Thursday, August 25, 2011

Syawal Bakal Menjelma



Salam Sejahtera.


Kita sudah hampir ke penghujung Ramadhan, maka bulan Syawal pula bakal membawa cahaya keimanan dengan menyambut Aidilfitri sebagai tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Seluruh warga 4Wheelers walaupun turut sibuk dengan pengisian amal ibadat ketika Ramadhan masih mampu untuk mengadakan perjumpaan dengan majlis-majlis berkaitan demi memupuk semangat setia kawan dikalangan mereka.

M4W mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua sahabat handai, penggiat aktiviti 4x4, rakan strategik dan seluruh ahli keluarga mereka. Dengan harapan agar kesinambungan reputasi akan terus berkekalan dan berharap agar anda semua berwaspada sepanjang perjalanan pulang ke kampung nanti.


Hati-Hati DiJalanraya...!! and keep on rolling...

Wednesday, August 10, 2011

M4W Sahur Session : 12th Aug 2011


Salam Ramadhan,


M4W menganjurkan eyeball session dengan semua rakan2 4Wheelers di Ramadhan ini untuk merapatkan kejauhan kerana berhentinya aktiviti 4WD di bulan yang mulia ini sambil menikmati Teh tarik dan Roti Canai. Kesempatan ini juga dijadikan session bertanya khabar serta berkongsi info tentang aktiviti yang lepas mahupun yang akan datang.


Jika anda ada kelapangan selepas solat terawikh tu, sila join acara tahunan ini yang belum pernah ditinggalkan.

Details are as follows :-


Venue : Restoran Ali Maju, Ukay Perdana

Date : 12th August 2011

Time : 11pm hingga 2am

Oh yea..! Teh tarik dan Roti Canai ditaja sepenuhnya oleh rakan-rakan M4W..so jangan lepaskan peluang. Maklum saja, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...kita makan ramai2..bayar p[un kita share ramai2...=)

Keep on rolling...!

Tuesday, August 2, 2011

SALAM RAMADHAN 1423

Salam Sejahtera.



Wish all the best to 4Wheelers..semoga keberkatan Ramadhan ini akan membawa kita kearah yang lebih bersatu dalam memantapkan iman disepanjang bulan yang baik ini.


Sudah pastinya aktiviti offroading akan bercuti untuk seketika..tapi jangan lupa..sesekali tu bawak lah 'anak gajah' anda tu berjalan-jalan...jika di letakkan begitu saja..mungkin dia pun boleh sakit juga.


To all Muslim friends..Selamat Berpuasa and for those non muslim..this is the time for you to find a good food of Malaysian style at Bazaar Ramadhan.


Keep on rolling..find the best food for you.. ;)

Tuesday, July 26, 2011

SANTAI OFFROAD : TAMAN NEGARA SUNGAI SELAI, BEKOK, JOHOR




The three full days event held during the 4th weeks of July bcoz of extra weekend for this month..! weird..! With this opportunity, the SANTAI OFFROAD for the third editions gathered people from various clubs and communities at LUBUK MEREKEK, SG SELAI, BEKOK in Johor from 21-25 July 2011.


Red Adventure appointed AM4x4 Adventurer and MyLandy as the coordinator and with the help of JASRA for this round with full of joys and fabulous moments after the LUBUK TREKKER at SG LEMBING and M4W at CHENGAL BESAR respectively.

With a different approached, the expedition consists of charity mission to Rumah Anak-Anak Yatim Kluang and to the students of SK Kg Kudong in Bekok with the AmBank Group contributions under CSR project. Infact the 4Wheelers enthusiasts get along and been feted with simple breakfast with all the kids before we depart for the offroading sectors to Bekok via classics view of small town called Paloh.

Campsite was located at Lubuk Merekek and the next day, a jungle trekking to explore the part of Taman Negara Sg Selai started after the breakfast. It takes us about one and a half hour to touchdown at the Waterfall. On the nite scenery, Dr Kamy delivered a very good talk and slides about ‘sustainable offroading’ on his perpectives as the leader in his community known as NATURE TRACKERS. The ‘sewang’ session was ‘di hidang’ after the visit of all the expedition members to SK Kg Kudong, a very modern and potential school for Orang Asli of the locals. Other activities set up by the organizer was so entertaining, the ‘sumpit’ (blow pipes) competition among the participants create lots of highlight and laughter during the day, it’s fun and enjoyable…not forgetting to those who called themselves as ‘hardcore’ anglers…a fishing competition drags Sembilang (the Lubuk Trekker members) who managed to hooked a Sebarau and announced as a winner in that cartegory.




