Saturday, August 22, 2009

Eyeball Sahur Malaysian 4Wheelers

Sempena Ramadhan ini, Malaysian 4Wheelers dengan inisiatif bersama rakan2 yang lain mengambil kesempatan untuk menganjurkan acara Eyeball Sahur untuk semua 4Wheelers tanpa mengira dari mana mereka datang, dari kelab mana sekalipun, apa saja fahaman dan ideologi mereka, asalkan mereka mempunyai semangat untuk memanjangkan tali persahabatan.

Tiada bayaran yang spesifik yang dikenakan untuk acara ini, TAPI sama sama lah kita memikul tanggungjawab membayar itu seperti mana kita membina semangat kerjasama dalam mengatasi sebarang 'obstacles' semasa ber' offroading'.

Berikut adalah detail kepada acara tesebut :-

Tarikh : 28hb Ogos 2009 - Jumaat malam Sabtu
Lokasi : Restoran BBS (berhadapan Maybank Bandar Baru Selayang)
Masa : 11pm hingga 4am

Mari kita selsesakan persekitaran ini agar lebih memacu kearah yang lebih baik serta mewarnakan lagi senario 4x4 di Malaysia dengan penuh semangat persahabatan sejagat.


Selamat berpuasa.


No comments: