Sunday, August 1, 2010

Ekpedisi Perdana 53 Tahun Kemerdekaan 1Malaysian 4Wheelers pada 24hb-31hb Ogos 2010


Kelab 4x4 Malaysia akan menganjurkan konvoi pacuan empat roda yang akan mengambil masa 7 hari untuk mengelilingi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Penganjur mensasarkan sebanyak 53 buah kenderaan akan mengambil bahagian yang terdiri dari wakil wakil dari kelab 4x4 yang ada di tanahair atau pun orang perseorangan yang berminat untuk mencari pengalaman dalam acara konvoi yang besar ini.

Pengisian murni program dibulan Ramadan ini adalah untuk mengadakan aktiviti kebajikan di setiap laluan konvoi dan akan singgah berbuka puasa dan solat terawih bersama anak2 yatim atau dirumah orang2 tua seterusnya bersahur. Disamping itu juga barang2 tajaan akan di salurkan untuk rumah yang bakal ditetapkan nanti.

M4W, bertindak membantu acara ini dan ingin mengajak sahabat2 agar dapat menyokong serta mengambil bahagian dan seterusya dapat merealisasikan acara yang julung kalinya diadakan sepanjang sejarah aktiviti 4x4 di Malaysia ini.

Penyertaan terbuka untuk semua warga Malaysia tanpa mengira kaum dan dari jenis apa kenderaan pacuan empat rodanya, ini kerana semangat kemerdekaan milik semua orang.

Sekiranya ada pihak2 syarikat mahupun orang perseorangan yang ingin menyumbang barangan tajaan untuk program ini dapatlah menghubungi Kelab 4x4 Malaysia segera mungkin.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat: Cik Azah : 03-41490235 / 017-2696926

Forever 4Wheelin'...!

No comments: