Thursday, February 21, 2013

Port Dickson International Sand Challenge 2013


The 2nd Edition of Port Dickson International Sand Challenge, the first ever 4x4 battle on the beach in the region is going to be held from 1st Mar-3rd March 2013. Sandy beaches around Port Dickson in a state of Negeri Sembilan will be the play ground for a men and their big powerful modified toys.

 
 
Event triggered many corporate bodies to be the sponsors and this annual agenda will be patronaged by the Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darl Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
 
This is to call the 4x4 activist all over Malaysia, Indonesia, Singapore and other part of the globe to be the partcipants, supporters or you might be the spectators at the most sandy and windy beaches obstacle competition.
 
Organized by Tourism Malaysia Negeri Sembilan, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan. For further details, kindly contact :-
 
Cik Syazwani Ibrahim - 017-6909107
Cik Nurul Syaqeera - 017-6841115
 
Malaysian4Wheelers wish all the best to the participants..

Wednesday, February 13, 2013

BERITA KEMALANGAN : Salam Takziah dari seluruh penggiat aktiviti 4x4 di Malaysia

JERANTUT, 12 Feb - Tiga lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terjatuh kedalam sungai ketika melalui sebuah jambatan kayu dekat Matau Balak Kota Gelanggi 5/6 menuju kearah Jalan Mat Daling, disini malam tadi. Kenderaan jenis Cherokee itu dikatakan hilang kawalan ketika melalui jalan tanah merah dikawasan pembalakan tersebut.

Ketiga-tiga mangsa iaitu pemandu, Hamzah Muhammad 52, dan dua penumpang Zahran Asran 28, dan Roshaizad Abd Rashid 29 tahun yang mati dipercayai akibat lemas selepas terperangkap dalam kenderaan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, DSP Zakaria Kassim berkata, dalam kejadian jam 11.20 malam itu, ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan balik dari berburu di kawasan berkenaan.

"Ketiga-tiga mangsa itu dipercayai tidak dapat keluar dari kenderaan dan dipercayai lemas" katanya kepada pemberita disini hari ini.

Pasukan mencari dan menyelamat hanya dapat mengeluarkan ketiga-tiga mangsa kira-kira jam 4 pagi tadi. Semua mangsa berasal dari Maran telah dibawa ke Hospital Jerantut untuk dibedah siasat. Hasil siasatan awal mengesahkan ketiga-tiga mangsa mati akibat lemas.

Operasi menyelamat oleh pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia


Beginilah keadaan Cherokee yang jatuh ke sungai.
* Berita ini dipetik dari Sinar Harian.

Malaysian4Wheelers mengucapkan Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga kejadian ini akan menjadi iktibar kepada semua.

Alfatihah..

Sunday, February 10, 2013

Snake bring Happiness ; Gong Xi Fa Chai


Dengan rasa berbesar hati serta rendah diri, M4W ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 
'GONG XI FA CHAI' 
kepada semua sahabat handai yang bergiat cergas dalam aktivi 4WD di seluruh Malaysia, 
Singapura dan Indonesia.
Semoga sambutan bagi tahun ini akan membawa kebahagiaan, keuntungan dalam bidang perniagaan serta kesihatan yang baik untuk semua yang menyambutnya.

Selamat memandu kepada anda yang pulang ke kampung halaman.

Thursday, February 7, 2013

Offroading & Alam Sekitar

Pencemaran alam sekitar boleh kita defined sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Kederasan pembangunan negara yang pesat menjengah kepada unsur-unsur kerosakan kepada alam sekitar. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.
Sampah masih dilonggok..! pelik..signboard dah bagitau. 
Cara membungkus sampah yang rapi 
Pollution telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mampu mencalarkan nama negara. Masyarakat pula jadi makin terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat. Bagai kata orang tua-tua "di telan mati emak di luah mati bapak”..ecewahhh..=)

                                
                                                 Agak celupar jugak signboard ini..! tapi boleh consider juge =)
                                      
                                                  Kalau dalam hutan ada sampah..siapa yang bawa masuk..?    
Untuk sahabat2 penggiat aktiviti lasak seperti 4x4 yang sering bereksplorasi atau offroading di dalam hutan, kita juga memainkan peranan yang penting bagi memelihara alam sekitar. 

Perkara paling simple untuk dilakukan adalah membawa keluar barang2 yang kita bawa bersama semasa beraktiviti, tak kira sekecil mana pun sampah itu..

Contohnya bahan seperti sampah bungkusan, tin, botol atau apa saja dapat dikumpul dan dimasukkan didalam plastik sampah yang berkualiti tebal supaya tidak mudah koyak. Dah lepas itu bungkus elok-elok, ikat dengan rapi kemudian diletakkan diatas roof rack dan diikat sekali lagi dengan lebih rapi supaya tidak tercicir dalam perjalanan keluar. Kalau anda tiada roof rack, ikat dengan rapi dibahagian belakang tempat tayar spare anda digantungkan...gerenti selamat..percaya lah..! Bila dah berjaya dibawa keluar, maka cari lah tempat pembuangan sampah yang sepatutnya yang berhampiran dengan kawasan yang anda lalui itu...selesai masalah..next trip kalau kita masuk tempat yang sama atau disinggahi oleh orang lain pun kita 'maintain' kawasan tersebut agar zero rubbish...hasilnya memberi faedah untuk semua pihak..


Elakkan membakar sampah anda didalam hutan..!! jangan sekali..!
dan Jangan tanam sampah anda dikawasan campsite, sebab plastik atau tin tidak mudah lupus dan akan menghasilkan bahan2 kimia yang mampu merosakan eco-system, sungai dan sekitarnya...okay..!

                                              

Sifat tanggungjawab menjaga kebersihan begini mesti perlu ada pada setiap 4Wheelers kerana ia memberikan satu imej yang baik dan akan dicontohi oleh sahabat2 yang baru berjinak2 dengan aktiviti ini. Seterusnya orang luar pula akan sentiasa menjadikan komuniti 4Wheelers sebagai contoh yang mampu memberikan sesuatu yang positif kepada alam semulajadi.

Jom hargai hutan dan campsite offroading kita...

All the best ..! 

Sunday, February 3, 2013

FOUR WHEELERS RESOURCES

Ini adalah IKLAN untuk menyokong serta mempromosi perkhidmatan serta perniagaan rakan-rakan yang sama-sama bermain lumpur serta aktif didalam aktivi 4x4. Jika anda memerlukan perkhidmatan ini, sila hubungi terus dan segala perbincangan adalah diantara anda dengan mereka yang menyediakan khidmat tersebut. M4W hanya bertindak sebagai pengiklan sahaja.


FOUR WHEELERS RESOURCES 

PEMBORONG PISANG DAN KELAPA / SANTAN 
PEMBEKAL BARANGAN KERING DAN BASAH
PEMBORONG PAKAIAN BARU DAN TERPAKAI 

TURUT MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MEMUNGGAH BARANG UNTUK TUJUAN BERPINDAH SERTA LORI SEWA BERSAMA DENGAN TENAGA KERJA.

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI : 

BIG - 016-900-1089 (mrbig.X4@gmail.com) 
MEGAT - 013-352-9199 (9W2BMG@gmail.com) 
YEM - 019-273-2356