Thursday, March 12, 2015

JOGJA ISTIMEWA....Toyota Land Cruiser Jamboree 2015


Jalinan semangat 4Wheelers bukan saja harus didokong dinegara sendiri, malah ianya tidak terbatas jika ada usaha melihat dengan keterbukaan “minda diluar kotak”. Tetapi ini sesuatu yang mungkin bukan menjadi amalan sesebuah organisasi oleh kerana faktor-faktor tertentu..atau mungkin up bringing yang berbeda…(waduhhh..! penulisan masih ada unsur unsur Indonesian)
Delegasi dari Malaysia
Atas inisiatif yang dahagakan input luaran tertentu, maka M4W melangkau keluar dari perbatasan negara bagi mencari sumber jaringan kerjasama serta memantap perhubungan masa depan bersama aktivis 4x4 di Republik Indonesia yang keistimewaan di pertontonkan di Candi Prambanan, Kota Yogjakarta baru baru ini.

Toyota LandCruiser Indonesia (TLCI) yang bergabung dari seluruh Republik Bapak Jokowi ini telah menganjurkan Jamboree berskala besar dengan membawa sasaran awal penyertaan melebihi 1000 buah mobil bermerek LandCruiser dari pelbagai series. Penglibatan dan sokongan penyertaan dari wakil wakil klab dari hampir semua provinsi sememangnya amat mengagumkan, tambahan lagi ianya turut dihadiri oleh peserta dari Filipina dan Malaysia. 




 Tondy (counterparts M4W) yang menguruskan regestrasi langsung mengundang kami ke venue sambil disambut oleh usherettes yang terdiri dari gadis gadis jelita..tak tenteram jiwa raga menengok nye..! Sesuai dengan temanya, jadi terlihatlah dalam kuantiti koleksi yang besar merek Toyota LandCruiser (rare species)  ini yang datangnya dari pelbagai daerah serta provinsi dan antara yang paling mencabar adalah dari Irian Jaya yang katanya mereka sanggup memandu sejauh 4 hari perjalanan, semata mata untuk menunjukkan sokongan mereka kepada acara tersebut…memang sukar diperkatakan tentang komitment mereka...



Tak perlu saya menulis panjang, harusnya photo saja yang bisa menterjemahkan apa yang berlaku disana. Peluang terbaik ini, kita dah gunakan bagi mencari laluan baru didalam persada arena 4x4 di sebahagian bidang tanah Nusantara. Pada masa akan datang, mungkin kita pulak akan mengundang mereka dalam acara yang serupa di Malaysia..tapi offroaders tempatan kena sama sama bagi sokongan dan kita buat sama sama..kita rapatkan kekuatan.

Terima kasih teman teman dari Indonesia  : Suzie, Rossa, Bp Antok, Tondy, Bp Yanto, Bp Yoman, Ferly, Ibuk Hidayah, Bp Supir Mukhlisin dan ramai lagi yang enggak bisa diingat nama nya…moga kalian diberkati atas hospitality sepanjang kami berada di sana.

Thought of a day : ”rama rama kena keluar dari kepompongnya kalau mahu terbang jauh” giteww…!
Happy Offroading...!!

Untuk lihat lebih photo sila rujuk Facebook : Malaysian4Wheelers