Wednesday, December 11, 2013

WEEKEND OFFROAD WARRIOR #14 : Lost Waterfall Of Salan 2013

Salam 4Wheelers...!

Terima kasih kerana masih rajin meluangkan masa untuk membaca didalam blog M4W ini. Sekarang ini bila dilihat dari segi summary visitor, makin kurang orang nak singgah di blog ini dan sudah beralih ke Facebook kerana 'picture tell the thousand words'..membaca sememangnya bukan pilihan orang di Malaysia..barangkali..(tapi mungkin dah improve)..

Namun begitu, atas kegemaran saya memang suka nak menulis, jadi diteruskan usaha ini bagi mewarni dunia 4x4 di Malaysia yang disayangi ini. Walaupun tulisan saya tidak begitu bagus, tetapi sekurang-kurangnya boleh lah dibaca dengan nada santai lagi 'sempoi' unutk anda semua.

Baru-baru ini sebelum RFC bermula, M4W telah mengadakan sebuah trip santai untuk sahabat handai yang bertujuan melebar serta merapat silaturahim bersama rakan-rakan di Jerantut pula. Nama trip ini dikenali sebagai " The Lost Waterfall Of Salan"..dengan sengaja di buat begitu bagi menarik perhatian dengan stickers yang terhad ini menjadi koleksi bagi individu yang meminatinya.


                                          


Trip kali ini diketuai oleh Ali, orang lama yang kini kembali memberi nafas baru kepada gerakan aktiviti 4x4 yang semakin hari semakin lemau mungkin barangkali terhadnya lokasi-lokasi offroading untuk diterokai oleh penggiat di serata tanahair. 

Group photo sebelum balik ke KL
trekking ke watefall 
Tahniah buat semua kerana mengambil bahagian dalam trip pada kali ini. Tiada yang lebih istimewa selain  kerjasama serta semangat tolak ansur yang sememangnya sudah wujud dikalangan semua 4Wheelers walau dimana juga mereka berada. 

Selain bertemu dengan rakan2 JeranTruckers, kami mengambil peluang untuk menyaksikan 'The Lost Waterfall" yang sering diwar-warkan...penerokaan dengan aktiviti trekking mengambil masa agak lama, tapi tidak menjadi halangan...yang penting enjoy..!!

Malamnya ada entertaiment utk semua

Lata Tinggi
Japanaese Garden

Lata Manik


RB bersama family trekking hingga ke Waterfall yang terakhir...!

Group photo di Japanaese Garden..
Untuk photo penuh dengan aksi-aksi yg menarik, boleh lah anda visit Facebook : Malaysian4Wheelers..ok
All the best untuk semua...moga ketemu lagi didalam trip yang lain..Jika anda ada cadangan untuk trip seterusnya, boleh lah menghubungi M4W untuk perbincangan lanjut..

Semoga aktiviti 4x4 akan terus berkekalan..!

Monday, December 2, 2013

RFC 2013 : M4W and friends

RFC sudah bermula dengan acara dimulai di Publika sehari sebelum mereka menuju ke Terengganu.
Ramai penggiat 4x4 seluruh tanahair berkumpul disana bagi melihat kenderaan impian mereka.

Kini mereka semua sedang bertarung didalam hutan. Rakan2 M4W yang bertugas sebagai Marshal pertandingan juga mungkin sedang bertungkus lumus bagi memastikan semua Special Stages dapat berjalan dengan jayanya.

All the best kepada semua.



Medklin, Saiful, Lawang dan Orked
Lawang the Lucky one..!
K-Pop power machine..!
Din Medan and Roy