Sunday, October 21, 2012

Chevrolet COLORADO Test Drive


M4W and friends...
Test drive ..? be at the venue....
you might get a chance to drive on the off road sector..so, be there..!

Wednesday, October 17, 2012

Port Dickson 4x4 Sand Challenge 19-21 Oct 2012


Hey dude..! check this out...!
The first ever in Malaysia, an event that to be held this weekend  
at Pantai Cahaya Negeri, 
Port Dickson, Negeri Sembilan, Peninsular Malaysia


Bear in mind...you got to run your 4x4 on the beach. 
So make your machine ready to justify the obstacles.
For those interested to participate, kindly make your early arrangement by contacting the organizer at Negeri Sembilan Tourism Board at 06-7659734 / 06-7659725

All the best to competitor..!

Thursday, October 11, 2012

Batu kasi picahhh...!!


Salam Sahabat 4Wheelers.
Video ini telah dirakam baru-baru ini untuk tatapan anda yang belum berkesempatan ataupun yang berhajat untuk menduga kenderaan masing-masing.

                                            

Mungkin selepas menyaksikan video ini, ianya boleh dijadikan panduan kepada anda tentang persiapan yang sesuai sebelum  menjelajah ke lokasi ini. Sebagai pandangan, recovery kits yang lengkap serta tenaga atau manpower yang mampu bekerja keras membantu pilot bagi melepas beberapa obstacles yang agak mencabar. Kalau follow sekadar nak kelihatan handsome, disyorkan agar mereka ditinggalkan di perkampungan orang asli yang terdekat di luar sana.





Sekian..Enjoy the video...!

Tuesday, October 9, 2012

One Ten Adventure Sports 4x4 Training


Berita baik bagi pendatang baru "4Wheelers" di seluruh pelusuk tanahair Malaysia, ONE TEN ADVENTURE SPORTS  akan memberi ruang kepada anda untuk mengikuti program latihan asas yang akan dibuat secara berkumpulan. Latihan meliputi teori dan pratikal yang dibuat mengikut silibus pengamalan teknik 4x4 tempatan dan serantau.
Wan10, sedang memberi taklimat asas peralatan 'recovery'

Latihan pratikal
   
Antara peserta yang mengikuti kursus baru-baru ini
Tanpa mengira dari mana kelab anda atau individu yang berminat, penyertaan anda amatlah dialu-alukan kerana ilmu ini perlu terus diwarisi, kalau ianya tidak diperturunkan itu bermakna ianya akan merugikan kita semua dan sukan 4x4 khususnya. Pepatah Melayu juga menyatakan bahawa " Kalau ingin menimba ilmu, belajarlah hingga ke Negara China sekalipun"..Tapi untuk session ini, anda tak perlu bersusahan mencari wang untuk ke China kerana kita juga mempunyai individu yang berkemahiran untuk melatih anda. 

Walaubagaimanapun, pihak ONE TEN ADVENTURE SPORTS telah menetapkan beberapa syarat dan keperluan yang perlu dipatuhi oleh mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam kursus yang bakal dianjurkannya. Sebarang detail atau maklumat lengkap, sila hubungi Saudara Wan Othman @ One Ten di talian 019 3541210.

M4W sangat mengalu-alukan kursus sebegini di anjurkan secara lebih kerap, semoga ilmu yang baik dapat di amalkan dan 4Wheelers di Malaysia akan disegani kerana menitik beratkan keselamatan diri, kenderaan serta alam sekitar.

All the best ..!