We packed on the final day after heavy breakfast and lead to Kuala Lumpur in a big loose convoy. The clearance of the campite has been managed properly by the organizer in order to make sure no ‘things’ left behind. That’s what we should do…long live 4Wheelers….


Thumbs up to the organizer and wish a very Happy Ramadhan Al Mubarak to all 4Wheelers.

Thanks and keep on rolling…

Tuesday, July 12, 2011

LIBUR dan M4W di Kuala Mu : 22-24 June 2011







Setelah mendapat perkenan rakan rakan 4Wheelers, trip kali ini bergerak pada 22hb June kearah utara menuju ke Sg Siput untuk ke POS Kuala Mu, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Penyertaan kali ini telah membawa kepada 20 buah kenderaan 4WD dan yang paling jauhnya datang dari Johor Bahru sebanyak 4 buah yang diketuai oleh Pak Lah dari Kelab Rentas 4x4. Beliau sememangnya regulars yang sering saja tersenarai dalam xpdc yang lain.

Aktiviti kali ini mendapat sokongan dan kerjasama dari Majalah LIBUR, khususnya En Meor Khairi yang merupakan Editor LIBUR terbitan Karangkraf yang membantu mendapatkan buku-buku cerita bacaan yang sesuai untuk disampaikan kepada kanak-kanak di perkampungan POS Kuala Mu. Peserta yang mengambil bahagian juga adalah dikalangan rakan 4Wheelers dan juga pembaca majalah LIBUR. Ekspedisi ini turut menghadapi berbagai cabaran dari aspek mekanikal hinggalah ke tahap alam semulajadi. Namun semua dapat di ‘tackle’ dengan baik sekali. Kami disambut baik oleh penduduk kampong dan dipersembahkan dengan acara Sewang pada sebelah malamnya. Suasana sejuk disini telah ditambah lagi dengan hujan yang agak lebat pada malam kami bersewang.


Buku-buku sumbangan terbitan Karangkraf seperti BINTANG KECIL dan LIBUR telah disampaikan melalui Tok Karim dan Tok Hadu yang merupakan wakil kepada beberapa Tok Batin di kampong yang berhampiran. Excited bila mereka melihat buku-buku tersebut yang penuh dengan gambar-gambar yang sesuai untuk bacaan anak-anak mereka.

M4W dan ahli ekspedisi telah meninggalkan POS Kuala Mu setelah menyelesaikan maksud ekspedisi ini. Para peserta lega dan gembira serta berpuas hati dengan acara yang telah disusun dengan baik walaupun menghadapi kesukaran didalam perjalanan pergi dan balik. Semua feedback yang diambil dari peserta sememang nya akan membantu untuk menambah kolaborasi acara ini untuk terus bersama LIBUR untuk pembacanya.

Sekian...keep on rolling...!

Tuesday, June 14, 2011

Dapatkan before terlambat..!

Hello Malaysia..!




Jika anda susah sangat nak dapatkan Tshirt atau barangan terhad M4W, kini anda boleh mendapatkannya juga di :-





Tidak lama lagi, akan semain berhampiran dengan anda supaya dapat memenuhi style dalam pemakaian sewaktu offroading.


Thanks for all your support and keep on rolling..!

Friday, June 3, 2011

POS Kuala Mu Charity Expedition 2011





Salam 4Wheelers


As what we mentioned, the teams are ready for the trip...bagaimana dengan anda? Hopefully anda juga dapat bersama dengan kami. Program akan berlangsung seperti yang dijadualkan and we invite more people to join as we can tumpang you the stuffs that planned untuk deliver to the kampung people such as books..lots of books actually..

Those yg ingin mengambil bahagian, boleh lah mendaftarkan diri dengan segera agar the organizer mudah untuk menguruskan logistics dan sebagainya.

Program turut mendapat kerjasama Majalah LIBUR @ Karangkraf, Red Adventure dan MyLandy Malaysia serta rakan 4Wheelers di sekitar tanahair.

keep on rolling Weekend Offroad Warrior..!

Wednesday, May 25, 2011

SANTAI Offroad @ Air Terjun Pelangi : El-Dorado of The East

El-Dorado Of The East, adalah nama jolokan kepada Sungai Lembing diberikan ketika aktiviti melombong bijih timah sekitar 1940an pada ketika itu pelombong dari British yang masih menguasai kawasan ini. Semua maklumat ini terdapat di dalam Muzium Sg Lembing yang menyimpan serta mengekalkan simpanan khazanah dan artifak yang berkaitan dengan operasi melombong yang cergas pada zaman tersebut dan merupakan lombong bijih timah bawah tanah terbesar didunia tetapi telah ditutup pada tahun 1986 kerana kos operasinya yang tinggi dan kejatuhan harga bijih timah.

Disebalik sejarah, Sg Lembing turut menyimpan alam semulajadi yang amat unik yang tidak dapat dilihat ditempat lain di Malaysia. Air Terjun Pelangi setinggi 250m terjunan air yang menghasilkan cahaya pelangi hanya dapat dilihat diawal pagi. Di sogok dengan cerita tentang kehebatan ‘nature’ maka keinginan ini disusul dengan koordinasi episode kedua SANTAI OFFROAD anjuran Red Adventure dan Lubuk Trekker sebagai koordinator dan dibantu oleh PERAMAH didalam ekspedisi kali ini yang berlangsung pada 19hb May- 22hb May 2011.

Felda Kg Sg Paching Utara mejadi lokasi perhentian ahli expedisi sambil menyumbang tenaga menyempurnakan lukisan ‘mural’ di sekolah berhampiran disamping memenuhi undangan makan tengahri dengan masyarakat tempatan. Selepas itu barulah kami meneruskan perjalanan menyusuri laluan offroad dan merentasi beberapa sungai hingga menjelang senja tiba di lokasi campsite Lubuk Beruk.


Air Terjun Pelangi dijajah seawal pagi keesokannya dengan bermatlamat bahawa pelangi indah ini bakal digapai oleh semua peserta. Jungle trekking mengambil masa sekitar 45 minit dengan laluan denai dan tebing sungai yang berbatu tapi bertali untuk berpaut telah menemukan perserta ekspedisi dengan kekaguman renjisan air terjun halus, sehalus sutera yang melandai permukaan kulit. Kini Pelangi ditangan dengan landskap semulajadi yang amat menakjubkan...argghh..!! (pictures tell the thousand words...sorry sebab sukar nak diceritakan disini.)


SANTAI OFFROAD diakhiri dengan lawatan ke Muzium Sg Lembing bagi menyingkap sejarah lampau tentang kehebatan perlombongan dikawasan ini. Maka itu juga dapat lah peserta mengetahui bahawa sememangnya kewujudan nama Sg Lembing itu memang berkait rapat dengan senjata yang digunakan itu pada zaman itu.



Expedisi yang berilmiah seperti ini seharusnya digalakkan namun kita jangan lupa bahawa sepanjang masa kita perlu ada batas tertentu dalam memastikan alam semulajadi tidak dikekang oleh mereka yang sering ambil mudah dengan penjagaannya.

Quotes of the day : “Love your nature coz 4Wheelers are better lover”

Thursday, May 12, 2011

MyLandy Malaysia : The New Kids On The Block



Still remember those days in the early 90’s, a boy bands called New Kids On The Block..? For most of M4W regular followers, we born back end of 60’s & early 70’s and has been influenced by the Old Skool Classic rock music root like Jimi Hendrix, Clapton, John Lenon, Deep Purple and etc..

Actually, apa yang ingin dikongsi disini adalah satu perkembangan sihat dikalangan komuniti 4Wheelers dengan kehadiran rakan baru yang bakal melengkapkan lagi scene activist pacuan 4 roda di Malaysia. Ini tidak ada kena mengena dengan genre muzik seperti yang tertera diatas kerana ia hanya sebagai introduction untuk membuka tirai sidang perkongsian maklumat ini.

MyLandy Malaysia (MLM), satu lagi kelab (bukan nite club) telah didaftar dibawah Suruhajaya Sukan yang membawa panji-panji merek (bahasa Indon merujuk kpd ‘brand’) Land Rover. Jiwa dan kelongsong rasa kepada jenama ini ibarat isi dan kulit yang mahukan aliran nadi itu selari dengan naluri kehidupan harian mereka. Maka tercetuslah MLM ini yang akan memainkan peranan mereka bukan setakat penggiat malah sebagai pencantum jambatan keprihatinan kepada manusia sejagat khususnya 4Wheelers bersama soulmate mereka.

M4W mengalu-alukan kesiapsiagaan mereka didalam setiap aktiviti yang sedang atau bakal mereka kendalikan. Sebagai rakan yang cukup strategik, M4W dan seluruh umat manusia yang terlibat secara langsung atau tidak didalam sukan 4WD ini sudah pasti akan menyokong mereka bagi merapatkan jurang serta memperkasa komuniti 4Wheelers secara keseluruhannya.



Explore dan layari : http://www.mylandy.com.my/ untuk mengetahui hala tuju dan sebarang informasi tentang activity calendar mereka yang sering joint venture dalam acara yang dianjur with M4W dan rakan2 yang lain.


MyLandy..you’re on board…!

Friday, May 6, 2011

Lepat Waterfall, Kuala Mu ditunda kepada 24-25-26 June



Hello...Salam bahagia kepada 4Wheelers semua...Harap ambil perhatian bahawa trip diatas telah ditunda atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan.




Oleh yang demikian, kepada anda yang rasa macam nak join tu, sila adjust semula availability anda pada tarikh yang telah dimaklumkan diatas. Kesulitan akibat menunda tarikh ini bukan disengajakan tetapi di pertimbangkan atas dasar menang-menang untuk semua 4Wheelers..



Untuk penyertaan, sila hubungi Lagong atau Gogo untuk urusan mendapat maklumat mahupun untuk mendaftar sebagai peserta.




Salam 4Wheelers..!

Tuesday, May 3, 2011

New M4W Tshirt RM35: Labour Day Edition

Hello all...


Sempena dengan sambutan Hari Pekerja 2011 dan juga suasana musim hujan tiap tiap pagi sekitar bulan ini, maka M4W telah pun mengeluarkan edisi terhad longsleeve Tshirt untuk dipadankan dengan suasana musim sejuk tahun ini...(alahai..! tengkujuh sebenornyer..) Sesuai untuk dipakai semasa offroading ataupun sewaktu berehat mahupun bercanda bersama keluarga yang tersayang ataupun YLs yang diingati..Selain itu ianya boleh protect tangan anda dari tercedera terkena libasan ranting atau daun buloh tanpa disedari ketika offroading mahupun jungle trekking.



Edisi ini hanya dikeluarkan dengan warna hitam disamping printed logo berwarna orange yang merupakan warna rasmi M4W yang sekian lama dijunjung. Terdapat didalam pelbagai size seperti XL/L/M/S. Untuk anda yang mempunyai size yang lebih dari itu, maaf kerana telah ditakdirkan anda tak dapat memilikinya.


Hubungi M4W jika anda bercadang untuk mendapatkannya kerana stock adalah terhad sehingga habis. Sebarang pembelian melebihi dua helai, anda akan mendapat 1 unit M4W Lynyard sebagai tanda terima kasih kami atas sokongan anda yang tidak berbelah baginya.


Offroading with a style..!

Wednesday, April 27, 2011

Lepat Waterfall, Kuala Mu


Hellooo all...mmm..sounds very interesting rite..?? its a time for everybody to take part in this expedition..


For those yang terlepas sewaktu trip ini pada tahun lepas, ini lah masanya untuk anda ambil bahagian. Offroad sector yang agak ringan, sesekali bertemu dengan kesukaran mampu memberi pengalaman baik untuk dikongsi bersama. Ruts dan mudpools tidak kurang akan menguji ketahanan skills pemanduan anda. Detail program :-



tarikh : 3-4-5 June 2011

lokasi : Kuala Mu, Sg Siput, Perak Darul Ridzuan
anjuran : Malaysian4Wheelers dan Majalah LIBUR



So, kita call all the 4wheelers untuk ambil bahagian dalam trip ini. Bayaran yang minimum dikenakan untuk setiap penyertaan dan Tshirt serta STickers akan diberikan kepada anda.


Those interested kindly email yang details and participation confirmation to malaysian4wheelers@gmail.com



keep on rolling...!

