Saturday, September 19, 2009

Salam Lebaran untuk 4Wheelers

Selepas berjuang selama sebulan di Ramadhan, kini tiba masa untuk kita menyambut Syawal. Ketahanan kita mengharungi masa juga merupakan sifat waja diri yang mengajar erti kehidupan agar akan lebih sempurna bagi melalui hari yang mendatang. Sealiran dengan semangat jitu para sahabat M4W yang cekal ketika mengharungi 'obstacles' di dalam setiap ekspedisi.

Semoga Aidilfitri kali ini akan merakam sejarah yang terbaik untuk anda sekeluarga. Selamat pulang ke kampung serta beri tumpuan kepada pemanduan. Kepada anda yang mempunyai AA gunakan frequency amatur untuk QSO agar anda punya teman serta membantu ketahanan mata yang mengantuk di sepanjang perjalanan.

No comments: