Friday, July 6, 2012

JIB Offroaders Gathering 2012 : Sukses..!!


Berlangsung sudah acara yg tak terlintas di fikiran akan menjadi seperti sebuah Jamboree 4x4 dengan mendapat sokongan padu dari semua penggiat akitiviti 4x4 sekitar Kuala Lumpur dan juga penajaan dari pelbagai syarikat serta sumbangan individu.

Pada pagi 30hb June, sebanyak 35 buah kenderaan telah berkumpul dihadapan TESCO Taman Wahyu  sambil menikmati Energy Drink RED BULL sementara melengkapkan susunan konvoi menuju ke Ulu Tamu yang telah di flagoff’ oleh Max Skjold dari Denmark (RFC Competitor). Turut bersama adalah 5 buah kenderaan jenama CHEVROLET COLORADO yang bakal di pandu uji semasa di Kem Pahlawan atau lebih sinonim dengan nama Kem Hamzah, Ulu Tamu digegar rakan rakan 4Wheelers yang konvoinya diketuai oleh Tok Uban, manakala AllBlack bertindak sebagai Sweeper.
Max Skjold
Kehadiran YB Kamalanathan, Ahli Parlimen Ulu Selangor turut memeriahkan acara pada hari tersebut dan turut mengambil peluang mencuba Chevrolet Colorado yang dipamerkan disitu. Sesi pandu uji memberi laluan kepada para peserta untuk memandu kenderaan tersebut di lokasi offroad sambil dipantau oleh pihak Chevrolet sendiri. Beberapa acara suaikenal dan sukaneka turut dijalankan bagi menambah ‘warna ceria’ pada petang itu.

YB KAMALANATHAN
Solat berjemaah dan tahlil yang diketuai oleh WanTen dan Shukri turut berlangsung pada malam tersebut dan seterusnya acara BBQ pun bermula. Kemeriahan malam itu, diselang selikan dengan acara cabutan nombor bertuah bagi melepaskan hadiah-hadiah sumbangan pihak penaja kepada hadirin. Antara hadiah yang terbaik adalah pakej percutian dan beberapa peralatan 4x4 untuk dimenangi.

Telematch for adults..!
Penyertaan dari pelbagai kelab dan individu dalam acara ini amat membanggakan. Sumbangan penajaan disaat-saat akhir juga memberi peluang semua peserta untuk membawa pulang hadiah sebagai habuan ‘lucky draw’.  Oldtimers pun ramai yang hadir untuk sama sama berada dalam majlis tersebut. Inilah masanya untuk semua level berjumpa sambil berkenalan.
Notes from YB..!


Sukses semuanya..! secara keseluruhan, ianya telah berjaya menggabungkan pelbagai peringkat komuniti dalam aktiviti ini. Program yang penuh dengan pengisian ini benar benar dapat merangsang lebih banyak kolaborasi aktiviti yang hampir serupa dikalangan 4Wheelers pada masa yang akan datang.

Antara kelab dan komuniti 4x4 yang hadir : Lubuk Trekker, Malaysian4Wheelers, OSCAR LIMA @ PAT,  CK 4x4, Kelab 4x4 Batang Kali, Gombak 4x4 Club, Yellow Cruiser Group, Vitara Club Malaysia, D’Harung 4x4, Raja Rimba Adventure dan Offroad News.

Penaja : CHEVROLET Malaysia, RED BULL Malaysia, AROX Lubricants, Columbia Sportswear.
Kolaborasi : Malaysian4Wheelers, One Ten Adventure Sports, Red Adventure

Statistik Acara :
All the way from Penang..tahniah bro...

4 jenama : Penaja rasmi
4 buah: Kolaborasi entity
5 buah : Chevrolet Colorado test drive unit
11 team : Club/Komuniti 4x4 yang ambil bahagian
100 buah : kenderaan 4x4
40 buah : Barangan ‘lucky draw’dimenangi
273 : orang yang hadir
 (ini tak cerita lagi, berapa ekor kambing, ayam dan bahan2 mentah yang digunakan)

Tahniah serta terima kasih kepada semua yang berada di sepanjang program.