Saturday, April 2, 2011

1 Malaysian 4Wheelers Expedition Edisi 2011



Dalam sedar dengan tidak, edisi kedua xpdc ini bakal menyusul tak lama lagi. Tapi berita ini masih belum sahih lagi kerana M4W hanya baru mendapat info dari sources yang boleh dipercayai. Sekadar menyingkap pengalaman yang lalu, M4W mendapati bahawa peluang menyertai xpdc ini seharusnya diambil oleh semua aktivis 4x4 tanahair.





Interview di MHI @ TV3



Bagi Kelab 4x4 Malaysia yang di terajui oleh Tn Hj Jaafar Yahya di bawah naungan YB Nizar Zakaria (Ahli Parlimen Parit, Perak) sudah pasti sedang sibuk dalam merealisasikan xpdc yang telah sukses dilaksanakan tahun lepas. Status kepada xpdc ini juga telah membuka mata banyak pihak di agensi kerajaan mahupan syarikat korporat.




Danga Bay




M4W juga akan bersedia untuk membantu dalam melaksanakan xpdc dengan gabungan tenaga beberapa buah kelab yang lain. Sebagai rekod tahun lepas antara kelab yang sama2 bergabung adalah Kelab 4x4 Malaysia, M4W, D'Harung, Kinta Belantara, Sg Besar 4x4, TPOC, Perlis 4x4, Squad 4x4, Ranggok, CAT, Pahang 4x4, Rentas 4x4, Melaka 4x4, wakil Indonesia Offroad Federation serta beberapa kelab lagi.


Semoga persiapan bagi tahun ini akan lebih mantap dan penyertaan yang lebih ramai.

Selamat ber xpdc..

Thursday, March 17, 2011

Mengejar Pelangi di Air Terjun Pelangi, Sg Lembing, Pahang Darul Makmur : 20-22 May 2011

It’s time for the second series of XPDC Santai Offroad yang bakal memberi peluang kepada anda yang terlepas untuk menyertai episode XPDC Chengal Besar bulan Feb yang lepas yang mengetengahkan M4W sebagai co-organizer pada ketika itu. Venue alam yg terpilih kali ini adalah Air Terjun Pelangi that been pictured by the pencinta alam dengan keunikan semulajadinya yang hebat ciptaan tuhan.

XPDC to be held pada 20hb May – 22hb May akan menonjolkan rakan dari Lubuk Trekker 4x4 pula sebagai co-organizer disamping Red Adventure Sdn Bhd yang merupakan event owner secara keseluruhannya.

Semua 4Wheelers from all over the country mahupun dari Indonesia dan Singapura dijemput untuk menyertainya kerana ini merupakan peluang yang baik bagi menambah kekukuhan relationship serta to gain or menimba lebih banyak pengalaman penganjuran secara bersama.

PERHATIAN : ISTIMEWA UNTUK NON-4WHEELERS

Turut disediakan pakej bagi anda yang tidak memiliki kenderaan 4WD untuk menyertainya dengan bayaran yang berpatutan. Pihak penganjur akan menguruskan segala persiapan bagi memenuhi keinginan anda yang mahu merasai pengalaman yang unik ini.

For further details, do contact :
1) Red Adventure Sdn Bhd – Cik Narin 019-3711662
2) Lubuk Trekker 4x4 – Brader Kurau 013-2273702

Sekian..Happy wheelin'..!
M4W quotes of the day: “this vehicle is made for offroading..so, lets belasah..!”

Monday, March 14, 2011

Malaysian4Wheelers & Majalah LIBUR


Salam LIBURAN…

M4W bersama majalah LIBUR sedang bekerjasama mengendalikan aktiviti 4WD khas untuk semua penggemar aktiviti ini. Kita cuba memberikan yang terbaik jika anda mempunyai perasaan yang sama seperti penggiat 4x4 di tanahair.

Kalendar ‘offroading’ bagi tahun ini juga telah dicetak khas didalam Majalah LIBUR keluaran Mac 2011. Anda boleh lah merujuk dari situ dan cuba sesuaikan masa dan ketikanya untuk anda mengambil bahagian didalam trip yang bakal dijalankan.

Bagi anda yang berminat, boleh hubungi Malaysian4Wheelers untuk keterangan lanjut.

Keep rolling..and rolling…and roll….!