaca dingin seperti aircond..