Get one for your Juniors...
M4W kini sedang rancak mempromosikan Tshirt terbaharu untuk memenuhi impian anak-anak yang sering mengikuti anda dalam setiap offroad trip bersama keluarga.
Promoting our new M4W custom made Tshirt for your kids to fulfill their interest in offroading trips.
Terdapat dalam warna HITAM sahaja seperti dalam gambar.
Size bagi kanak-kanak adalah seperti berikut : -
Available only in BLACK color tshirt and sizes are as follows:-
Size : 30 ( 5-7 tahun ) 32 (8-10 tahun) 34 (10-12 tahun)
Harga RM15.00 ( tambahan RM5 minimum untuk kos POS Laju )
Size : 30 ( 5-7 yrs) 32 (8-10 yrs) 34 (10-12 yrs)
Price : RM15.00 ( add RM5 for POSLAJU service)
Dapatkan dengan segera di Majlis BBQ anjuran JIB Auto Offroaders on 30th June 2012 at Ulu Tamu.




Pagi-pagi buta hari Sabtu baru-baru ini sekitar jam 9.30, dengan suasana hujan rebas seolah-olah telah memberi isyarat awal kepada 4wheelers bahawa kuasa alam itu sedang menanti untuk ditempuh dengan penuh cabaran. Ternyata ianya tanpa rasa gentar disahut oleh mereka yang dahagakan permainan berlumpur itu dengan persiapan yang cukup rapi. Hasrat dituju ke Sungai Dubai, itulah nama jolokan kepada lokasi yang bakal diterokai semula itu. 
Sektor offroad sekitar 2 km ini walaupun tidak sejauh mana, sememangnya mencabar dan boleh dikategorikan sebagai ‘medium’ bagi kaki offroaders. Rintangan seperti mudpools serta ruts mendesak individu itu mengekang masa rehat serta kudrat yang penuh demi untuk meloloskan kenderaan apabila tersangkut. Kerosakan berlaku tanpa diduga, mujur keadaannya tidak begitu kritikal dan dapat diatasi dengan baik. Di dalam kondisi laluan seperti ini, pengendalian kenderaan di trek yang basah dan berlumpur memerlukan teknik ‘winching’ jika kenderaan tersangkut teruk. Kemahiran mengendali jentera serta peralatannya memerlukan setiap individu itu berganding tangan tanpa rasa jemu kerana itulah yang keunikan kepada sukan 4x4 ini. 








